UMRAH 10 KALI!!!
Seorang pakcik usianya lebih kurang 60 tahun. Allah izinkan dia tunaikan haji 1 kali, tunai umrah 10 kali, tidak perlu bayar, Allah yang "sponsor"..
Di kawasan tempat tinggal pak cik ini ad 1 masjid besar dan 10 surau. Pakcik memantau bateri jam di 10 surau itu. Kalau bateri jam mati, pakcik tukarkan bateri jam yang baru. Itu amalan yang pakcik jaga secara istiqomah..
SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akhbar
Benarlah kalam Allah di dalam Al Quran:
" Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya."
[Sumber: Ain Zai Ta ]
⧫⧫⧫⧫⧫⧫⧫
Soalan yang sangat hangat:
Soalan yang sangat hangat:
1. Wajibkah saya berniat ihram sekiranya saya sedang haid semasa masuk ke Makkah?
Jawapan
Ya wajib berniat ihram kerana adab masuk ke tanah haram Makkah adalah dengan berihram sekiranya kita memang berazam untuk melakukan haji dan umrah. Berdosa jika kita tidak berniat..
2. Nanti lamalah saya dalam ihram?
Jawapan
Masalah lama dalam ihram, bukan masalah besar. Namanya pun ibadat dan kita hendak yang terbaik dalam ibadah kita. Orang yang sabar dalam berihram pahalanya sangat besar. MasyaAllah tabaarakallah.
3. Kalau saya berniat bagaimana saya hendak mandi wajib, nanti rambut saya gugur banyak.. saya kena bayar dam.
Jawapan
Ingat rukun mandi wajib -
1. Menghilangkan najis di badan
2. Berniat ketika air sampai di badan
3. Meratakan air ke seluruh badan.
Jadi buatlah yang wajib sahaja, minimumkan perkara yang boleh menyebabkan gugurnya rambut.
Jangan digosok kuat ketika mencuci atau mengelap. Tekan-tekan saja.
Sekiranya gugur juga bayarlah dam. Itu juga pahala. Tidak berdosa kerana kita tidak sengaja
Ya.. jika 3 helai dan lebih serentak.
Boleh pilih. Taqdir takhyir -
1. Menyembelih seekor kambing.
2. Memberi makan 6 orang fakir miskin 2 cupak seorang ( 6 orang x 10 SR)
3. Puasa 3 hari di Makkah
*Biasanya jemaah memilih no 2.. mungkin bagi mereka lebih mudah*
4. Bolehkah saya niat bersyarat?
Memang boleh, hukumnya *harus* tetapi buat apa hendak bersyarat, masa masih panjang. Tujuan kita ke Makkah hendak buat umrah..kenapa nak keluar dari ihram..Allah berikan pahala besar pada orang yang bersabar dlm ihram. Satu lagi nak syarat apa jika haid dah berlaku. Hal yang nak disyaratkan mestilah sesuatu yang belum berlaku.
5. Sayangnya saya tidak dapat solat di masjid, tak dapat pahala umrah dan lain.
Inilah aqidahtul hajj, yakin dengan qada qadar Allah. Banyak lagi pahala yang boleh dikutip semasa mengerjakan haji..
Bantu dhuyufurrahman. Apa yang dibuat olehnya, pahalanya pasti mengalir kepada kita.. sekiranya dia mendapat haji mabrur, Allah, sesungguhnya ianya juga mengalir kepada kita
Pergimu sebagai Dhuyufurrahman dan pulangmu dengan kemabruran ...
Pesanan
Jangan sesekali berniat ihram bersyarat untuk haji, bimbang tidak dapat haji sebab rukun-rukunnya ada yang melibatkan masa.
Pelbagai Ragam Jemaah Di Tanah Suci
Lapangkan dada dan hormatilah perbezaan itu.. Kita rasa Islam kita dah cukup betul. Mereka juga begitu. Kita rasa bangsa kita paling beradab. Mereka juga berfikir begitu....
Pelbagai Ragam Jemaah Di Tanah Suci
Semasa di tanah suci akan terlihat pelbagai ragam orang di sana beribadat. Kadang-kadang amalan mereka berbeza dengan mazhab kita. Namun, jangan pula kita perlekehkan amalan mereka..
Sebagai contoh kata-kata sinis yang pernah didengar,
"Eh kenapa dia solat tak pakai stokin? Tidak sah solatnya."
"Eh kenapa dia solat sambil mendukung bayi. Tidak sah."
"Eh kenapa dia duduk di dalam solat tidak betul. Tidak sah."
"Lihat tu, anak dia menangis, tapi dia tetap teruskan solat dan tangisan itu mengganggu orang lain, membuatkan solat orang lain tidak khusyuk. Berdosa."
"Pegang tangan orang lelaki masa tawaf? Ya rabbi.. tak tahu hukumkah orang ini?! Tidak sah tawafnya".
"Eh apa ni.. solat tak nak berdiri.. nampak macam sihat tapi solat duduk, pemalas."
"Apalah orang Arab ni kasar! Tak fikir orang lain, tak ada budi bahasa."
"Eh.. dia baca al Quran sambil baring.. tak tahu hormat al Quran betul."
Itulah di antara kata-kata sinis yang pernah terdengar. Jemaah kita mudah melabel orang lain.
Bersedialah, apabila berada di Makkah atau Madinah, tempat tumpuan seluruh umat Islam, datang dari semua latar, keturunan, budaya.. Tentu sekali terdapat pelbagai perbezaan pandangan dan mazhab.
No comments:
Post a Comment