Masjid itu rumah Allah. Yamg
mengunjungi masjid sebagai tetamu perlu bertertib. Ada beberapa kesalahan
ketika dalam masjid untuk tujuan peringatan dan memperbaki diri.
● berkemeja T dengan berbagai
tulisan keduniaan,
gambar, logo yang menyebabkan
mereka di saf belakangnya hilang khusyuk.
● datang ke masjid dengan
pakaian lusuh, kopiah
bertahi lalat tidak tentu warna atau kopiah
hitam jenis tidak boleh dibasuh,
(yakinkah ia tidak pernah terkena
najis cicak?), badan berbau peluh dan mulut berbau bawang, petai,
rokok dsbnya.
Allah memerintahkan kita memakai
pakaian menutup aurat, bersih dari najis (sedikit tanda kotor yang bukan najis
tidak menjadi kesalahan) dan memperindahkan pakaian ketika ke masjid.
Bersucilah sebaik-baiknya sebelum ke masjid.
Allah berfirman, “Hai anak adam,
pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (Surah Al A’raf
ayat 31).
Allah sudah rezekikan kita memiliki
pakaian yang indah dan minyak wangi. Pakailah ia ketika ke masjid. Jangan kita
kufur nikmatnya itu.
● Orang Melayu kekadang tidak
suka duduk saf depan,
padahal ia sepatutnya
direbut, bukan diberi kepada orang lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Andaikan
manusia tahu betapa besar pahala orang yang menjawab azan dan saf yang pertama,
lalu ia tidak mendapatkannya kecuali dengan undian, tentu dia akan
mengikutinya.” (HR. Bukhari)
● Ada orang terlambat tiba di
masjid, lalu berjalan
tergesa-gesa, bahkan berlari anak dalam
masjid untuk bersama
imam.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika
kamu mendengar iqomat, hendaklah berjalan untuk solat. Wajib bagimu untuk
mendatanginya dengan tenang dan janganlah lari terburu-buru. Apa yang kamu
dapati bersama imam maka kerjakanlah dan yang kurang sempurnakanlah.” (HR.
Bukhari).
Jangan tunggu hingga imam berdiri
baru bertakbiratul ihram. Sebaliknya terus bertakbiratul ihram dan ikutlah
imam. Jangan buang masa dengan auzubillah, bismillah, berusolli dan bacaan
sunat lain kerana yang lebih dituntut ialah segera menyertai imam.
● Nabi s.a.w. juga menegah
jual-beli dalam masjid
menerusi sabda baginda: “Apabila
kamu
melihat orang menjual atau membeli barang dalam masjid maka katakan kepadanya: 'Semoga Allah tidak memberi keuntungan dalam jual belimu.” (HR. Tirmidzi).
melihat orang menjual atau membeli barang dalam masjid maka katakan kepadanya: 'Semoga Allah tidak memberi keuntungan dalam jual belimu.” (HR. Tirmidzi).
Selalu juga terlihat ustaz yang hadir
berceramah menyelitkan dalam ceramahnya dia ada bawa buku, kismis, air jampi,
minyak wangi, madu dsbnya yang dijual di luar masjid. Mungkin barang tidak
bertukar tangan dalam masjid, tetapi pengumuman itu adalah iklan yang juga
sebahagian dari perniagaan. Sedangkan mengumumkan barang hilang dalam masjid
pun dilarang oleh nabi saw.
● Ramai orang suka berbual
dalam masjid. Walaupun tidak dilarang, kekadang ia
mengganggu orang lain beribadat.
Dalam rumah Allah, lebihkan mengingati-Nya dan berpesan-pesan perkara baik.Wallahua'lam
Dalam rumah Allah, lebihkan mengingati-Nya dan berpesan-pesan perkara baik.Wallahua'lam
( Sumber: Abdul Ghani Haron)
No comments:
Post a Comment