Tuesday, June 7, 2016

Nikah Di Masjid - Patuhi Syarat


Jika hendak mengadakan upacara nikah di masjid, calon pengantin dan para tetamu hendaklah mematuhi syarat-syaratnya.

1) PAKAIAN pengantin perempuan dan para tetamu dari kalangan kaum hawa mesti menutup aurat dengan tudung labuh menutupi dada. Tidak boleh menampakkan bentuk tubuh atau jarang. Wajib pakai stokin.
2) TEMPAT DUDUK tetamu lelaki dan wanita diasingkan.
3) Upacara menyarung cincin ke jari pengantin perempuan hendaklah dilakukan oleh wakil kaum hawa. Tidak boleh ada sentuhan antara lelaki dengan wanita
4) Hormati HAK MASJID. Bila melangkah masuk ke sana hendaklah solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat.
5) Tempat kaum wanita ialah di belakang tabir.Bila hendak turunkan tandatangan, wakil hendaklah membawakan buku itu ke tempat kaum wanita.

Belajar adab-adab dalam masjid. Jangan pentingkan adat dengan sibuk mencukupkan hantaran.

[Foto Kredit Hairul Nizam Ijam]

No comments:

Post a Comment