Saturday, August 13, 2016
Hafaz Al Quran Dan Tuntutan Belajar
Bacalah Al Quran di rumah kita.
"Sesungguhnya rumah akan terasa luas bagi penghuninya, para malaikat akan mendatanginya, para syaitan akan menjauhi dan kebaikannya akan bertambah jika Al Quran dibaca di dalamnya." (Abu Hurairah r.a.)
Usahakanlah untuk menghafaz surah-surah lazim dan surah-surah penting lain seperti Al Mulk dan As Sajdah (mengelakkan seksa kubur), Al Waqiah (mengelakkan kesempitan rezeki), Al Baqarah dan Ali Imran (memberi naungan ketika panas terik di Padang Mahsyar), Surah Yaasiin dan Surah Al Kahfi yang banyak fadilatnya. Lakukanya mengikut kemampuan diri.
Semasa menghafaz, fahami dan hayati juga makna setiap ayat supaya dapat diamalkan perintah yang terdapat di dalamnya. Setelah berjaya dihafaz, ulang baca selalu supaya tidak lupa, sama ada di dalam solat ataupun di luar solat (contoh ketika terperangkap dalam kesesakan lalulintas bagi mengelakkan rasa bosan dan marah).
Kata Ibn Al Mubarak:
"Belajar bukan untuk orang pintar. Bukan juga untuk orang bodoh. Belajar itu untuk semua orang. Andaikata telah menghafaz ilmu orang dulu-dulu dan ilmu orang yang akan datang, teruskan juga belajar daripada orang lain.
Mencari ilmu bukan untuk mengumpulkan ilmu semata-mata, melainkan untuk MELAKSANAKAN KEWAJIPAN SYARIAT. Mencari ilmu tidak terbatas oleh kepintaran. Yang membatasi pencarian ilmu ialah umur. JIKA ROH SUDAH MENINGGALKAN JASAD, TIADA LAGI KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment