Saturday, July 22, 2017

Merai Tetamu






Petua dari NORIZAN SHARIF:

Apabila buat rumah terbuka, majlis perkahwinan atau apa saja majlis seumpamanya, manfaatkan tips berikut:

1. Berikan jemputan peribadi. Personalised the invitation. Cara yang paling mudah letakkan nama tetamu yang dijemput. Elok letakkan nama itu di WhatsApp atau kad jemputan.

2. Hadkan bilangan jemputan. Usah buat tetamu sebagai "nombor" untuk dimegahkan. Elakkan berbangga dengan bilangan tetamu yang hadir, sebaliknya tumpu kepada kualiti layanan kita kepada mereka.

3. Apabila menyambut tetamu, sebutkan nama mereka. Gunakan nama timangan, itu lagi baik. Sekiranya kita tidak kenal tetamu, itu tandanya kita menjemput terlalu ramai.

4. Selepas bersalaman dan menerima kedatangan, tanya khabar dan berbual seketika. Usah terus kata, "jemput makan." Mereka datang untuk menziarahi kita, bukan nak makan. Kalau sekadar nak makan, lebih baik pergi kedai mamak.

5. Berjalan dari meja ke meja untuk berbual dan bertanya khabar tetamu. Setakat sambut di pintu, tak cukup. Sekiranya kita tak mampu bertemu mereka di meja, itu tandanya tetamu kita terlalu ramai.

6. Usah biarkan tetamu makan sendirian. Temankan dia makan buat seketika. Sekiranya kita (atau anggota keluarga kita) tak mampu temankan dia, sekali lagi itu menunjukkan majlis kita terlalu besar.

7. Usah memilih cara layanan. Dalam tiga majlis perkahwinan anak-anak, saya tak sediakan meja VIP walaupun ada menteri dan Tan Sri yang datang. Semua tetamu saya raikan sama saja dan saya tidak memilih dalam memberikan layanan.

8. Usah bercakap keburukan tetamu kepada tetamu yang lain, walaupun di belakang mereka. 

9. Selepas tetamu pulang, hantar WhatsApp ucap terima kasih. Adalah lebih elok jika kita hantar gambar yang diambil bersama tadi. Itu menjadikan mereka berasa kehadiran dihargai.

10. Usah megah dengan bilangan tetamu yang hadir. Saya cuba mengelak untuk hadir majlis sekiranya saya hanyalah satu dari 10,000 orang yang hadir. Sekiranya diberikan pilihan, saya lebih suka hadir majlis di bawah 500 orang di mana tuan rumah boleh berikan masa yang banyak untuk tetamu.

Ada lagi nak tambah bagaimana nak menjadikan tetamu berasa dihargai apabila mereka datang ke majlis kita?


No comments:

Post a Comment