Tuesday, July 25, 2017
SURAH AL - INSHIQAQ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ
1. Apabila langit terbelah,
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ
2. Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh;
وَإِذَا الْأَرْضُ مُدَّتْ
3. Dan apabila bumi diratakan,
وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ
4. Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong,
وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ
5. Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh;
يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ
6. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu sentiasa berpenat-lelah (menjalankan kehidupanmu) hinggalah kamu kembali kepada Tuhanmu, maka kamu tetap akan menemui-Nya.
فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ
7. Maka sesiapa yang menerima catatan amalnya dari sebelah kanannya;
فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا
8. Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
وَيَنْقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا
9. Dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.
وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ
10. Dan sesiapa yang menerima catatan amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا
11. Maka dia akan meraung: "Celaka aku!"
وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا
12. Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang.
إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ مَسْرُورًا
13. Sebenarnya dia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
إِنَّهُ ظَنَّ أَنْ لَنْ يَحُورَ
14. Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!
بَلَىٰ إِنَّ رَبَّهُ كَانَ بِهِ بَصِيرًا
15. Tidak demikian. Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat keadaannya!
فَلَا أُقْسِمُ بِالشَّفَقِ
16. Maka Aku bersumpah, demi awan merah waktu senja;
وَاللَّيْلِ وَمَا وَسَقَ
17. Demi malam serta segala yang diselubunginya;
وَالْقَمَرِ إِذَا اتَّسَقَ
18. Demi bulan apabila menjadi purnama:
لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَنْ طَبَقٍ
19. Sesungguhnya kamu tetap melalui keadaan peringkat demi peringkat (dalam kehidupan).
فَمَا لَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
20. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنُ لَا يَسْجُدُونَ ۩
21. Dan apabila Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak (mahu) sujud?
بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا يُكَذِّبُونَ
22. Bahkan orang yang ingkar itu mendustakan(nya).
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُوعُونَ
23. Padahal Allah tahu apa yang mereka sembunyikan (dalam hati mereka).
فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
24. Maka sampaikanlah kepada mereka (ancaman) azab yang pedih.
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
25. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment