Thursday, August 25, 2016

Warkah Buat AYAH



1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ya macam kasar saja.. kerana ramai lelaki begitu, tetapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi..
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, dia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja.
5. Hari ini memang telah hilang fungsi tarbiyah dari AYAH, ramai AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang derhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang derhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH sebenar. Semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah. Di manakah AYAH sang pengajar utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, TV dan gajet...
12. Ramai anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tidak hadir lagi dalam kehidupan mereka, amat sibuk dengan dunia ayah sendiri.
13. Ayuh wahai ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imran. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAH, bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah s.a.w.yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tetapi nilai-nilai keAYAHan tidak pernah hilang dan diperolehi dari datuk dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu mereka. Mereka digelar umat terbaik.
18. Di dalam Al Quran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 di antaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam Al Quran!
19. Marilah semua wahai AYAH untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan masjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAH yang menjadi mudir (pengetua).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. Anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajar anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yang peduli. Tegas dan prihatin itu sikap utama.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin ramai AYAH yang prihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..
Wallahua'lam.

[Ustaz Hasnan Fan Club]

No comments:

Post a Comment