Saturday, June 11, 2016

Al Quran Pencerdas Minda


Pendakwah tersohor dari Indonesia, Ustaz KH Yusof Mansur adalah seorang hafiz yang berjaya menyempurnakan hafazannya dalam tempoh dua tahun.

Usaha pertama dimulakan ketika beliau dimasukkan ke penjara oleh pemerintah. Sebaik sahaja dibebaskan, ketika itu beliau telah berhasil menghafaz sebanyak 4 juzuk. Ketika dipenjarakan buat kali kedua, beliau sudah pun menjadi seorang hafiz.

Beliau seorang yang selalu bersikap positif dalam apa jua suasana. Bayangkan, tempoh di penjara pun mampu dimanfaatkannya ke jalan Allah. Kalau kita berada di tempatnya, bagaimana, ya? Adakah tempoh terkurung seperti itu kita habiskan dengan bersikap meratap dan merintih serta bermurung tanpa kesudahan? Alangkah sia-sianya masa itu!!!

Ustaz Yusof Mansur mempunyai pergantungan yang sangat tinggi kepada Allah. Kini ke mana sahaja beliau pergi, ayat-ayat suci yang dihafaznya sentiasa dialunkan sekadar dapat didengar oleh dirinya sendiri dan orang-orang yang berdekatan dengannya.


Membaca Al Quran membawa banyak manfaat, terutama jika dibaca selepas solat maghrib dan solat subuh. Menerusi penelitian serius seorang pakar jiwa, Dr. Al Qadhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat mendapati bacaan Al Quran pada kedua-dua waktu tersebut dapat meningkatkan kecerdasan otak sebanyak 80%. Hal ini berlaku kerana pada waktu-waktu tersebut terdapat pergntian dari siang ke malam dan dari malam ke siang.

Pembacaan Al Quran membabitkan 3 aktiviti sekali gus iaitu MEMBACA, MELIHAT dan MENDENGAR Ketiga-tiga aktiviti ini menguatkan daya ingatan pembaca / penghafaz.

Daya ingatan boleh diperkuatkan dengan:
Mengurangkan makan minum
Rajin beribadah dan solat malam
Membaca Al Quran dengan melihat masyaf.

Aktiviti membaca Al Quran memang mendatangkan pahala dari sisi Allah S.W.T. tetapi yang hebatnya ialah bila seseorang Muslim, tidak kira sama ada dia mampu atau tidak berbahasa Arab, akan dapat merasakan perubahan pada dirinya:

Rasa sedih dan murung menurun,
Memperoleh ketenangan jiwa
Dapat mencegah berbagai jenis penyakit.

Kajian Dr Al Qadhi dibantu oleh peralatan elektronik terkini yang mengesan tekanan darah, degupan jantung dan ketahanan otot.Hasil yang terbaik ialah apabila pembacaan Al Quran dapat mengurangkan penyakit sebanyak 97%.Kajian ini dibentangkan dalam Pwersidangan Kedoktoran Islam Amerika Utara pada 1984.

Oleh itu, marilah kita meluangkan masa untuk membaca, merenungi, mentadabur dan mematuhi isi kandungan Al Quran.

[Sumber: http://www.seputarduniaislam .com/2015/11/luar-biasa-manfaat-membaca-al Quran]


Ini merupakan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Dusuki Abdul Rani di Radio IKIM:

Cara mudah untuk melepaskan diri dari seksa kubur ialah dengan banyak membaca Al Quran pada waktu malam. Rumah yang dibacakan Al Quran di dalamnya pada waktu malam akan bercahaya sehingga dapat dikenali oleh para malaikat.

Jika si pembaca Al Quran itu meninggal dunia, cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit dan para malaikat akan tahu, “Oh, si pembaca Al Quran ini sudah meninggal. Mari kita solatkan rohnya.”

Ketika jenazah berada di dalam kubur, malaikat akan bersikap lemah lembut dengan jenazah tersebut. Al Quran akan duduk di atas dada si mati selepas dia dimandi dan dikafankan. Al Quran akan terus menemani jenazah hingga ke kubur.

Oleh itu janganlah kita tinggalkan Al Quran.

No comments:

Post a Comment