Tuesday, June 7, 2016

Air Nabeez


AIR NABEEZ adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Ia mula banyak diperkatakan di media sosial sejak umat Islam Malaysia mula menjalankan ibadah puasa. Air Nabeez dapat menjadikan perut bertahan sepanjang hari ketika kita sedang berpuasa. Ia disediakan untuk sekali minum saja. Jangan simpan lama sangat. Nanti masam tidak boleh diminum lagi.

Caranya:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air kira-kira 500ml hingga 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik isi kurma.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa sebelum masuk tidur. Letak di luar sahaja, pada suhu bilik. Tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air itu Jangan dibiarkan terbuka.
3. Diminum waktu sahur keesokannya.
4. Air ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi di luar bulan Ramadan. Amalkan meminumnya semasa perut kosong.




No comments:

Post a Comment