Thursday, June 9, 2016
Saf Dewasa - Mendidik Anak Berjemaah
Nabi s.a.w. membawa anak kecil di dalam solat, membiarkan mereka bermain di dalam solat berjemaah sehinggakan membiarkan memanjat belakang baginda.
Baginda tidak menghalau anak kecil ke belakang, malah membawa mereka ke dalam saf orang dewasa sehingga ke tempat imam.
Tiada istilah “putus saf” jika membawa anak kecil ke dalam saf orang dewasa. Saf terputus jika kaki dijarakkan. Sambung atau terputus sesuatu saf bergantung kepada orang dewasa, bukan salah anak-anak.
Apa perasaan jika anak-anak muda menghalau jemaah yang sudah tua ke belakang? Jika mahu berada di saf hadapan, datanglah awal dan cop tempat sendiri di baris pertama, bukan dengan cara menghalau orang lain.
Membawa anak kecil di dalam saf orang dewasa memang Nabi s.a.w. berikan contoh. Tetapi menghalau anak-anak ke belakang mengikut sunnah siapa? Biasanya Iblis dan Syaitan yang suka menghalang orang lain dari mendapat kebaikan. Janganlah kita menjadi seperti mereka.
Surau dan masjid adalah hak orang Islam termasuk juga anak-anak kecil, bukan hak peribadi sesama AJK yang boleh digunakan sesuka hati dan menghalau orang lain sesuka hati. Sepatutnya orang dewasa memberi galakan kepada anak-anak kecil, bukan menghalau dan mengkastakan mereka. Anak-anak sepatutnya bersolat di sisi ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengajar dan mendisiplinkan anak-anak tentang solat berjemaah.
Meletak anak-anak di hujung belakang saf menjadikan anak-anak lebih banyak bermain dan berbuat bising selain berbahaya kerana memudahkan penculikan berlaku. Kes begini pernah berlaku di Malaysia. Bertimbangrasalah dan ikutilah jejak Rasulullah s.a.w.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment