Friday, August 5, 2016

Keajaiban Menangis


Siapa kata menangis tidak ada gunanya? Menangis lama-lama memang boleh membuat mata jadi merah dan bengkak. Tetapi jangan silap, menangis dan mengeluarkan air mata sebenarnya boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesehatan tubuh dan fikiran.

Inilah keajaiban menangis dan berair mata:

1. Air mata membantu penglihatan. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan jadi kabur.

2. Tidak perlu ubat titis mata. Air mata boleh berfungsi sebagai antibakteria semula jadi. Di dalam air mata terkandung cairan dinamakan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria yang datang dari papan kekunci komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Menangis boleh menurunkan paras kemurungan dan mengangkat kembali mood seseorang. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam mengawal sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar kerana menangis beremosi mengandungi racun.Bila memangis maka racun pun keluar.

5. Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.Selain menurunkan paras stres, air mata juga membantu melawan penyakit disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.

6. Menangis boleh membantu seseorang membangun sebuah komuniti. Bila orang yang menangis menceritakan masalahnya kepada orang lain yang boleh memberikan sokongan, ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan. Semua orang merasa demikian. Meskipun berhadapan berbagai masalah dan ujian, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung kembali menjadi lancar, membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

PUN BEGITU JANGAN TERLALU BANYAK MENANGIS KERANA MATA BOLEH MENJADI KERING DAN BENGKAK.

No comments:

Post a Comment