“Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya, itulah yang dahulu hendak kamu hindari.” (Surah Qaf : 19)
"Benarkah aku akan mati? Aku masih muda, baru 24 tahun. Tak masuk akal, mimpi agaknya. Mesti akan ada doktor datang yang merawat aku sekejap lagi, aku yakin. Mak..nak air, tekak rasa dah kering...Eh, kenapa tak ada siapa yang menyahut? Mak..ayah...Kenapa tak ada orang dengar aku panggil?"
"Ya aku dengar. Tiada siapa dengar panggilan kau kecuali aku."
"Mana engkau? Siapa engkau?"
"Akulah qorinmu..akulah syaitan yang hebat."
"Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan kau, kau jangan ganggu aku. Ya Allah, sedarkan aku dari mimpi ini…"
"Berlindung dengan Allah? Sekarang baru ingat nak berlindung dengan Allah? Sepanjang hidup tak pernah kau ingat pun? Dah nak mati..baru nak berlindung dengan Allah? Tak malu!"
"Mati? Aku masih muda untuk mati!"
"Sejak bila pula kematian tahu pilih orang muda atau tua?"
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Surah Al-A’raaf : 34)
"Sekarang selesai tugas aku. Aku nak berehat."
"Tugas kau? Apa tugas kau?"
"Tugas yang aku lakukan sejak Allah ciptakan Adam. Hari di mana Iblis bersumpah untuk menyesatkan anak Adam.Sejak itu manusia terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok Allah dan kelompok syaitan! Aku yang biasakan kau untuk mendengar lagu-lagu dan semua yang haram. Orang-orang yang berada di dalam tingkat keempat neraka jahannam berkata, "kami lebih baik dari yang di bawah," sedangkan mereka semua di dalam neraka, mereka semua sesat. Tiada beza antara kesesatan yang jauh dan yang dekat. Tetap sesat!"
"Tapi aku tak ada dosa, aku muslimah. Aku muslimah, dosa aku kecil sahaja!"
"Dosa kau sebenarnya besar tapi aku yang menampakkan ia kecil di matamu. Aku hiasi dosa itu dan aku nampakkan ia seperti tiada apa."
“.. lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu maka dialah menjadi pemimpin mereka pada hari ini dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah An-Nahl : 63)
" Aku cuma mengajak, kau yang ikut. Kerja aku, menghias amalan anak Adam sejak mula terciptanya manusia.Aku buat kau berangan-angan, lalai dan lupa.Aku buat kau berlengah untuk bertaubat.Kau minta syurga sekali, aku mintak neraka seribu kali untuk kau.
“Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama.” (Surah As-Sajdah : 13)
"Aku cuma melaksanakan tugas. Aku paling gembira bila kau tinggalkan solat. Aku yang membuatkan kau lewatkan solat.Lengahkan solat. Ringan-ringankan solat.Kemudian, aku buat kau tinggalkan solat! Sehingga hati kau MATI.Kau tahu kan? Pemisah antara muslim dan kafir adalah solat. Kau mati dalam keadaan kau telah berzina lebih dari seratus kali."
"Tak, aku tak pernah dekati lelaki seumur hidup aku!"
"Benar, tapi bukankah kau pernah keluar ke pasar dengan memakai minyak wangi? Ramai lelaki telah terhidu wangian kau. Kau tahu bukan, jika seorang wanita keluar dengan memakai wangian lalu dihidu oleh lelaki ajnabi dia dikira berzina?!"
"Tapi cuma minyak wangi."
“Dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah An-Nur : 15)
"Aku tak nak kau masuk neraka sahaja, tapi aku nak kau dicampak ke tingkat paling rendah! Kau mati dengan membawa dosa si fulan, si fulan dan si fulan."
"Penipu, aku tak kenal mereka. Mana mungkin aku pikul dosa mereka."
"Lupakah kau keluar dengan bersolek cantik, disarung pula dengan pakaian yang ketat dan menarik perhatian.Kau jadi fitnah kepada mereka, edangkan mereka adalah hamba Allah yang soleh. Mereka terpegun dengan kecantikan kau!Malah lebih teruk, kau telah merosakkan taubat sebahagian dari mereka.Kerana kesalahan itu, kau telah memikul dosa mereka.
“Dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah An-Nur : 15)
"Sungguh balasan Allah amat dahsyat. Aku menang ke atas dirimu."
"Tidak! Aku akan pastikan aku mati dalam keadaan mati syahid."
"Itu kata-kata lama yang aku dah dengar dari orang-orang seperti kau. Mungkin rayuan itu boleh diterima kalau kau minta dulu."
“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).” (Surah Al-Mukninun : 99)
"Hari ini kita akan berpisah.Sejak kau kecil kita bersama, aku akan ikut ke mana sahaja kau pergi kecuali kubur.Pergilah kau seorang diri, diazab seorang diri dan ditinggal seorang diri. Mereka telah datang…uba lihat, siapa yang datang.Mereka itulah malaikat azab, mereka datang dengan sebat dari neraka.Belum terbukakah hijab itu untuk kau melihatnya?"
“Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang hari ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).” (Surah Qof : 22)
"Malaikat akan berkata kepada rohmu, ‘keluarlah wahai jiwa yang kotor..’ Pergilah menuju kemurkaan daripada Allah.’
“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu.” Di hari ini kamu dibalas dengan seksa yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.” (Surah Al-An’am : 93)
[Sumber FB Budu Ops Frenz]
No comments:
Post a Comment