Saturday, August 27, 2016

Azab Jenazah Tukar Jantina



Janji Allah itu pasti. Setiap dari kita akan merasai kematian. Dan apa yang membezakan seorang manusia dari manusia yang lain adalah amalannya ketika dia hidup.

Allah S.W.T Maha Besar, menunjukkan kekuasanNya supaya dijadikan pengajaran kepada yang masih hidup.

Seorang pengurus jenazah berkongsi pengalamannya memandikan mayat seorang lelaki yang menukar jantina semasa kehidupannya.

Syed Sohleh Syed Jalaluddin berkongsi kisah itu di Facebook dengan harapan ia menjadi iktibar buat orang ramai.

Ikuti kisah yang diceritakan oleh Syed Sohleh:

Terpanggil di hati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yang dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai ketika di dunia lagi. Nauzubillah.

Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran di hati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.

In Sya ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina. Siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya. Bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan Muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.

✔Dibantu waris si mati
Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk dikafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.

✔Putih jadi Hitam
Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan keseluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sedikit demi sedikit.Ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.

✔Najis Tak Henti Keluar
Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak ( buang najis ). Ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya berhenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak berhenti keluar.

✔Nanah Dan Ulat Keluar
Saya terus menyucikan jenazah macam biasa. Saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat. Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan ke atas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin. Perlahan-lahan saya memasukkan kapas ke dalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi.

✔Ibu Pengsan
Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan jenazah anaknya. Selesai saya mandikan dan wudukkan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.

Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapur barus, air kayu cendana dan air sintuk, untuk mewangikan jenazah.

✔Jenazah reput, buah dada kecut
Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya buka kain kafan tadi. Sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.

Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu.Tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAHU AKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.

✔Jadikan Pengajaran
Sekali lagi saya memohan maaf. Bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.

Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara' berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis.

ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.
Firman ALLAH yang bermaksud :

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk " ( Surah AT-Tiin ayat 4 )

Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa, maksudnya ): " Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki " ( Hadis Riwayat AL-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata, maksudnya: " Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki" ( Hadis Riwayat Abu Daud ).

Wahai saudara-saudara seIslamku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji ALLAH itu benar. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNYA.

[Dari Daie Media Sosial]

No comments:

Post a Comment