Saturday, June 11, 2016

Bawa Harta Ke Akhirat


Rasa berat hati untuk berpisah dengan harta-harta yang dikumpulkan sekian lama? Usah gusar, kita mempunyai cara tertentu untuk membawanya bersama-sama dengan kita ke akhirat. Namun, harta itu tidak boleh dibawa sendiri. Ia mesti dibawa secara berdikit-dikit melalui perantaraan seperti:

1. Masjid
2. Pusat tahfiz
3. Rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua, rumah k rawatan pesakit milik swasta
4. Fakir miskin dan asnaf
5. Pejuang Fisabilillah
6. Badan-badan bukan kerajaan yang menguruskan pesakit berpenyakit kronik
7. Guru agama dan ulama yang rajin beribadah
8. Baitulmal
9. Saudara dan sahabat yang sakit dan sedang menerima rawatan.

Harta yang dibawa ke akhirat akan terus mengalirkan pahala buat pemberinya. Pemberi yang rajin bersedekah dicintai Allah, dikasihi makhluk dan dekat dengan syurga. Bersedekahlah demi Allah kepada sesiapa sahaja sama ada orang Islam atau belum Islam, juga kepada haiwan serta unggas.

Mengapa hendak bersedekah kepada yang belum Islam? Mengapa tidak? Entah-entah, dengan sedekah kita itu mereka bakal diberi hidayah oleh Allah. Nanti kita juga yang beruntung kerana dapat meraih pahalanya.

Banyak bersedekah dapat membersihkan diri kita daripada hutang-hutang kecil yang mungkin kita sendiri pun telah terlupa mengenainya. Bersedekah dan berwakaf adalah lircara yang boleh diguna untuk melangsaikan hutang kita kepada seseorang pemberi hutang (juga warisnya) yang tidak dapat dikesan, setelah berbagai usaha dilakukan untuk mencari.

Bagi menyelesaikan masalah ini, si penghutang boleh mensedekah / mewakafkan jumlah wang yang dihutangnya kepada institusi kebajikan, rumah amal ataupun masjid, di atas nama si pemberi hutang dengan niat hendak melunasi hutang tersebut. Dengan ini si pemberi hutang akan mendapat segala pahala yang mengalir hasil dari sedekah / wakaf itu.

Didik anak-anak bersedekah melalui teladan yang dilakukan oleh bapa setiap kali membawa anak-anak bersolat Jemaah di masjid. Bila anak-anak melihat bapa memasukkan wang ke dalam tabung masjid, mereka tentu ingin melakukan perkara yang sama.

Jangan bersedih jika akaun bank kosong tetapi bersedihlah jika akaun akhirat kosong. jika akaun bank kosong sedih sekadar di dunia namun jika akaun akhirat kosong pasti menyesal merana selamanya. Justeru niatkan mencari rezeki untuk memenuhkan saham akhirat.

1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Jika kita sudah meninggal dunia Allah S.W.T. tunjukkan keindahan Syurga yang bakal kita diami, lalu kita akan bersyukur. Inilah janji Allah S.W.T. yang pasti ditepati-Nya.

Tetapi bilamana Allah S.W.T. tunjukkan neraka yang bakal kita diami, pasti kita akan menyesal dan minta Allah S.W.T. hidupkan semula untuk melakukan amal soleh walaupun sebesar zarah. Semoga kita tidak menyesal setelah mati kerana kita ingin menjadi penghuni Syurga-Nya.Aamiin.




No comments:

Post a Comment