Sunday, August 7, 2016

Pahala Tanpa Modal


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., "Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ' Amalan-amalan akan dibentangkan pada setiap hari ISNIN dan KHAMIS. Maka diampunkan setiap hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu melainkan seorang lelaki (wanita) yang mempunyai PERMUSUHAN antaranya dengan saudaranya. Lalu dikatakan (kepada para malaikat) "Tangguhkanlah (keampunan kepada) dua orang ini sehingga mereka berbaik-baik.""
Hadis Riwayat Muslim.


Tidak susah meraih pahala yang merupakan MATAWANG DI AKHIRAT. Kalau tak mampu lakukan semua jangan pula ditinggalkan semuanya.
Semoga menjadi hamba Allah yang beruntung. Aamiin


Bercakap yang buruk memang mudah tetapi susah hendak menariknya kembali. Setiap kali ingin mengatakan tentang keburukan orang lain
elok ingatkan diri sendiri, tidakkah menyesal nanti.

Kata-kata yang diucapkan bagai bulu ringan berterbangan, tidak mudah di ambil kembali setelah terbang bersama angin di angkasa.


Akhlak yang baik dapat melelehkan kesalahan sebagaimana matahari meleleh ketulan ais. Akhlak yang baik adalah rupa batin yang baik juga. Hapuskan yang tercela dan gantikan dengan sifat sifat terpuji. Itulah akhlak yang baik (Husn al khulq). Rasulullah s.a.w. bersabda: "Baguskanlan akhlakmu."

Akhlak dapat diubah dengan tindakan. Berusahalah dengan gigih dalam menundukkan kemarahan, syahwat dan kejahatan sehingga menjadi kebiasaan sebagaimana Rasulullah s.a.w berpesan: "Kebaikan adalah kebiasaan."

No comments:

Post a Comment