Sunday, August 28, 2016
Lidah Kamu Harimau Kamu
Hukama biasa mengungkapkan " LIDAH KAMU ITU HARIMAU KAMU."
Justeru, insan yang diuji dengan bencana lisan orang lain harus mengambil peringatan dari firman Allah ini: "Tidak ada kesusahan yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (At Taghabun 64: 11).
Dari kitab Riyadussolihin: 1553.
Dari Abuddarda' radiallahuanhu, katanya: "Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda: "Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila melaknat kepada sesuatu, maka naiklah kelaknatannya itu ke langit, lalu ditutuplah pintu-pintu langit itu agar tidak masuk ke dalamnya, kemudian turun kembali ke bumi lalu ditutuplah pintu-pintu yang menuju ke arah bumi itu agar tidak dapat masuk ke dalamnya, selanjutnya ia bolak-balik ke kanan dan ke kiri.
Seterusnya apabila tidak lagi ia memperoleh jalan masuk, maka kembalilah ia kepada orang yang dilaknat, jikalau yang dilaknat memang benar-benar sebagaimana isi yang dilaknatkan, maka kelaknatan itupun tetap berada dalam diri orang ini, tetapi jikalau tidak, maka kembalilah ia kepada orang yang mengucapkannya - sehingga ia akan memperoleh bencana dengan sebab ucapan laknatnya tersebut." (Riwayat Abu Dawud)
Sekarang, cuba perhatikan teguran dari Tim TARBIAH SENTAP ini:
"Baik tak payah pakai tudung kalau akhlak teruk!"
Jap...
Apa kaitan tudung dengan akhlak? Nak tegur akhlak, jangan kaitkan dengan tudung.
Akhlak baik ke tak, tutup aurat tu wajib.
Cuba bayangkan.
Ada orang dia solat, tapi perangai teruk.
Pastu ada orang cakap:
"Baik tak payah solat kalau perangai teruk..."
Sebenarnya, perkataan macam nilah yang membuatkan orang yang nak berubah tak jadi nak berubah.
Tak tutup aurat tu dosa.
Akhlak buruk tu pun dosa.
Tapi, kalau dia akhlak buruk, kenapa nak suruh dia bukak tudung pulak? Kenapa nak suruh dia buat dua dosa??!
Tak solat tu dosa.
Akhlak buruk tu pun dosa.
Takkanla sebab dia akhlak buruk, kita nak suruh dia supaya tak solat? Kenapa nak suruh dia buat dua dosa?
So, apa nak buat?
Saya cadang, kalau seorang perempuan tu bertudung, tapi akhlak dia teruk, tegurlah akhlak dia, jangan kaitkan dengan tudung. Tak payah suruh dia cabut tudung.
Isu akhlak ni, orang pakai tudung atau tak pakai tudung, dua-dua ada masalah. Dia akhlak buruk bukan sebab dia bertudung atau tak. Tapi, memang dia ada la masalah yang menyebabkan dia berakhlak sebegitu.
So, jangan kaitkan akhlak dengan tudung.
Ataupun, ada yang guna ayat:
"Harap je pakai purdah, tapi couple. Baik tak payah pakai purdah..."
Ada satu ayat yang lagi tah apa-apa saya pernah jumpa:
"Kau ni harap je pakai tudung, tapi perangai serupa kafir. Baik kau murtad ke la..."
??
Seriusly.
Nak tegur orang, kena bijak.
Jangan di sebabkan teguran kita tu membuatkan seseorang tu rasa benci dengan kebaikan, lalu meninggalkan kebaikan tersebut.
Awasi kalam.
Teguran ini untuk semua termasuk kami.
Kami sendiri pun tak sempurna dan banyak kelemahan.
Kerana itu, sama-sama kita menegur.
Dan....
Kepada perempuan yang pakai tudung, pakai jubah, tudung labuh, purdah dan lain-lain, ingatlah..
Pakaian yang terbaik ialah TAQWA.
Jagalah taqwa kalian.
Hadirkan sifat malu dalam diri.
Hiasi diri dengan amal dan akhlak yang suci.
Awasi diri dari fitnah-fitnah yang boleh merosakkan diri.
Muliamu wanita kerana islam.
Peganglah islam erat-erat dalam setiap apa yang kalian ingin lakukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment