Wednesday, August 10, 2016
Kesilapan Biasa Dalam Solat
MARI PERSEMBAHKAN SOLAT TERBAIK PADA ALLAH,WUJUDKAN TALI YANG ERAT DENGAN DIA SEHINGGA KITA MENJADI RINDU DAN TERNANTI-NANTI MAHU BERBICARA DENGAN-NYA DALAM SOLAT. KITA PERBETULKAN MANA-MANA BAHAGIAN YANG SILAP:
1- Diam dan tidak menggerakkan lisan ketika solat. Ada juga yang membaca sambil menutup mulutnya. Para sahabat Nabi sollallahu alaihi wasallam mengetahui bahawa Baginda menggerakkan lisan dalam solat dengan melihat gerakan janggutnya.
2- Memejamkan mata ketika solat tanpa alasan.Jika membuka mata dapat membawa kekhusyukan, perkara itu lebih utama. Namun, jika perkara itu menghalangnya daripada kekhusyukan lantaran di hadapannya terdapat keindahan, aneka hiasan atau apa sahaja yang mengganggu hati, maka tidak makruh memejamkan mata secara mutlak.Namun dalam banyak riwayat, tidak terlihat Nabi sollallahu alaihi wasallam memejamkan mata.
3- Solat sambil duduk, sedangkan mampu berdiri.Ini tergolong dalam kesilapan besar, apabila ia melibatkan solat fardhu. Jika ia solat sunat, tidak mengapa, dan pahala solat sunat itu akan dapat separuh sahaja.
4- Tidak bersolat selama 40 hari kerana nifas, meskipun telah suci daripada darah nifas sebelum waktu itu.Wajib bagi wanita menunaikan solat dan berpuasa, bahkan suaminya halal "bersama" dengannya apabila isteri telah suci, meskipun tempoh nifas itu baru 20 hari, dan darah sudah berhenti mengalir.Jika darah masih keluar selepas itu (sesudah bersuci), maka darah itu dianggap darah nifas. Ibadah yang dilakukan sewaktu suci itu adalah sah.
5- Sendawa ketika solat.
6- Tidak menahan diri daripada menguap ketika solat.Apabila mahu menguap, hendaklah berusaha menahan semampunya dan meletakkan tangan pada mulut sehingga tidak mengeluarkan suara. Syaitan akan masuk ke dalam mulut sewaktu menguap. Jika menguap sehingga mengeluarkan bunyi, syaitan akan mentertawakan kita terbahak-bahak.
7- Memandang langit atau ke atas sewaktu solat. Memandang ke atas itu, ibarat menzahirkan kesombongan.
[Inti kuliah dengan Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman sewaktu seminar solat hujung minggu]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment