Friday, July 21, 2017

Hak Muslim Ke Atas Muslim



HR. Muslim 4023) Status: Hadis Sahih


أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Dari Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” 

Pengajaran:

Hak muslim sesama Muslim ada enam:

a.  Apabila bertemu hendaklah mengucapkan salam

b.  Apabila diundang atau dijemput kenduri hendaklah pergi memenuhi undangan jika tiada aral menghalang

c.  Apabila ia meminta nasihat, hendaklah kita memberi nasihat yang diperlukan

d.  Apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, maka hendaklah didoakan dia (dengan mengucapkan  
     Yarhamukallah)

e.  Apabila mereka sakit, ziarahilah mereka untuk bertanya khabar dan mendoakan

f.  Apabila mereka meninggal dunia, usahakan untuk menziarahi dan mengiringi jenazahnya hingga ke kubur 

Marilah kita tunaikan hak saudara Muslim yang lain.


[Sumber: 1 Hari 1 Hadis] 

No comments:

Post a Comment