Wednesday, August 17, 2016

SIAPAKAH?


*SIAPAKAH ORANG YANG PALING SIBUK?*
Orang sibuk adalah orang yang lalai dpd mengingati Allah dan tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

*SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA DAN MENDAPAT REDHA ALLAH?*
Orang yang mempunyai senyuman yang manis dan mendapat keredhaan Allah adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata: "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Allah Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

*SIAPAKAH ORANG YANG PALING KAYA?*
Orang kaya adalah orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini, serta menginfaq sebahagian hartanya utk mendapatkan keredhaan Allah.

*SIAPAKAH ORANG YANG PALING MISKIN?*
Orang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang Allah anugerahkan dan sentiasa mengumpul harta untuk maksud keduniaan.

*SIAPAKAH ORANG PALING RUGI?*
Orang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya.


*SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?*
Orang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang terbaik dan hati yang ikhlas hanya kerana Allah dalam segala ibadah dan amalannya.

*SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?*
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan yang diredhai Allah di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh mata memandang.

*SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?*
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan dan mendapat kemurkaan Allah, lalu kuburnya menghimpitnya...

*SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?*
Orang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana bijak menggunakan akal sewaktu di dunia dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya, serta memohon perlindungan Allah dari seksa neraka

*SIAPAKAH ORANG YANG KEDEKUT?*
Orang kedekut ialah orang yang jarang bersedekah walaupun sedikit jumlahnya dan ia tidak dijadikan amalan hariannya.

Wallahhu'alam.

[Dari FB Rina Muhd Yusuf]

No comments:

Post a Comment