Thursday, August 25, 2016

Hidup Dan Lilin


Anggaplah di dalam hidup ada empat lilin yang menyala sedikit demi sedikit hingga habis.

Lilin yang pertama berkata:

"Aku adalah damai. Namun manusia tak mampu menjagaku. Lebih baik aku mematikan diriku saja."
Lalu sedikit demi sedikit padamlah lilin pertama.

Lalu lilin yang kedua berkata:

"Aku adalah iman. Sayang aku tak berguna lagi. Manusia sukar mengenaliku. Untuk itu aku tak perlu bernyala lagi."
Lalu sedikit demi sedikit padamlah lilin kedua ditiup angin kencang.

Kemudian berkata lilin ketiga:

"Aku adalah cinta. Tak mampu lagi untuk aku menyala. Manusia sering berubah hati. Saling membenci pada akhirnya.
Lalu matilah lilin ketiga.

Ketika lilin ketiga hampir mati, masuklah seorang anak ke dalam bilik dan merasa takut kerana lilin ketiga mati.

Lantas muncul pula lilin yang keempat berkata:

"Jangan takut. Jangan menangis selagi aku masih ada. Aku masih tetap dapat menyalakan lilin yang baru. Kerana akulah harapan".

Dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan lalu menyalakan lilin yang ketiga dan yang sebelumnya.

Cerita di atas mengajar kita bahawa harapan tidak pernah mengalah. Demikian juga dengan kehidupan kita. Jangan mengalah pada ujian berat.

[Ustazah Dr Siti Nurbaya Usman]

No comments:

Post a Comment