Wednesday, August 31, 2016

Merdekakah Kita?



1. Kita takkan merdeka dengan hanya buat surat sweet2 untuk artis yang buka tudung.

2. Kita takkan merdeka dengan bawa isteri beli 'barang dalam' tapi canang seluruh alam.

3. Kita takkan merdeka jika ada kes pelajar jatuh bangunan, kita nak kaji struktur bangunan tapi lupa fokus bangunkan pelajar yang kurang modal insan.

4. Kita takkan merdeka jika nak haramkan buku Ibn Taimiyah hanya kerana ada orang salah tafsir. Nabi pun orang salah faham takkan nak haramkan hadith.

5. Kita takkan merdeka dengan hanya berhimpun di jalanan membantah kerajaan tapi tersungkur di pintu peperiksaan.

6. Kita takkan merdeka jika HP di tangan lebih lama dari masa bertuhan.

7. Merdekakah kita jika pelajar bermasalah, guru saja dipersalah, mak ayah buat tak endah.

8. Kita takkan merdeka dengan hanya hidup untuk menunjuk-nunjuk harta, bahagia di FB dan Insta sedang hakikatnya berbeza.

9. Kita takkan merdeka jika akal kita tak boleh membezakan antara kritik kerajaan dan kutuk kerajaan. Antara menegur perbuatan atau menghina si pelaku kesalahan.

KITA AKAN MERDEKA BILA HIDUP KITA BERMANFAAT UNTUK SELURUH UMAT!

Salam Kemerdekaan Malaysia

Muhasabah diri
Azizul Asri
CSQ Training Centre


Sesiapa yang gagal memerdekakan diri dari rantai penjajahan tempat tidurnya untuk bangun bersolat subuh maka dia masih tidak merdeka yang hakiki.

Sesiapa yang berjaya merongkai rantai diri lalu keluar dari rumahnya untuk solat subuh berjemaah maka itu tanda kemerdekaan pada dirinya dari cengkaman penjajahan kemalasan dan syaitan.


Kanak-kanak ini tidak merdeka. Dia dipaksa duduk menjual rokok kepada orang awam. Ini gelagatnya beberapa hari sebelum foto ini diambil. Pada hari biasa dia sepatutnya belajar atau pergi ke sekolah. Apabila ditanya kepada ibunya, dia berkata biarlah anak ini menolong mencari wang untuk tambang basnya.

Waduh..jawapan seorang ibu seperti itu. Tanggungjawab mencari nafkah dan tambang bas itu adalah tanggunjawab ibu bapa. Yang dijualnya itu pula ialah rokok yang seharusnya dijauhi daripada kanak-kanak. Inilah yang dikatakan, sekolah melarang anak-anak jangan merokok tetapi di rumah pula ibu bapa menyuruh mendekati rokok.

Ayah kanak-kanak ini membawa Hilux dan sentiasa parkir kenderaan itu di kawasan kanak-kanak ini menjual rokok.

IBU BAPA YANG DERHAKA DAN MENGHAMBAKAN ANAK SENDIRI TIDAK BOLEH MENGHARAPKAN BAKTI ANAK-ANAK ITU DI KALA MEREKA TUA.

[Perkongsian dari FB Pencinta Ilmu]


Kemerdekaan sebenar ialah bebasnya hati daripada penjajahan hawa nafsu dan syaitan yang memperalatkan dunia agar manusia tidak menjadi hamba Allah dan khalifah yang menegakkan hukum Allah dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara!

Penjajah sudah lama meninggalkan kita, tetapi kerana hati dan fikiran masih terjajah oleh hawa nafsu dan syaitan, maka cara hidup penjajah terus berakar umbi dalam sistem hidup kita.Cara hidup kita masih meletakkan kemajuan fizikal dan material sebagai matlamat. Sedangkan itu hanya alat untuk mencapai ketenangan jiwa dan kebahagian akhirat yang kekal abadi.

Tersohorkah kita di dunia, unggulkah kita di akhirat... jika masih menjadi Pak Turut kepada hawa nafsu yang menjadikan dunia pasaran sebagai 'tuhan' dan cara hidup yang materialistik sebagai 'sembahan?'

Syukur atas nikmat merdeka ini... justeru, mari kita gunakan nikmat ini untuk mencapai KEMERDEKAAN yang sebenarnya!

[Cetusan Ustaz Pahrol Mohamed Juoi]




No comments:

Post a Comment