Wednesday, August 31, 2016

Merdekakah Kita?



1. Kita takkan merdeka dengan hanya buat surat sweet2 untuk artis yang buka tudung.

2. Kita takkan merdeka dengan bawa isteri beli 'barang dalam' tapi canang seluruh alam.

3. Kita takkan merdeka jika ada kes pelajar jatuh bangunan, kita nak kaji struktur bangunan tapi lupa fokus bangunkan pelajar yang kurang modal insan.

4. Kita takkan merdeka jika nak haramkan buku Ibn Taimiyah hanya kerana ada orang salah tafsir. Nabi pun orang salah faham takkan nak haramkan hadith.

5. Kita takkan merdeka dengan hanya berhimpun di jalanan membantah kerajaan tapi tersungkur di pintu peperiksaan.

6. Kita takkan merdeka jika HP di tangan lebih lama dari masa bertuhan.

7. Merdekakah kita jika pelajar bermasalah, guru saja dipersalah, mak ayah buat tak endah.

8. Kita takkan merdeka dengan hanya hidup untuk menunjuk-nunjuk harta, bahagia di FB dan Insta sedang hakikatnya berbeza.

9. Kita takkan merdeka jika akal kita tak boleh membezakan antara kritik kerajaan dan kutuk kerajaan. Antara menegur perbuatan atau menghina si pelaku kesalahan.

KITA AKAN MERDEKA BILA HIDUP KITA BERMANFAAT UNTUK SELURUH UMAT!

Salam Kemerdekaan Malaysia

Muhasabah diri
Azizul Asri
CSQ Training Centre


Sesiapa yang gagal memerdekakan diri dari rantai penjajahan tempat tidurnya untuk bangun bersolat subuh maka dia masih tidak merdeka yang hakiki.

Sesiapa yang berjaya merongkai rantai diri lalu keluar dari rumahnya untuk solat subuh berjemaah maka itu tanda kemerdekaan pada dirinya dari cengkaman penjajahan kemalasan dan syaitan.


Kanak-kanak ini tidak merdeka. Dia dipaksa duduk menjual rokok kepada orang awam. Ini gelagatnya beberapa hari sebelum foto ini diambil. Pada hari biasa dia sepatutnya belajar atau pergi ke sekolah. Apabila ditanya kepada ibunya, dia berkata biarlah anak ini menolong mencari wang untuk tambang basnya.

Waduh..jawapan seorang ibu seperti itu. Tanggungjawab mencari nafkah dan tambang bas itu adalah tanggunjawab ibu bapa. Yang dijualnya itu pula ialah rokok yang seharusnya dijauhi daripada kanak-kanak. Inilah yang dikatakan, sekolah melarang anak-anak jangan merokok tetapi di rumah pula ibu bapa menyuruh mendekati rokok.

Ayah kanak-kanak ini membawa Hilux dan sentiasa parkir kenderaan itu di kawasan kanak-kanak ini menjual rokok.

IBU BAPA YANG DERHAKA DAN MENGHAMBAKAN ANAK SENDIRI TIDAK BOLEH MENGHARAPKAN BAKTI ANAK-ANAK ITU DI KALA MEREKA TUA.

[Perkongsian dari FB Pencinta Ilmu]


Kemerdekaan sebenar ialah bebasnya hati daripada penjajahan hawa nafsu dan syaitan yang memperalatkan dunia agar manusia tidak menjadi hamba Allah dan khalifah yang menegakkan hukum Allah dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara!

Penjajah sudah lama meninggalkan kita, tetapi kerana hati dan fikiran masih terjajah oleh hawa nafsu dan syaitan, maka cara hidup penjajah terus berakar umbi dalam sistem hidup kita.Cara hidup kita masih meletakkan kemajuan fizikal dan material sebagai matlamat. Sedangkan itu hanya alat untuk mencapai ketenangan jiwa dan kebahagian akhirat yang kekal abadi.

Tersohorkah kita di dunia, unggulkah kita di akhirat... jika masih menjadi Pak Turut kepada hawa nafsu yang menjadikan dunia pasaran sebagai 'tuhan' dan cara hidup yang materialistik sebagai 'sembahan?'

Syukur atas nikmat merdeka ini... justeru, mari kita gunakan nikmat ini untuk mencapai KEMERDEKAAN yang sebenarnya!

[Cetusan Ustaz Pahrol Mohamed Juoi]




Sikap Pembina Negara VS Pemusnah Negara



Kesilapan Tun Mahathir yang diumumkan di TV3 sebentar tadi membuatkan saya keliru ; samada hendak ketawa ataupun geram.

Tun Mahathir telah membazirkan wang negara atas kerana pembangunan Malaysia yang kita nikmati sekarang. Mahu dari Putrajaya ke KLCC. Mahu Petronas ke Proton dan segalanya.

Pada tahun 1997, Malaysia telah menghadapi krisis ekonomi dan kewangan sehingga media luar negara mengugut "See you at 5". Tanpa gentar sedikit pun, Tun Mahathir membalas dengan mengumumkan penetapan nilai Dolar berbanding Ringgit yang membuat satu dunia terkejut. Semua dagangan adalah pada nilai yang telah ditetapkan iaitu RM3.80 bagi setiap Dolar AS. Tiada bantahan dari mana-mana pihak.

Tun Mahathir dengan beraninya meminta maaf atas kesilapannya kepada rakyat dan Majlis Raja-Raja Negara sedangkan yang seorang lagi?

Alangkah sedihnya, yang seorang lagi dengan kata besarnya yang tidak pasti janji itu dapat dikotakan ataupun tidak. Ucapan "meminta maaf" tidak sekali diungkap apabila krisis ekonomi, skandal dan segalanya melanda Malaysia dan rakyat.

Sehingga rakyat Malaysia semakin sesak dengan keadaan ekonomi yang terpaksa kita alami sekarang.

Seingat saya dulu ketika bertemu dengan Tun Mahathir, apakah masih ada harapan beliau terhadap "Wawasan 2020" ?

Air matanya ditahan, suaranya bertukar sebak. Beliau diam seketika dan menutur kata

"Siapa tak sedih jika rumah yang kita bina, kita bagi amanah dekat orang untuk jaga, tapi dia binasakan rumah kita."

Selamat Hari Kemerdekaan kepada rakyat Malaysia kerana kita telah bebas dari cengkaman penjajah namun sesetengah dari kita masih berada di mentaliti kelas ketiga dan diselubungi kemalasan yang membawa diri ke PHD : Penyakit Hasad Dengki.

[Claudia Ashley Anthony] ·

Wars In 7 Countries Were Planned

During an interview in 2007, retired U.S. General Wesley Clark, explained that the Bush Administration had plans to ‘take out’ 7 countries in 5 years: Iraq, Syria, Lebanon, Libya, Somalia, Sudan, Iran.


Because I had been through the Pentagon right after 9/11. About ten days after 9/11, I went through the Pentagon and I saw Secretary Rumsfeld and Deputy Secretary Wolfowitz. I went downstairs just to say hello to some of the people on the Joint Staff who used to work for me, and one of the generals called me in. He said, “Sir, you’ve got to come in and talk to me a second.” I said, “Well, you’re too busy.” He said, “No, no.” He says, “We’ve made the decision we’re going to war with Iraq.” This was on or about the 20th of September. I said, “We’re going to war with Iraq? Why?” He said, “I don’t know.” He said, “I guess they don’t know what else to do.” So I said, “Well, did they find some information connecting Saddam to al-Qaeda?” He said, “No, no.” He says, “There’s nothing new that way. They just made the decision to go to war with Iraq.” He said, “I guess it’s like we don’t know what to do about terrorists, but we’ve got a good military and we can take down governments.” And he said, “I guess if the only tool you have is a hammer, every problem has to look like a nail.”

So I came back to see him a few weeks later, and by that time we were bombing in Afghanistan. I said, “Are we still going to war with Iraq?” And he said, “Oh, it’s worse than that.” He reached over on his desk. He picked up a piece of paper. And he said, “I just got this down from upstairs” — meaning the Secretary of Defense’s office — “today.” And he said, “This is a memo that describes how we’re going to take out seven countries in five years, starting with Iraq, and then Syria, Lebanon, Libya, Somalia, Sudan and, finishing off, Iran.” I said, “Is it classified?” He said, “Yes, sir.” I said, “Well, don’t show it to me.” And I saw him a year or so ago, and I said, “You remember that?” He said, “Sir, I didn’t show you that memo! I didn’t show it to you!”

[Source: Written by Carol ADL for yournewswire.com]






Monday, August 29, 2016

10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara



Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada ibu bapa selalu menggunakan “bahasa dosa” pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan, inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.

1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika.

2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contoh :
“Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”

Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tidak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

Tidak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tetapi budaya sarcasm ini memang ALlah larang.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]

3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contoh :
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”
“Jangan main kat situ, ada hantu.”

Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.

“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai ke mari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.” (HR. Abu Dawud)

Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.

4) Bahasa MENEMPELAK
Contoh :
“Padan muka.”
“Tu lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”

Anak-anak tidak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.

7) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contoh :
“Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”
“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”

Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?

5) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang ini mungkin ramai ibu biasa buat. Ia memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau hendak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik tidak akan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

6) Bahasa MENGUNGKIT
Contoh :
“Kenapa result teruk macam ni? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”

Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.

8) Bahasa MENGUGUT
Contoh :
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”

Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tetapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. insyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.

9) Bahasa MENUDUH
Contoh :
“Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.”
“Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”

Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.

10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tidak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.

Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.

Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan elakkan bahasa percakapan seperti di atas.

[Artikel copypaste dari FB]

Antara Bentuk Judi




Apakah hukum bersukan berdua seperti bermain bowling, tennis, badminton atau lainnya dan sesiapa yang KALAH perlu belanja makan?

Saya jawab hukumnya adalah JUDI kerana wujud elemen 'zero sum game'. Walaupun penyertaan kelihatan tiada yuran tetapi hakikatnya ia beryuran kerana kedua-dua pihak berpotensi dibebani dengan KOS makanan yang tidak pula diketahui jumlahnya.

Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-
لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر
Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)

Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.

Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Rujuk kitab Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )

Wallahu 'alam.

[Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman]

Sunday, August 28, 2016

Ciri-Ciri Skim Cepat Kayap!


---


---

---

---

---

---

---


Lidah Kamu Harimau Kamu


Hukama biasa mengungkapkan " LIDAH KAMU ITU HARIMAU KAMU."

Justeru, insan yang diuji dengan bencana lisan orang lain harus mengambil peringatan dari firman Allah ini: "Tidak ada kesusahan yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (At Taghabun 64: 11).

Dari kitab Riyadussolihin: 1553.

Dari Abuddarda' radiallahuanhu, katanya: "Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda: "Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila melaknat kepada sesuatu, maka naiklah kelaknatannya itu ke langit, lalu ditutuplah pintu-pintu langit itu agar tidak masuk ke dalamnya, kemudian turun kembali ke bumi lalu ditutuplah pintu-pintu yang menuju ke arah bumi itu agar tidak dapat masuk ke dalamnya, selanjutnya ia bolak-balik ke kanan dan ke kiri.

Seterusnya apabila tidak lagi ia memperoleh jalan masuk, maka kembalilah ia kepada orang yang dilaknat, jikalau yang dilaknat memang benar-benar sebagaimana isi yang dilaknatkan, maka kelaknatan itupun tetap berada dalam diri orang ini, tetapi jikalau tidak, maka kembalilah ia kepada orang yang mengucapkannya - sehingga ia akan memperoleh bencana dengan sebab ucapan laknatnya tersebut." (Riwayat Abu Dawud)


Sekarang, cuba perhatikan teguran dari Tim TARBIAH SENTAP ini:

"Baik tak payah pakai tudung kalau akhlak teruk!"
Jap...
Apa kaitan tudung dengan akhlak? Nak tegur akhlak, jangan kaitkan dengan tudung.
Akhlak baik ke tak, tutup aurat tu wajib.
Cuba bayangkan.
Ada orang dia solat, tapi perangai teruk.
Pastu ada orang cakap:
"Baik tak payah solat kalau perangai teruk..."
Sebenarnya, perkataan macam nilah yang membuatkan orang yang nak berubah tak jadi nak berubah.
Tak tutup aurat tu dosa.
Akhlak buruk tu pun dosa.
Tapi, kalau dia akhlak buruk, kenapa nak suruh dia bukak tudung pulak? Kenapa nak suruh dia buat dua dosa??!
Tak solat tu dosa.
Akhlak buruk tu pun dosa.
Takkanla sebab dia akhlak buruk, kita nak suruh dia supaya tak solat? Kenapa nak suruh dia buat dua dosa?
So, apa nak buat?
Saya cadang, kalau seorang perempuan tu bertudung, tapi akhlak dia teruk, tegurlah akhlak dia, jangan kaitkan dengan tudung. Tak payah suruh dia cabut tudung.
Isu akhlak ni, orang pakai tudung atau tak pakai tudung, dua-dua ada masalah. Dia akhlak buruk bukan sebab dia bertudung atau tak. Tapi, memang dia ada la masalah yang menyebabkan dia berakhlak sebegitu.
So, jangan kaitkan akhlak dengan tudung.
Ataupun, ada yang guna ayat:
"Harap je pakai purdah, tapi couple. Baik tak payah pakai purdah..."
Ada satu ayat yang lagi tah apa-apa saya pernah jumpa:
"Kau ni harap je pakai tudung, tapi perangai serupa kafir. Baik kau murtad ke la..."
??
Seriusly.
Nak tegur orang, kena bijak.
Jangan di sebabkan teguran kita tu membuatkan seseorang tu rasa benci dengan kebaikan, lalu meninggalkan kebaikan tersebut.
Awasi kalam.
Teguran ini untuk semua termasuk kami.
Kami sendiri pun tak sempurna dan banyak kelemahan.
Kerana itu, sama-sama kita menegur.
Dan....
Kepada perempuan yang pakai tudung, pakai jubah, tudung labuh, purdah dan lain-lain, ingatlah..
Pakaian yang terbaik ialah TAQWA.
Jagalah taqwa kalian.
Hadirkan sifat malu dalam diri.
Hiasi diri dengan amal dan akhlak yang suci.
Awasi diri dari fitnah-fitnah yang boleh merosakkan diri.
Muliamu wanita kerana islam.
Peganglah islam erat-erat dalam setiap apa yang kalian ingin lakukan.

Saturday, August 27, 2016

Sejarah Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur


Pusat Latihan Polis (PULAPOL) wujud pada 20 November 1904, hasil dari satu laporan ditulis oleh Kapten Graham iaitu bekas Pegawai Malay States Guides. Kedudukan asalnya ialah di Bluff Road di mana sekarang Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman. Kawasan ini asalnya merupakan bekas Ibu Pejabat Malay States Guides yang strategik di Kuala Lumpur. Pengambilan pelatih pertama kali pada 1905 melibatkan seramai 207 pelatih Melayu dan 219 pelatih India.

Pada sekitar tahun 1920, satu usaha untuk mencari tapak bagi membina Pusat Latihan Polis yang baru telah dilakukan ekoran dari perkembangan penugasan Pasukan Polis yang memerlukan pertambahan anggota di samping kedudukan pusat latihan sedia ada yang berbukit serta tidak memiliki kemudahan yang mencukupi. Walau bagaimamapun usaha ini tertangguh ekoran kegawatan ekonomi sebelum ia dikaji semula lima tahun kemudian. Usaha ini menjadi kenyataan apabila satu kawasan yang strategik telah dikenal pasti dan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada sekitar tahun 1930-an. Namun demikian kerja-kerja tersebut tergendala di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada tahun 1936, kerja-kerja pembinaan tersebut yang terletak di Jalan Gurney (Jalan Semarak) di sambung semula.

Pusat Latihan Polis di Jalan Bluff telah dipindah secara rasminya ke Pusat Latihan Polis, Jalan Gurney (Jalan Semarak), Kuala Lumpur pada bulan Oktober, 1940 di mana pengambilan pelatih baru telah dibuat pertama kalinya bagi menjalani latihan asas. Latihan asas yang diberikan kepada pelatih-pelatih ini amat pendek masanya kerana kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu pada 1941. Anggota-anggota polis yang bertugas di pusat latihan ini telah diarahkan bertugas ketempat-tempat lain bagi mematahkan serangan tentera musuh. Sejarah mencatatkan hanya 8 orang anggota sahaja yang tinggal di pusat latihan ketika Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Dengan kejatuhan Tanah Melayu, Pusat Latihan Polis telah dijadikan sebagai Markas Kompetai Jepun yang terbesar. Apabila Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945, pusat latihan ini telah diambil alih oleh British dan disusun semula strukturnya untuk dijadikan sebagai pusat latihan terbesar di mana dapat menyediakan serta memberi latihan-latihan asas mengenai pengurusan kepolisian secara teori dan praktikal. Pucuk pimpinan sebagai Komandan Pusat Latihan Polis selepas pemerintahan Jepun diserahkan kepada Mr. J.D. Fairhead pada 1945 hingga 1946. Dari tahun 1946 hingga 1957, kesemua Komandan Pusat Latihan Polis ada British.

Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pucuk pimpinan Pusat Latihan Polis telah bertukar tangan daripada Pegawai Inggeris kepada anak watan. Anak melayu yang pertama menjadi Komandan Pusat Latihan Polis ini ialah Tuan Merican Bin Sutan. Beliau memegang jawatan ini daripada 25 November 1957 hingga 24 November 1959.Mulai tahun 1940 hingga 2007, pusat latihan ini telah diterajui oleh seramai 40 orang Komandan. Pada tahun 1977,institusi ini dikenali sebagai PULAPOL (Pusat Latihan Polis) dan mempunyai 2,200 pelatih dalam satu-satu masa. Institusi ini juga mempunyai keluasan seluas 249.5 ekar (41.6) hektar.

[Sumber VAT 69 Perjuangan Semalam}

Azab Jenazah Tukar Jantina



Janji Allah itu pasti. Setiap dari kita akan merasai kematian. Dan apa yang membezakan seorang manusia dari manusia yang lain adalah amalannya ketika dia hidup.

Allah S.W.T Maha Besar, menunjukkan kekuasanNya supaya dijadikan pengajaran kepada yang masih hidup.

Seorang pengurus jenazah berkongsi pengalamannya memandikan mayat seorang lelaki yang menukar jantina semasa kehidupannya.

Syed Sohleh Syed Jalaluddin berkongsi kisah itu di Facebook dengan harapan ia menjadi iktibar buat orang ramai.

Ikuti kisah yang diceritakan oleh Syed Sohleh:

Terpanggil di hati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yang dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai ketika di dunia lagi. Nauzubillah.

Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran di hati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.

In Sya ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina. Siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya. Bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan Muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.

✔Dibantu waris si mati
Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk dikafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.

✔Putih jadi Hitam
Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan keseluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sedikit demi sedikit.Ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.

✔Najis Tak Henti Keluar
Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak ( buang najis ). Ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya berhenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak berhenti keluar.

✔Nanah Dan Ulat Keluar
Saya terus menyucikan jenazah macam biasa. Saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat. Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan ke atas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin. Perlahan-lahan saya memasukkan kapas ke dalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi.

✔Ibu Pengsan
Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan jenazah anaknya. Selesai saya mandikan dan wudukkan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.

Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapur barus, air kayu cendana dan air sintuk, untuk mewangikan jenazah.

✔Jenazah reput, buah dada kecut
Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya buka kain kafan tadi. Sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.

Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu.Tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAHU AKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.

✔Jadikan Pengajaran
Sekali lagi saya memohan maaf. Bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.

Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara' berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis.

ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.
Firman ALLAH yang bermaksud :

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk " ( Surah AT-Tiin ayat 4 )

Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa, maksudnya ): " Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki " ( Hadis Riwayat AL-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata, maksudnya: " Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki" ( Hadis Riwayat Abu Daud ).

Wahai saudara-saudara seIslamku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji ALLAH itu benar. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNYA.

[Dari Daie Media Sosial]

Thursday, August 25, 2016

Jangan Swastakan Didikan Anak


Anak kalau sakit hantar ke hospital atau fakulti perubatan? Ini soalan yang perlu difikirkan oleh ibu bapa yang menganggap sekolah agama, pondok atau maahad tahfiz sebagai hospital bagi penyakit 'akhlak'.

Bukan tanggungjawab sekolah untuk tarbiyyah anak, tetapi tanggungjawab ibu bapalah yang memulakan tarbiyyah itu. Usah men'swasta'kan soal akhlak atau tarbiyyah kepada orang lain.

Mulakan dengan diri, mulakan dengan isi rumah, ingin anak hafal Al Quran, jadikan rumah tempat bermula, mulakan diri sebagai ibu/bapa yang meminati dan cinta kepada al-Quran. Bukannya siang malam sibuk dengan bercerita pasal hartanah, saham, kumpul harta benda. Itu belum lagi masuk hiburan dan drama yang menjadi kegemaran ibu-ibu muda masa kini.

Tidak perlu pun maahad tahfiz kalau hendak hafaz Quran. Di negara-negara Arab, masjid berfungsi dengan halaqah-halaqah Al-Quran. Tetapi di sini, masjid pun menjadi ruang untuk mengambil tender untuk kepentingan peribadi mahupun kroni.

"Homeschooling" yang dibuat di rumah termasuklah hafaz Quran. Percayalah, anak kalau boleh hafaz dan baca di rumah, in sya Allah di tempat lain dia akan baca. Kalau dia hafaz di maahad tahfiz, balik cuti di rumah, belum tentu dia akan baca.

If you want change the next generation, then you be the change.

[Ahmad Mustaqim bin Nanawi]

Warkah Buat AYAH



1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ya macam kasar saja.. kerana ramai lelaki begitu, tetapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi..
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, dia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja.
5. Hari ini memang telah hilang fungsi tarbiyah dari AYAH, ramai AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang derhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang derhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH sebenar. Semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah. Di manakah AYAH sang pengajar utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, TV dan gajet...
12. Ramai anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tidak hadir lagi dalam kehidupan mereka, amat sibuk dengan dunia ayah sendiri.
13. Ayuh wahai ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imran. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAH, bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah s.a.w.yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tetapi nilai-nilai keAYAHan tidak pernah hilang dan diperolehi dari datuk dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu mereka. Mereka digelar umat terbaik.
18. Di dalam Al Quran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 di antaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam Al Quran!
19. Marilah semua wahai AYAH untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan masjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAH yang menjadi mudir (pengetua).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. Anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajar anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yang peduli. Tegas dan prihatin itu sikap utama.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin ramai AYAH yang prihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..
Wallahua'lam.

[Ustaz Hasnan Fan Club]

Karamah Menjaga Solat


Allah akan memuliakan orang yang menjaga solat dengan 9 karamah:

Dia akan mencintai Allah.
Badannya akan selalu SIHAT.
Akan selalu dijaga malaikat.
Akan turun KEBERKATAN dalam kehidupannya
Di wajahnya akan tampak roman orang-orang soleh.
Akan dilembutkan hatinya
Akan melalui titian sirat secepat kilat menyambar.
Akan diselamatkan dari api neraka.
Allah akan menempatkanya berjiran dengan orang-orang yang tidak pernah dilanda ketakutan dan kesedihan.

(Nasihat dari Amirulmukminin Utsman ibni affan r.a.)

Hidup Dan Lilin


Anggaplah di dalam hidup ada empat lilin yang menyala sedikit demi sedikit hingga habis.

Lilin yang pertama berkata:

"Aku adalah damai. Namun manusia tak mampu menjagaku. Lebih baik aku mematikan diriku saja."
Lalu sedikit demi sedikit padamlah lilin pertama.

Lalu lilin yang kedua berkata:

"Aku adalah iman. Sayang aku tak berguna lagi. Manusia sukar mengenaliku. Untuk itu aku tak perlu bernyala lagi."
Lalu sedikit demi sedikit padamlah lilin kedua ditiup angin kencang.

Kemudian berkata lilin ketiga:

"Aku adalah cinta. Tak mampu lagi untuk aku menyala. Manusia sering berubah hati. Saling membenci pada akhirnya.
Lalu matilah lilin ketiga.

Ketika lilin ketiga hampir mati, masuklah seorang anak ke dalam bilik dan merasa takut kerana lilin ketiga mati.

Lantas muncul pula lilin yang keempat berkata:

"Jangan takut. Jangan menangis selagi aku masih ada. Aku masih tetap dapat menyalakan lilin yang baru. Kerana akulah harapan".

Dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan lalu menyalakan lilin yang ketiga dan yang sebelumnya.

Cerita di atas mengajar kita bahawa harapan tidak pernah mengalah. Demikian juga dengan kehidupan kita. Jangan mengalah pada ujian berat.

[Ustazah Dr Siti Nurbaya Usman]

Di Sebalik Perlahannya Laungan Azan


Bila ada petisyen minta azan diperlahankan di masjid-masjid kerana mengganggu penduduk setempat, Ahli Parlimen muslim di Singapura sangat marah. Maka, Perdana Menteri Singapura ketika itu Lee Kuan Yew telah membuat tinjauan di masjid-masjid di Singapura pada waktu solat fardhu untuk melihat sendiri bilangan jemaah yang hadir.

Ditanyanya, "Apakah rasional dilaungkan azan?"

Maka Ahli Parlimen Muslim menjawab "Supaya kaum muslimin datang bersolat di masjid".

Jika azan sepatutnya mendapat respon 500 muslim di kawasan itu kenapa hanya 2 baris (2 saf - lebih kurang 30 orang) yang hadir setiap kali solat fardhu. Dan keadaan ini sama sepanjang 2 bulan tinjauannya. Maka katanya lagi, "Permintaan siapakah yang wajar dipertimbangkan? Majoriti penduduk yang merasakan azan bising dan mengganggu atau cuma 30 orng yang menyahut seruan azan itu?"

Ahli Parlimen Muslim terkedu....

Kita marah hak kita dirampas, tetapi apa tanggungjawab kita menjaga hak itu? Bila keputusan dibuat berdasarkan majoriti kita sebagai orang Islam berasa amat marah dan kononnya tersinggung. Di mana kekuatan kita? Kita marah orang hina agama kita tetapi adakah kita memuliakannya? Di manakah kesungguhan untuk solat berjemaah di masjid? Berbaloikah kita terlampau mengejar kesenangan hidup di dunia yang sementara tanpa sedar maruah agama tergadai?

Jom kita jadi Muslim terpilih yang Allah sebut dalam al-Quran sebagai 'kuntum khairun ummah'...(kamu adalah umat terbaik)
Jom kita ubah diri sebelum membawa perubahan kepada yang lain.Penuhilah masjid kerana Allah. Setiap langkah ke sana penuh dengan pahala...Wallahua'lam...

Tuesday, August 23, 2016

Cari Allah Dalam Semua Situasi



SITUASI 1
Ada urusan yang perlu dilakukan di Pejabat Pos. Pada masa yang sama, ada lagi urusan lain yang mesti dibuat. Pejabat Pos memang sentiasa dipenuhi orang. Rasa tidak sanggup menunggu lama-lama. Sebelum melangkah doa dipanjatkan supaya dipermudahkan urusan.
Sesampai di Pejabat Pos, hati rasa terkejut dan sangat bersyukur kerana keadaannya lengang!

Terima kasih, Allah!

SITUASI 2
Hendak menziarahi saudara yang sakit di hospital. Umum tahu bukan senang hendak mendapatkan kawasan parkir di hospital. Hati berdoa supaya dipermudahkan. Dapat parkir di kawasan yang berdekatan dengan wad pesakit.

Terima kasih, Allah!

SITUASI 3
Hendak menghadiri majlis walimatulurus seorang sahabat nun jauh di luar kawasan. Tidak dapat menempah tempat bermalam kerana semuanya penuh. Mahu tidak mahu terpaksa melakukan perjalanan pergi dan balik pada hari yang sama.Hati rasa khuatir bila tiba waktu pulang nanti terpaksa berdepan dengan kesesakan lalulintas akibat perhimpunan demonstrasi kumpulan baju kuning dan baju merah, sedangkan ketika itu badan sudah letih. Hati berserah kepada Allah. Dia yang memudahkan segala urusan.

Terima kasih, Allah, perjalanan itu sungguh lancar!

SITUASI 4
Hati rasa senang bila kerabat datang bermalam di rumah. Berbual mesra hingga lewat malam.

Azan subuh bergema di kejauhan. Pada masa yang sama telefon berdering. Berita yang diterima amat mengejutkan! Lantas segera disampaikan kepada semua penghuni rumah.Usai solat subuh berjemaah, pantas bergegas ke tempat kejadian.

Engkau menghantar kerabat ini untuk melancarkan urusan yang memang tiada upaya untuk dilakukan sendiri!

Terima kasih, Allah!

#CariAllahDuluDalamSemuaSituasi

Syirik


Ada antara kita mungkin menganggap soal syirik isu lapuk.Syirik hanya berkaitan orang bukan Islam atau umat-umat terdahulu yang dibinasakan. Lalu apabila membaca kisah nabi-nabi terdahulu, kita melihatnya hanya sebagai sejarah lama sahaja.

Bukan itu maksud Allah berulang kali menyebut tentang kisah syirik mereka. Bukan sekadar sejarah apabila Allah menyebut “Sungguh Kami bangkitkan pada setiap umat rasul dengan tugasan menyeru sembahlah Allah, jauhilah taghut.” (Al-Nahl 16: 36)

Hakikatnya sebagaimana kesyirikan boleh berlaku terhadap kaum terdahulu, begitu juga pada umat-umat yang mendatang.

[Ustaz Muhammad Luqman Makhtar]

Tenang Di Mashsyar Tanpa Dendam



SOALAN MUSLIMAH:

"Kak..apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat kat kita?"

JAWAPAN USTAZAH:

"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah..."

Jika kita tak redha..tak memaafkan orang lain..kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT..nak ke? Ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB ..nak ke?

Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang-orang yang kita tak redha tu...sorang-sorang akan datang menghadap kita minta maaf..nak ke? Sedangkan..semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA..kita dok fikir lagi pasal nak meredhai ke tak..mengampunkan ke tak.."

Sekarang..tanya balik pada diri sendiri..berbangga ke kita dengan prinsip, "Merangkaklah korang cari aku kat padang mahsyar nanti!" Sebab..bukan dia je tertangguh masuk ke syurga..malahan kita juga..

Urusan kesalahan dia tu..biar Allah selayaknya membalasnya...Biar Allah menghakimi..Biar dia ditanya di hadapan Allah kelak..

Memaafkan orang..tak boleh baiki masa silam...tapi akan memperbaiki masa hadapan kita..
Kita akan lebih tenang..In sya Allah..Hidup ini terlalu singkat untuk saya membenci... Hidup ni kan namanya persinggahan.. tak payah nak kalut nak hakim segala orang..Allah kan ada."

Khalifah vs Pemimpin


Allah menjadikan manusia di muka bumi ini atas DUA tujuan.

Pertama :
"Tidak-Ku jadikan manusia dan jin kecuali untuk MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH." ( Adz Dzaariyaat ayat 56)

Kedua :
" Sesungguhnya Aku menjadikan manusia KHALIFAH di atas muka bumi ini..." (Al Baqarah ayat 30)

Seorang MUKMIN sentiasa menjaga syariat melalui SOLAT, AKHLAK dan menjaga AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR. Dia cemerlang dengan KEMAHIRAN HIDUP yang diterapkan ke dalam diri sendiri hasil dari didikan universiti kehidupan. Bukan sekadar hasil deretan A di atas kertas.

Berbekalkan IMAN DAN AMAL, dia faham tugasnya sebagai KHALIFAH. Unggul dalam bidangnya, dia mampu MENTADBIR DENGAN IKHLAS DAN ADIL. Dia PRIHATIN dengan KEADAAN ALAM dan INSAN DI SEKELILING, tidak langsung MENYALAHI HAK-HAK PIHAK LAIN.

KHALIFAH MEMPUNYAI SIFAT DAN CIRI PEMIMPIN TETAPI PEMIMPIN BELUM TENTU MEMPUNYAI SIFAT DAN CIRI KHALIFAH.

#InginJadiHurulainDuniaAkhirat

Saturday, August 20, 2016

Dari Allah Kepada Allah


Pelindung terbaik adalah ALLAH
Teladan terbaik ialah RASULULLAH
Pedoman hidup terbaik ialah AL QURAN
Peringatan terbaik adalah KEMATIAN

Dalam FILEM KEHIDUPAN:

MANUSIA itulah Pengarah dan Pelakonnya
AL QURAN dan AS SUNNAH itulah Skripnya
MALAIKAT itulah Jurugambarnya
ISLAM itulah Jalan Ceritanya
KIAMAT itulah Akhir Penggambarannya
MAHSYAR itulah Tempat Penganugerahannya
RASULULLAH s.a.w. itulah Penerima Anugerah terbaiknya
ALLAH TAALA itulah Hakimnya
SYURGA dan NERAKA itulah trofinya

Neraka tidak peduli kedudukan sesiapa
Daftar masuknya dengan tiket DOSA
Syurga peduli amalan kita
Daftar masuknya dengan tiket PAHALA

(Cinta Selepas Nikah)

Friday, August 19, 2016

Rindu Nabi - Jom Selawat



Pengubat rindu kepada Rasulullah s.a.w. ialah dengan berselawat kepadanya.Hari Jumaat adalah hari umat Muhammad dianjurkan supaya memperbanyakkan selawat.Selawat ke atas Nabi s.a.w akan menyebabkan Allah S.W.T. mengampunkan dosa-dosa kita. In Sya Allah. Jom selawat!

#JadiInsanMukhsinin

Wednesday, August 17, 2016

SIAPAKAH?


*SIAPAKAH ORANG YANG PALING SIBUK?*
Orang sibuk adalah orang yang lalai dpd mengingati Allah dan tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

*SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA DAN MENDAPAT REDHA ALLAH?*
Orang yang mempunyai senyuman yang manis dan mendapat keredhaan Allah adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata: "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Allah Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

*SIAPAKAH ORANG YANG PALING KAYA?*
Orang kaya adalah orang yang sentiasa bersyukur kepada Allah dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini, serta menginfaq sebahagian hartanya utk mendapatkan keredhaan Allah.

*SIAPAKAH ORANG YANG PALING MISKIN?*
Orang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang Allah anugerahkan dan sentiasa mengumpul harta untuk maksud keduniaan.

*SIAPAKAH ORANG PALING RUGI?*
Orang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya.


*SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?*
Orang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang terbaik dan hati yang ikhlas hanya kerana Allah dalam segala ibadah dan amalannya.

*SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?*
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan yang diredhai Allah di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh mata memandang.

*SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?*
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan dan mendapat kemurkaan Allah, lalu kuburnya menghimpitnya...

*SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?*
Orang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana bijak menggunakan akal sewaktu di dunia dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya, serta memohon perlindungan Allah dari seksa neraka

*SIAPAKAH ORANG YANG KEDEKUT?*
Orang kedekut ialah orang yang jarang bersedekah walaupun sedikit jumlahnya dan ia tidak dijadikan amalan hariannya.

Wallahhu'alam.

[Dari FB Rina Muhd Yusuf]

Kesedihan Si Kucing


Betapa sayangnya pemilik kucing yang telah mati ini, lebih sedih dan sayang lagi sahabatnya yang ditinggalkan. Boleh lihat wajah sayunya dengan airmata yang tergenang.

[Perkongsian dari FB Kami Sayang Kucing]

Mengusir Jin Dari Kediaman



Simptom awal gangguan jin syaitan:

- sakit kepala selepas waktu Asar ke atas
- badan terasa berat dan malas
- sukar dapat jodoh
- badan terasa bisa-bisa
- sakit ketika ziarah orang sakit
- sukar tidur malam
- sakit pinggang tanpa sebab
- sakit dada selepas waktu Asar ke atas
- bermimpi melihat binatang berbisa seperti ular dan sebagainya
- bermimpikan bayi atau menyusukan bayi
- bermimpi jatuh dari tempat tinggi
- bermimpi berada di tempat yang kotor
- sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu Asar
- terasa ada benda bergerak di bawah kulit
- bayi kerap menangis tanpa sebab tertentu
- bunyi guli jatuh bergolek di atas siling
- bunyi perabot diseret
- suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara yang remeh
- rasa sayang melampau pada orang yang baru dikenali
- malas beribadat
- panas baran
- sikap berubah secara mendadak
- gelisah dan rasa panas di tengkuk bila mendengar bacaan Al Quran
- suka melakukan tabiat buruk
- kerap sendawa bila dengar bacaan Al Quran
- kerap keguguran
- gagal melakukan hubungan kelamin
- rasa mengantuk bila mendengar bacaan Al Quran
- bermimpi seram lagi menakutkan
- darah haid turun melebihi 15 hari
- batuk berpanjangan
- sering terasa ditindih ketika sedang tidur
- nafsu seksual melampau
- selalu melihat kelibat di rumah
- terasa diri selalu diperhatikan
- mandul
- kerap dengar bunyi bisikan
- melihat jin secara langsung
- sakit mental atau gila

Bagi menjauhi gangguan seperti ini keraplah membaca Ayatul Kursi, masuk ke rumah memberi salam terlebih dulu walaupun ketika tiada orang di rumah, masuk dengan kaki kanan dan keluar rumah dengan kaki kiri. Begitu juga ketika hendak masuk dan keluar tandas. Baca doa sebelum masuk dan selepas keluar tandas. Tandas memang tempat yang disukai jin syaitan.

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk para perawat perubatan Islam yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai perawat Rawatan Alternatif.Mereka ini bernaung dengan pusat-pusat rawatan Islam yang sah.

Raih Syurga Dengan Keikhlasan

Syurga bukan diraih dengan amalan semata-mata. Ia memerlukan RAHMAT DAN REDHA ALLAH.

Rahmat dan redha Allah tidak mudah diraih. Ia memerlukan KEIKHLASAN.

Keikhlasan tidak mudah dilihat. Ia umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam. Ia hanya dikongsi oleh pemilik diri dan Penciptanya.

‪#‎JadiInsanMukhsinin‬



Ingatlah pesanan dari Ustaz Muhammad Luqman Makhtar, editor Majalah SOLUSI:

Seminggu sekali, ingat syurga..paling kurang. Nabi bersabda: “Hari terbaik yang matahari pernah terbit padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, baginda dimasukkan ke syurga dan pada hari itu juga baginda dikeluarkan.

Dan tidak akan terjadi kiamat melainkan pada hari Jumaat.” (Riwayat Muslim)

Maka paling kurang sekali seminggu kita teringatkan hari Kiamat yang bakal terjadi dan terbayangkan syurga yang sedang menanti.


-----


-----


-----


-----

Monday, August 15, 2016

Doa Untuk Keselamatan Diri Keluarga Dan Harta


Ini adalah doa yang Abu Darda baca secara rutin untuk keselamatan kediaman dan harta bendanya

10 Tanda Tibanya Kiamat



Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R Muslim).


Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari kiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah S.W.T. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di sebelah BARAT!
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda kiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa kiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

MAKA BERSEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM..

Setiap Ciptaan Ada Kurniaan-Nya



Allah Maha Adil. Setiap hamba yang diciptakan ke dunia dikurniakan-Nya kemahiran untuk diguna dalam menjalani kehidupan. Segala ilmu yang diperolehi dalam universiti kehidupan mengembangkan lagi potensi bakat dan kemahiran yang dikurniakan. Hanya kita sendiri yang tidak menyedarinya.

Umumnya pada zaman kanak-kanak, kita menyimpan cita-cita untuk menjadi seperti orang yang kita lihat di sekeliling kita. Tidak terperasan pula bahawa rezeki dan masa depan kita telah ditetapkan oleh Allah.

Dalam fasa-fasa tertentu dalam kehidupan ini, rezeki kita terarah ke bidang lain. Graduan perubatan belum tentu menjadi doktor sepanjang hayat. Terkadang bidangnya terjurus sebagai jurulatih dan pakar motivasi. Di segi zahir nampak berbeza tetapi hakikatnya ia tetap berkaitan. Graduan perubatan mempunyai kemahiran dalam hubungan sesama insan dan sifat keprihatinan yang tinggi yang ditimba semasa pengajian.

Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang. Tidak semestinya apa yang kita suka itu baik untuk kita, dan tidak semestinya yang buruk itu merupakan bencana bagi kita.

Jika tidak pasti apa kemahiran yang Allah kurniakan pada kita, buatlah solat hajat dan pohon supaya diberikan pengetahuan mengenainya. Jika kerja kita sekarang berjalan lancar, dan jika timbul sebarang kesulitan mudah pula kita selesaikan, biarpun di mata orang lain ia sesuatu yang sukar, mungkin itu kemahiran sebenar kita. Apabila sesuatu kerja yang
memang kita minati tetapi tidak berjalan lancar dan hasilnya bukan seperti yang diharapkan, itu petanda ia bukan kemahiran sebenar kita.

Tukang masak yang handal belum mampu melariskan hasil masakannya. Kecualilah jika dia sanggup berubah dengan mendalami ilmu perniagaan yang merangkumi pemasaran, hubungan yang mesra pelanggan dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengannya.

Usah takut dengan perubahan. Buangkan rasa ego yang menyempitkan pandangan. Jangan cuba menjadi orang lain. Jadilah diri sendiri. Nescaya rezeki mudah didapati di mana-mana di dunia ini.

Allah mengurniakan kita fitrah-Nya, sebagaimana Dia memberi fitrah kepada ulat dalam batu yang mampu mencari rezeki sendiri. Gali potensi diri dalam mencari rezeki yang bakal mengubah kehidupan supaya menjadi lebih baik dan diredhai-Nya.

Saturday, August 13, 2016

Mana Ada Malaikat 44!



Sebahagian daripada masyarakat Melayu, apabila menerima berita buruk sering mengungkapkan kata-kata, "Eee...selisih MALAIKAT 44!"

Aneh sekali. Sepatutnya umat Islam memohon perlindungan kepada ALLAH TAALA, bukan kepada malaikat 44!!!

Dalam Islam tidak ada istilah malaikat 44. Ia dipercayai berasal dari ilmu kebatinan, ilmu hitam atau ajaran sesat yang mempercayai bahawa manusia dilambangkan dengan angka 44. Alam mempunyai 4 penjuru dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin. Setiap penjuru dibahagikan lagi kepada 44 dimensi yang dijaga oleh 44 malaikat.

Sebenarnya makhluk yang disebut sebagai malaikat itu adalah JIN yang diarahkan oleh manusia untuk menjaga manusia dengan upah makanan berupa darah, ayam dan sebagainya. Mereka ini puak syaitan dan iblis.

Perkataan "Selisih malaikat 44" apabila diulang selalu lama kelamaan akan menimbulkan kepercayaan bahawa pertolongan boleh diminta dari jin dan makhluk lain selain Allah. Ini perbuatan SYIRIK. Naudzubillah min zalik!!!

Pasakkan di dalam hati bahawa ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG dalam apa jua situasi.

[IMAN #46]