Wednesday, August 31, 2016
Sikap Pembina Negara VS Pemusnah Negara
Kesilapan Tun Mahathir yang diumumkan di TV3 sebentar tadi membuatkan saya keliru ; samada hendak ketawa ataupun geram.
Tun Mahathir telah membazirkan wang negara atas kerana pembangunan Malaysia yang kita nikmati sekarang. Mahu dari Putrajaya ke KLCC. Mahu Petronas ke Proton dan segalanya.
Pada tahun 1997, Malaysia telah menghadapi krisis ekonomi dan kewangan sehingga media luar negara mengugut "See you at 5". Tanpa gentar sedikit pun, Tun Mahathir membalas dengan mengumumkan penetapan nilai Dolar berbanding Ringgit yang membuat satu dunia terkejut. Semua dagangan adalah pada nilai yang telah ditetapkan iaitu RM3.80 bagi setiap Dolar AS. Tiada bantahan dari mana-mana pihak.
Tun Mahathir dengan beraninya meminta maaf atas kesilapannya kepada rakyat dan Majlis Raja-Raja Negara sedangkan yang seorang lagi?
Alangkah sedihnya, yang seorang lagi dengan kata besarnya yang tidak pasti janji itu dapat dikotakan ataupun tidak. Ucapan "meminta maaf" tidak sekali diungkap apabila krisis ekonomi, skandal dan segalanya melanda Malaysia dan rakyat.
Sehingga rakyat Malaysia semakin sesak dengan keadaan ekonomi yang terpaksa kita alami sekarang.
Seingat saya dulu ketika bertemu dengan Tun Mahathir, apakah masih ada harapan beliau terhadap "Wawasan 2020" ?
Air matanya ditahan, suaranya bertukar sebak. Beliau diam seketika dan menutur kata
"Siapa tak sedih jika rumah yang kita bina, kita bagi amanah dekat orang untuk jaga, tapi dia binasakan rumah kita."
Selamat Hari Kemerdekaan kepada rakyat Malaysia kerana kita telah bebas dari cengkaman penjajah namun sesetengah dari kita masih berada di mentaliti kelas ketiga dan diselubungi kemalasan yang membawa diri ke PHD : Penyakit Hasad Dengki.
[Claudia Ashley Anthony] ·
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment