Monday, June 6, 2016

Usahawan Dunia Berpaksikan Akhirat


Nabi s.a.w. bersabda maksudnya, “Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)”. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

NASIHAT BUAT USAHAWAN DUNIA BERPAKSI AKHIRAT

Mulakan perniagaan dengan modal sendiri tanpa pinjaman bank, terutama yang melibatkan riba. Contoh, mulakan dengan 10k. Setiap kali, labur semula keuntungan yang diperolehi untuk membesarkan perniagaan. Lama kelamaan modal dalaman ini akan bertambah 20k, 60k, 80k dan seterusnya.

Allah kurnia kita dengan akal. Gunakan sebaik mungkin. Jujur, jangan menipu. Ramai yang tidak yakin janji Allah padahal Dia suruh berdoa dan minta apa sahaja. Pasti akan ditunaikan. Paling utama bersihkan seluruh kehidupan. Solat 5 waktu, dhuha jangan ditinggalkan, bangun tahajud. Minta sungguh-sungguh. Bila azan bergema, majikan dan pekerja segera tinggalkan kerja dan solat awal waktu. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu itu! Allah panggil kita mengadap Dia, tetapi kadangkala kita cakap, " Tunggu aku nak siapkan 1 lagi"!! Allah pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula macam itu pada Dia.

Pastikan orang yang datang mohon kerja pada kita datang dari kalangan mereka yang solat 5 waktu, tepat pada masanya. Jika ada master, degree, diploma apa pun, jika tidak solat, jangan diterima.

Bawalah kereta mewah kita ke masjid ketika hendak menunaikan solat jemaah. Kereta tu milik Allah. Dia bagi pinjam saja. Bawalah ia mengadap Allah. Niat dalam hati kena betul. Jangan niat hendak menunjuk.. Niatkan hendak cepat mengadap Allah, hendak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Ajar orang supaya meletakkan Akhirat di hadapan Dunia. Berkawan perlu pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan Akhirat. Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik di sini untuk kekayaan sebenar di sana.


[Diringkaskan dari kisah di FB An Nur]

No comments:

Post a Comment