Tuesday, July 18, 2017

Hero Rakyat Marhaen

Mereka tak perlu ada pangkat untuk selamatkan rakyat,
Mereka tak perlu jadi Ahli Dewan Negara / Ahli Politik untuk bantu rakyat,
Mereka tak perlu jadi Adun Negeri untuk bantu rakyat,

Sebab apa?
Sifat Perikemanusiaan mereka sudah terlatih...
Cara mereka telah mengajar kita satu prinsip 
"Jangan tanya apa sumbangan negara pada kita, tetapi tanya pada diri sendiri, apa yang kita sumbang kepada negara."





LANDO ZAWAWI VRUS

Dari bilangan kecil kini ditubuhkan persatuan BROTHERHOOD di mana persatuan ini telah menyelamatkan beribu nyawa dan mangsa keadaan dari kemalangan jalan raya yang berpunca dari keadaan jalan raya yang kebanyakanya ada "swimming pool" di malaysia ni. Kita mungkin antara yang terselamat atas jalan raya atas bantuan persatuan BROTHERHOOD. Mereka juga antara yang bersuara kepada jabatan-jabatan yang sepatutnya bertanggungjawab atas kerosakan jalan raya, dan pengeluaran produk-produk tiruan ke atas kenderaan. Jadi, apa tindakan pihak yang bertanggungjawab sehingga persatuan BROTHERHOOD menjalankan kerja menurap jalan dan sebagainya secara sukarela demi menyelamatkan pengguna jalan raya yang tidak bersalah serta pembayar cukai jalan?

Difahamkan Lando dan rakan-rakannya telah melakukan projek ini bertahun-tahun lamanya. Dan mereka selalu menggunakan duit sendiri untuk menurap lubang di jalan raya kerana telah bosan menunggu dan mengharapkan pihak majlis perbandaran atau pihak bertanggujawab menurap jalan tersebut. INI BARU REAL CARA BROTHERHOOD.





YUSUF AZMI


Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi , antara yang telah menyelamatkan ramai mangsa KES PENIPUAN AH LONG , PINJAMAN WANG BERLESEN , PENIPUAN JUAL BELI BARANGAN ONLINE/OFFLINE , UGUTAN / PENIPUAN SYARIKAT PAJAKAN dan beberapa yang lain lagi. Beliau dan beberapa orang ahli PPIM selalu turun padang untuk mengambil tindakan bagi menyelamatkan mangsa-mangsa dari penipuan Ah Long dan sebagainya. Mereka telah berjaya menumpaskan banyak sindiket penipuan dan ugutan sejak dari beberapa tahun lepas sehingga kini.

Baru-baru ni UTK PPIM telah menyerbu dan mengeluarkan beberapa buah kereta mangsa pajakan dari syarikat yang dikenali AGR Cartrade, berhubung syarikat pajakan tersebut telah menganiaya hampir 500 individu melibatkan 1,500 kenderaan yang dipajak kepada syarikat tersebut di Serdang, Selangor.





KUAN CHEE HENG


Sekali pandang, lelaki Cina ini, Kuan Chee Heng sama seperti manusia lain. Menetap di Malaysia dan hidup aman damai seperti yang lain.Namun apa yang membezakan lelaki ini dengan rakyat Malaysia yang lain ialah sikap suka membantu orang dalam kesusahan.

Baginya kita tidak hanya perlu kaya di dalam poket, tetapi kita perlu kaya di dalam hati dengan setiap apa yang kita lakukan.

MORAL OF THE STORY:

Tidak perlu ada pangkat untuk berjasa pada negara, tidak perlu ada kuasa untuk bersuara, tidak perlu dikenali ramai untuk membantu..Cukuplah ada hati perut dan sifat perikemanusiaan untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara.

"NO HERO CAN SAVE EVERYONE, NOT EVEN SUPERMAN. BUT A REAL HERO NEVER STOP TRYING"

(SEKIRANYA ADA INFO DAN MAKLUMAT YANG SENSITIF/SALAH MOHON DITEGUR DAN MOHON MAAF)

[Sumber: FB Lanun_Perosak]

No comments:

Post a Comment