Tuesday, August 9, 2016

Solat Usah Ditunda


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Rasulullah s.a.w. bersabda: `Mereka (para malaikat) saling (bersilih ganti mengawasi) menanti kalian. Apabila tiba waktu SOLAT SUBUH, para MALAIKAT PADA WAKTU SIANG turun lalu mendirikan solat bersama kalian. Manakala para MALAIKAT PADA WAKTU MALAM akan naik ke langit sedangkan para malaikat pada waktu siang akan berada bersama kalian.

Lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka (para MALAIKAT PADA WAKTU MALAM) sedangkan Dia lebih mengetahui, `Apakah yang dilakukan oleh para hamba-Ku ketika kalian meninggalkan mereka?`

Mereka menjawab, `Kami datang kepada mereka dalam keadaan mereka sedang mendirikan solat dan kami meninggalkan mereka dalam kedaan mereka sedang mendirikan solat.‘

Apa tiba waktu SOLAT ASAR, para MALAIKAT PADA WAKTU MALAM turun dan turut serta bersama-sama kalian mendirikan solat. Kemudian para MALAIKAT PADA WAKTU SIANG naik ke langit sedangkan para MALAIKAT PADA WAKTU MALAM pula akan berada bersama kalian.`

Baginda s.a.w. bersabda: `Dia (Allah S.W.T.) berkata dalam keadaan Dia lebih mengetahui tentang keadaan mereka. Dia berfirman, `Apakah yang dilakukan oleh para hamba-Ku ketika kalian meninggalkan mereka?`

Baginda s.a.w. bersabda: `Mereka (para MALAIKAT PADA WAKTU SIANG) menjawab, `Kami datang dalam keadaan mereka sedang mendirikan solat dan kami meninggalkan mereka dalam keadaan mereka mendirikan solat.`

Baginda s.a.w. bersabda: `Saya menyangka bahawa mereka (kesemua malaikat pada waktu siang dan juga malaikat pada waktu malam) mengatakan, `Maka berilah keampunan kepada mereka (HAMBA-HAMBA ALLAH YANG MENJAGA SOLAT) pada hari kiamat.``

Hadis Riwayat Ibnu Hibban. Sanadnya sahih melalui para perawi al-Bukhari dan Muslim.

PENGAJARAN:

• Tingginya kedudukan solat subuh dan solat asar, iaitu dua solat yang sering diabaikan oleh ramai manusia.
• Doa daripada malaikat berbentuk permohonan pengampunan kepada Allah S.W.T. ke atas seorang hamba.
• Menurut pendapat Imam as-Sayuthi, para malaikat turut menerima taklif untuk mengerjakan segala perintah dalam ajaran Islam.

(Petikan dari HADIS QUDSI susunan Muhammad Yusuf A. Kadir terbitan Telaga Biru)

Oleh itu, jagalah solat. Mungkin ini solat yang terakhir. Janganlah solat itu ditunda-tunda. Ajal tiba tidak diketahui masanya.


No comments:

Post a Comment