Thursday, July 6, 2017

Malas - Penyebab Kemunduran Diri



Tabiat Malas Antara Penyebab Kemunduran Diri. Antara doa yang Nabi s.a.w ajar untuk kita melaziminya ialah:

"Ya Allah! Sesungguhnya daku berlindung denganMU daripada lemah dan MALAS" (Riwayat al-Bukhari). 

Malas menjadi penyebab seseorang enggan berusaha kepada kadar yang sewajarnya. Dalam kalangan masyarakat ramai yang miskin antara puncanya kerana malas untuk berusaha. Ada yang bodoh ataupun mudah ditipu oleh pihak lain kerana malas berfikir. 

Malas berikhtiar telah menjadi ramai orang tidak dapat melangkah ke hadapan. Tabiat malas mungkin menjadi sebab rumah kotor,  halaman rumah semak samun, diri tidak terurus, kerja tidak selesai, rezeki tidak bertambah dan kerja tidak terurus. 

Memerangi TABIAT MALAS merupakan usaha terpenting dalam mengubah kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik. Maka, berdoalah pohon dijauhi daripada lemah dan malas. 

Seorang yang pemalas bukan muslim yang baik dan tidak layak mendapat bantuan dalam kemunduran yang berpunca dari kemalasannya.


No comments:

Post a Comment