Wednesday, June 8, 2016

Rumusan Fisiologi Puasa


Allah mencipta manusia dengan kelebihan tertentu. Apa jua yang diperintahkan-Nya, walaupun terasa menyulitkan, namun natijahnya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri.Lihatlah kebaikan dalam kewajipan berpuasa....

Fasa 1 - Hari 1-2
ah
Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 - Hari 3-7

Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliserida ke gliserola ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktiviti sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Fasa 3 - Hari 8-15

Proses detoksifikasi berlangsung, sel-sel mati dan rosak dikeluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4 - Hari 16-30

Badan mula selesa dengan puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

No comments:

Post a Comment