Tuesday, August 23, 2016
Cari Allah Dalam Semua Situasi
SITUASI 1
Ada urusan yang perlu dilakukan di Pejabat Pos. Pada masa yang sama, ada lagi urusan lain yang mesti dibuat. Pejabat Pos memang sentiasa dipenuhi orang. Rasa tidak sanggup menunggu lama-lama. Sebelum melangkah doa dipanjatkan supaya dipermudahkan urusan.
Sesampai di Pejabat Pos, hati rasa terkejut dan sangat bersyukur kerana keadaannya lengang!
Terima kasih, Allah!
SITUASI 2
Hendak menziarahi saudara yang sakit di hospital. Umum tahu bukan senang hendak mendapatkan kawasan parkir di hospital. Hati berdoa supaya dipermudahkan. Dapat parkir di kawasan yang berdekatan dengan wad pesakit.
Terima kasih, Allah!
SITUASI 3
Hendak menghadiri majlis walimatulurus seorang sahabat nun jauh di luar kawasan. Tidak dapat menempah tempat bermalam kerana semuanya penuh. Mahu tidak mahu terpaksa melakukan perjalanan pergi dan balik pada hari yang sama.Hati rasa khuatir bila tiba waktu pulang nanti terpaksa berdepan dengan kesesakan lalulintas akibat perhimpunan demonstrasi kumpulan baju kuning dan baju merah, sedangkan ketika itu badan sudah letih. Hati berserah kepada Allah. Dia yang memudahkan segala urusan.
Terima kasih, Allah, perjalanan itu sungguh lancar!
SITUASI 4
Hati rasa senang bila kerabat datang bermalam di rumah. Berbual mesra hingga lewat malam.
Azan subuh bergema di kejauhan. Pada masa yang sama telefon berdering. Berita yang diterima amat mengejutkan! Lantas segera disampaikan kepada semua penghuni rumah.Usai solat subuh berjemaah, pantas bergegas ke tempat kejadian.
Engkau menghantar kerabat ini untuk melancarkan urusan yang memang tiada upaya untuk dilakukan sendiri!
Terima kasih, Allah!
#CariAllahDuluDalamSemuaSituasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment