Monday, July 24, 2017

Perihal Rezeki




Zikir Mudah Menjemput Rezeki:

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah –

    Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala 
    Quwwata Illabillah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -

   Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan 
   menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu 
   Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim .

   Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai 
   hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:

   Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan 
   Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani).

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :

    Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan 
    Hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI : 

   Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa 
   Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan 
   Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu 
   Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR : 

    Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala 
    Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud 
    dan Ibnu Majjah)

Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.







Pada  hujung suatu semester, ketika wang pinjaman mula menyusut, ketika sering makan sekali sehari sebab duit perlu dicatu supaya cukup sampai hujung semester. Untuk meminta pinjam dengan kawan-kawan timbul rasa segan. Nanti menyusahkan jika meminta tolong dengan mereka. Mungkin mereka juga perlukan wang. Lapar sedikit bukan masalah. Masih ramai yang lagi susah.  

Suatu malam perut terasa lapar. Lantas segera bersiap-siap untuk tidur. Belum pun kepala mencecah 
bantal, ada ketukan di pintu bilik. Dua orang kawan datang. Di tangannya ada plastik makanan. Menghulur sebungkus makanan saat amat memerlukan. 

Teringat kisah yang berlaku beberapa hari lepas. Saat seorang teman datang hendak meminjam sejumlah wang. Walau diri sendiri sedang mengikat perut, diberikan juga jumlah yang dimintanya dengan keyakinan rezeki itu milik dia. 

Ada bahagian lain untuk diri. Bukan hanya berlaku pada saat ini, malah beberapa kali sebelum ini. Ketika terasa poket semakin menipis, ada sahaja rezeki yang datang cukup untuk kegunaan hari-hari. Ketika sangat memerlukan, Allah gerakkan hati orang lain untuk menghulurkan. Bukan diminta namun rezeki datang tanpa diduga. 

Kisah ini mungkin berlaku pada kebanyakan orang. Yang perlu kita yakin, selama kita memberi tanpa berkira-kira, akan ada pulangannya yang tidak disangka-sangka. Allah yang akan menghadirkan pertolongan saat kita benar-benar memerlukan. Yang penting memberi. Ada balasan menanti. 

Belajarlah untuk memberi. Walau hanya sebutir gula-gula, sudah cukup membuahkan riang dalam diri. Melihat senyuman teman, kita akan jadi bahagia. Belajarlah untuk berkongsi.

[Sumber: SOLUSI #75]





Apa yg kita dapat, simpan, makan, hatta gunapakai adalah rezeki kita. 

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH ......

*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 

"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya." (Surah Hud : 6). 

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya." (Surah An-Najm : 39). 

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu." (Surah Ibrahim : 7). 

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." (Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.” (Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya." (Surah An-Nur : 32). 

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa' : 31). 

*8. Rezeki Kerana Sedekah.*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak." (Surah Al-Baqarah : 245).


No comments:

Post a Comment