Wednesday, June 1, 2016

Amalan Ramadan - Jangan Mudah Mengalah


Peristiwa:

Pada awalnya, Nabi dan sahabat menyangka mereka akan berdepan dengan rombongan pedagang sahaja. Maka hampir pasti bilangan mereka lebih banyak daripada bilangan sasaran.

Namun takdir Allah sebaliknya. Tahu-tahu 1,000 orang tentera musuh di depan! Lalu adakah Nabi dan sahabat terus membatalkan perancangan?

Pelajaran:

Sebelum Ramadan kita membuat perancangan yang begitu ideal. Andai menjadi, “inilah Ramadanku yang terbaik setakat ini!”. Namun memasuki Ramadan, kelihatan perancangan kita bak misi mustahil.

Seminggu terpaksa bermalam di hospital, terpaksa berulang alik menjaga orang tua, kerap pula perlu bertugas di luar kawasan dan apa sahaja perkembangan luar jangka yang menjelma.

Jangan terus berkata, “tidak mengapalah, buat Ramadan tahun depan pula!”

[Sumber SOLUSI #92]

No comments:

Post a Comment