Saturday, August 13, 2016
Mana Ada Malaikat 44!
Sebahagian daripada masyarakat Melayu, apabila menerima berita buruk sering mengungkapkan kata-kata, "Eee...selisih MALAIKAT 44!"
Aneh sekali. Sepatutnya umat Islam memohon perlindungan kepada ALLAH TAALA, bukan kepada malaikat 44!!!
Dalam Islam tidak ada istilah malaikat 44. Ia dipercayai berasal dari ilmu kebatinan, ilmu hitam atau ajaran sesat yang mempercayai bahawa manusia dilambangkan dengan angka 44. Alam mempunyai 4 penjuru dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin. Setiap penjuru dibahagikan lagi kepada 44 dimensi yang dijaga oleh 44 malaikat.
Sebenarnya makhluk yang disebut sebagai malaikat itu adalah JIN yang diarahkan oleh manusia untuk menjaga manusia dengan upah makanan berupa darah, ayam dan sebagainya. Mereka ini puak syaitan dan iblis.
Perkataan "Selisih malaikat 44" apabila diulang selalu lama kelamaan akan menimbulkan kepercayaan bahawa pertolongan boleh diminta dari jin dan makhluk lain selain Allah. Ini perbuatan SYIRIK. Naudzubillah min zalik!!!
Pasakkan di dalam hati bahawa ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG dalam apa jua situasi.
[IMAN #46]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment