Wednesday, June 29, 2016

Konsep Rezeki


ALLAH BERI DAN TARIK REZEKI KEPADA SIAPA YANG DIA KEHENDAKI!

Tun Abdullah Ahmad Ahmad Badawi pernah terkeluar dari UMNO, tetapi suratan tertulis beliau menjadi Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir Mohamed pun pernah mengalami hal yang sama.

Dato Seri Anwar Ibrahim sudah memangku jawatan Perdana Menteri, tinggal selangkah saja lagi untuk jadi Perdana Menteri, tetapi suratan menentukan jawatan itu bukan untuk beliau. Sebaliknya ke penjara pula.

Tengku Razaleigh Hamzah juga pernah mengalaminya. Sedikit saja lagi hendak menang dan peluang untuk menjadi Perdana Merah cerah, tetapi suratan tertulis untuk beliau jadi gurkha saja sampai kini.

Dato Azlan Man tidak pernah menjangka akan menjadi Menteri Besar Perlis.

Nizar Jamaluddin masuk bertanding Pilihanraya Umum 12 tidak menyimpan apa-apa harapan. Hendak keluarkan duit deposit pilihanraya pun mungkin terketar-ketar takut hangus. Namun dapat jadi Mengteri Besar Perak, walaupun 11 bulan."

Dato Mohamed Yaakob tidak pandai bercakap, namun rezeki sudah tertulis beliau menjadi Menteri Besar Kelantan. Ada orang lain lebih hebat daripada beliau di Kelantan hanya menjadi pemimpin jalanan saja.

Dato Ahmad Bashah yang dihina kerana tidak mempunyai pendidikan tinggi, tetapi tertulis beliau adalah Menteri Besar Kedah.

Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir Mohamed walaupun ada sijil berdozen kerana kuat belajar, tetapi sudah rezekinya setakat menjadi Menteri Besar Kedah sebentar saja.

Dato Khalid Ibrahim orang korporat. Tidak pernah menjangka beliau akan menjadi Menteri Besar Selangor walaupun tempohnya tidak lama akibat terpelanting dari kerusi Menteri Besar tersebut.

Mahfuz Omar berpendidikan Sijil Rendah Pelajaran, tetapi suratan tertulis dia jadi wakil rakyat berpenggal-penggal.

Percayalah pada Qadak dan Qadar!


[Perkongsian dari grup WhatsApp]

Tujuan Tadarus Al Quran


Apa Tujuan Sebenar tadarus. Khatam bukan tujuan asal tadarus yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. Antara sebabnya:

1- Perkataan tadarus yang berasal dari 'darasa' yang bermakna mempelajari. Jika khatam dijadikan tujuan utama, maksud mempelajari ini biasanya tidak tercapai.

2- Tujuan Rasulullah s.a.w. bertadarus dengan Jibril ialah untuk memperdengarkan dan menyemak bacaan. Jika khatam itu tujuan yang utama, tentulah tidak berlaku tadarus melainkan selepas Al Quran itu sempurna diturunkan.

3- Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Saidatina Fatimah r.a. berkata: “Sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah untuk memperdengarkan bacaannya kepada Rasulullah setiap tahun sekali. Dan Jibril telah melaksanakan yang demikian pada tahun Nabi wafat, dua kali”.

Jika khatam merupakan tujuan utama, nescaya Nabi s.a.w.mengkhatamkan Al-Quran dalam tadarusnya bersama Jibril paling kurang 2 kali dalam setahun sebagaimana yang dilakukan pada akhir hayatnya.

Kesimpulan:

Tujuan asal tadarus ialah untuk memperelokkan dan menyemak kembali bacaan. Dan sebaiknya bacaan itu difahami. Kerana itu,lebih sesuai jika tadarus diadakan secara berkumpulan untuk sama-sama mendapat manfaat. Dan elok juga dilakukan perbincangan ringkas selepas tadarus berkenaan ayat-ayat yang dibaca.

Walau bagaimanapun, jika mampu, sewajarnya seorang Muslim berusaha mengkhatamkan Al-Quran paling kurang sekali dalam bulan Ramadhan dengan menjaga adab-adab dan hak-hak Al-Quran itu sendiri. Rasulullah s.a.w.pernah bersabda yang bermaksud: "Ramai orang membaca Al-Quran, sedangkan Al-Quran itu melaknatnya."

Bacalah Al-Quran dengan tartil. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan itu. In.sya Allah, aamiin.

[Sumber FB Norhasri Mohmad Jadi]

Saya Tidak Cantik


Saya tahu, saya tidak cantik, tetapi saya tetap ada kelebihan:

- Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi korban gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlak.
- Kaerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
- Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
- Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
- Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
- Kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu, saya tidak cantik pada pandangan manusia, maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik di sisi ALLAH. Bukan kecantikan dunia yang saya kejar, tetapi KECANTIKAN di akhirat kelak.

SUBHANALLAH, tidak mengapa kita jelek pada pandangan manusia, namun In Sya Allah kita cantik pada pandangan Allah S.W.T. Semoga kita semua mendapat pasangan yang soleh/solehah dan menjadi keluarga yang sakinah, mawadah, warahmah.

Tidur Selepas Subuh Waktu Puasa


Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja.

Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.

Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.

Jika mahu tidur sebentar, saya cadangkan tiga puluh minit di waktu sebelum zohor. Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, insha ALLAH kita akan berasa segar walaupun berpuasa..

[Maklumat dari Dr Zubaidi Haji Ahmad]

Tuesday, June 28, 2016

Dosa Dusta


Dari Bahz bin Hakim dari ayahnya dari datuknya radhiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ.... “CELAKALAH BAGI ORANG YANG BERBICARA, LALU BERDUSTA, UNTUK MEMBUAT ORANG LAIN KETAWA... CELAKALAH DIA, CELAKALAH DIA..” … (HR Abu Daud no. 4990, At-Tirmizi no. 2315)…

BERDUSTA ADALAH DOSA BESAR dan telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya pada semua keadaan... Di antara dusta yang biasa berlaku dan dianggap "TIADA APA-APA" oleh kebanyakan orang adalah seperti berikut:

1] BERDUSTA KEPADA ANAK KECIL, dengan anggapan mereka masih kecil… Termasuk MUNGKIR JANJI kepada anak kecil, atau menjawab pertanyaan anak kecil dengan jawaban dusta...
2] BERCAKAP DUSTA KEPADA ORANG LAIN, baik secara bergurau, mahu pun tidak.. Baik di dalamnya mengandung pelajaran yang baik atau tidak…
3] BERGURAU DENGAN MENCERITAKAN CERITA DUSTA, baik orang yang mendengarnya tertawa mahupun tidak, baik pendengar mengira itu adalah cerita sungguh-sungguh ataupun mereka sudah tahu kalau cerita itu adalah dusta….
4] BERDUSTA DALAM UCAPAN SEHARIAN, agar dirinya tidak kena marah atau agar dirinya tidak dihina oleh manusia...
5] MENCERITAKAN SEMUA KABAR YANG DIA DENGAR... Semua yang didengari, ada yang benar, ada yang separuh benar, dan ada yang dusta… Apabila dia menceritakan, maka pasti suatu ketika dia akan terjatuh dalam KEDUSTAAN dengan menceritakan khabar yang tidak benar…. Wallahu a'lam..

*GAMBAR HIASAN SAHAJA*...

[Dari FB Ustaz Ramli Joned]

Bukan Allah Tak Sayang


Ali seorang yang penjual yang tekun. Beliau menjual alat pendidikan kanak-kanak. Setiap hari beliau berdoa agar Allah mempermudahkan urusan hariannya, diharap barangan mudah dijual dan selamat dalam perjalanan. Setiap pagi, Ali perlu melalui berpuluh kilometer untuk menyelesaikan tugasnya. Pemanduannya cukup dijaga kerana jalan yang dilaluinya banyak `roadblock` polis setiap hari demi untuk mengelakkan saman trafik.

Pelanggan Ali pula tidak menentu – ada yang ok, ada yang cerewet, malah ada yang ‘membuli’ beliau. Dengan keyakinan bahawa doa beliau akan dimakbulkan, Ali kuatkan semangat dan terus tekun bekerja mencari rezeki.

Namun, setelah setengah tahun mencuba, prestasi jualan Ali tidak baik. Ada bulan yang prestasi jualannya jatuh merudum, Ali merungut bertanya mengapa Allah tidak membantu menguruskan urusan sehariannya. Ali bertanya mengapa Allah tidak membantunya sedangkan beliau tekun setiap hari berulang-alik sana sini untuk menjual barangannya. Ali seorang yang menjaga tindak-tanduknya berasa beliau seorang yang kurang berdosa – jadi mengapa Allah merumitkan hidup beliau. Ali tidak faham dan terus merungut sendiri dan merasakan dirinya malang… Pun begitu, beliau meneruskan kariernya sebagai penjual dengan tekun…

Suatu hari beliau bertemu dengan taukeh pemborong alat pendidikan kanak-kanak brand A yang kagum dengan ketekunan dan keazaman Ali cuba menjual produk brand B…

“Berminat ke Ali nak join company saya? Saya tawarkan dua kali ganda gaji untuk Ali,” tanya pemborong itu.

Ali seronok, tetapi berfikir, prestasi jualannya bukanlah baik sangat, mengapa pemborong ini berminat padanya…

“Saya penjual yang tak seberapa… mengapa tuan berminat pada saya?” tanya Ali yang gembira, tetapi seolah-olah tidak percaya pada nasibnya.

“Ali tahu produk syarikat yang Ali sedang jual ini – namanya tidak berapa baik di pasaran, tapi Ali masih cuba dengan tekun dan berhemah sehinggakan kedai-kedai yang Ali cuba menjual produk Ali menyuruh saya mengambil Ali. Mereka rasa Ali ada potensi untuk cemerlang bekerja dengan saya…” kata pemborong tersebut.

Ali menerima dengan gembira pujiannya – ketekunannya akhirnya berhasil – Ali seterusnya bertanya, "Apa dokumen yang diperlukan untuk permohonan kerja baru ini?"

“IC dan lesen kereta cukup… dan boleh join bulan depan, tak perlu interview,” kata pemborong itu.

Ketika Ali mengeluarkan IC dan lesen memandunya, Ali terkejut. Ali tersentak melihat tarikh 05/04/12. Rupa-rupanya lesen memandunya dah tamat tempoh 6 bulan yang lepas. Ali mengimbas kembali nasibnya 6 bulan. Dalam perjalanan untuk menjual produk, sudah beberapa kali Ali melalui perangkap polis tanpa disiasat lesen memandu yang telah mati.

Ali teringat bagaimana satu hari, ketika kereta Ali yang sedang berada di lebuh raya, tingkap belakangnya tidak dapat ditutup. Tetapi tetiba hujan lebat turun. Disebabkan takut produknya basah kuyup Ali memandu secara cepat sehingga ditahan polis. Apabila polis itu hendak menyoal Ali dan suruh mengeluarkan lesen kereta, tetiba polis itu menerima telefon kecemasan dan bergegas ke tempat yang lain.

Tetiba, Ali berasa bersalah. Ali teringat segala rungutan dirinya terhadap Allah yang dia tuduh tidak menyayangi beliau. Hati Ali sayu – sedih memikirkan sikapnya yang bersangka buruk pada Allah. Ali tersedar rupa-rupanya Allah menjaganya setiap hari sepanjang 6 bulan lepas ketika lesen memandu dia mati. Tiada satu hari pun yang Allah tidak menjaga hambanya, walaupun dia yang bersangka buruk pada-Nya.

“Rupa-rupanya Allah menjaga dan sayang saya selama ini… segala doa saya didengari… sehinggalah saya kini bertemu dengan taukeh yang lebih baik dan Allah melalui taukeh ini memberitahu saya lesen memandu dah mati dan saya silap bersangka buruk kepada-Nya selama ini…. Ya Allah. Maafkan saya,” bisik Ali di hatinya.

Semoga kisah ini membawa sedikit keinsafan kepada kita semua yang pernah bersangka buruk kepada Allah ketika melalui liku-liku kehidupan yang mencabar.

[Dipetik dari FB Tuan Ibrahim Tuan Man]


1. Sentiasa berniat baik
Segala urusan bermula dengan niat. Biat yang baik, maka urusan juga akan dipermudahkan. Niat yang tidak baik, keberkatan usaha pula akan hilang.

2. Sentiasa bercakap benar
Kepercayaan orang lain kepada kita berasal dari diri kita sendiri apabila sentiasa bercakap yang benar-benar sahaja. Membina kepercayaan orang itu sukar, namun menghilang kepercayaan orang amat mudah.

3. Sentiasa berakhlak mulia
Mereka berakhlak mulia bukan sahaja disukai oleh orang di keliling, tetapi dicintai oleh Allah S.W.T.. Tidak perlu memuaskan hati orang sahaja, cinta teragung ialah dengan Allah S.W.T. dan akhlak mulia adalah jambatan untuk mencapainya.

4. Sentiasa menepati masa
Buangkan tabiat melengahkan masa, atau tidak menepati masa. Usah lagi beri alasan “on the way” bila terlewat di mana kita baru sahaja melangkah keluar rumah

5. Sentiasa amanah dan dipercayai
Bina kepercayaan dengan menjadi seorang yang beramanah.

6. Sentiasa bertutur dengan bahasa dan cara yang baik
Jaga pertuturan. Apa yang kita kata mencerminkan peribadi sendiri. Bercakap dengan lemah lembut dan dan bahasa yang baik. Anda sentiasa akan dihormati.

7. Sentiasa berketerampilan kemas
Berpakaian dan berketerampilan kemas bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar bersederhana dan tidak pula dilihat selekeh. Pakaian yang tidak terurus, rezeki juga tidak akan datang.

8. Sentiasa jaga perbualan perkara yang baik sahaja
Sentiasa berkata-kata yang positif sahaja. Apa yang kita kata, akan menjadi doa. Doakan yang terbaik sahaja untuk diri, keluarga dan juga kenalan yang kita berbual bersama

{Ustaz Hasnan Fan Club]

Puasa Di Dunia Berbuka Di Syurga


Allahu Akbar. Seorang sukarelawan diserang ketika beliau sedang bertugas menjaga keselamatan kawasannya.
Subhanallah. Berpuasa di dunia, tetapi berbuka di Syurga. Bahagianya kamu wahai syabab..

Mati sebagai seorang syahid, ketika sedang menjalankan tugas, di bulan Ramadan yang mulia. Sungguh engkau ahli syurga.

[Dari FB Ismail Can]

Saham Akhiratnya Jongkong Emas


Ustazah Hafizah Musa mengesahkan pertanyaan seorang wanita menerusi telefon bahawa beliau dan suaminya memang menguruskan sebuah pusat tahfiz.
Mendengarkan itu, wanita berkenaan menyatakan hasrat hendak SEDEKAH JARIAH emas miliknya kepada pusat tahfiz sebagai SAHAM AKHIRAT buat dirinya.

Hati Ustazah Hafizah mengandaikan barang emas yang hendak disedekahkan itu tentu berupa barangan yang sudah patah, rosak atau putus.

Disebabkan sibuk, Ustazah tidak dapat pergi ke rumah wanita itu untuk mengambil barang emas tersebut dan meminta suaminya mengambilalih tugas. Lagi pun suami ustazah lebih mudah bergerak dengan motosikalnya.

Sekembali ke pusat tahfiz, kedua suami isteri terkejut bila melihat barang emas yang dibungkus rapi dalam kain itu bukan barangan yang rosak. Sebaliknya ia adalah jongkong emas 99.9 seberat 500 gram.

Timbul rasa kesal yang amat sangat di hati Ustazah Hafizah kerana bersangka buruk. Pemilik jongkong emas yang berjiwa besar itu sebenarnya hanya menghuni rumah pangsa yang biasa saja, tidak memiliki kenderaan sendiri dan ke sana ke mari cuma dengan pengangkutan awam.

Rakan ustazah yang bergiat dalam perniagaan jual-beli emas menyatakan jongkong itu bernilai kira-kira RM80,000. Ustazah Hafizah rasa keberatan untuk menerima sumbangan berkenaan lalu hendak memulangkannya, namun ditolak.

Memang niat asal wanita itu membelinya untuk pelaburan. Namun kini dia merasakan pelaburan dunia ini nilainya hanyalah fana. Pelaburan akhirat lebih bermakna bagi kehidupan abadinya kelak.

Jadi, bagaimana dengan kita? Bersediakah kita berhabis-habisan demi akhirat?

[Tazkirah Zohor Ustazah Musa di Radio Klasik RTM pada 26 Jun 2016]

Warga Palestin Pendamba Syahid


Ini sebuah kisah yang menggetarkan bulu roma setiap kali diperdengarkan. Kisah tentang hati-hati Palestin yang berjiwa besar. Kisah ini diceritakan oleh seorang sukarelawan yang kembali dari Misi ‘Berani Mati’ menghantar bantuan untuk projek-projek di Gaza hasil sumbangan rakyat Malaysia yang berjiwa sang pemberi yang luhur.

Diceritakan sebelum menjejakkan kaki ke bumi Gaza, kotak pemikiran masing-masing memikirkan suasana di Gaza dengan yang apa yang tercermin di media dan internet. Segalanya tentang peperangan, wajah-wajah pilu dan menyentap naluri seorang insani, peminta sedekah yang berkeliaran menagih belas kasih. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bak kata pepatah, ‘indah khabar dari rupa’.

Orang-orang di Gaza menyambut mereka dengan penuh keceriaan. Di wajah mereka, kemanisan sebuah senyuman yang ikhlas tidak menunjukkan mereka sedang dilanda musibah. Sambutan mereka terhadap orang Malaysia memang melangkaui jangkaan asal. Ahli-ahli misi yang bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang buruk yang bakal terjadi terkesima kerana disambut dengan begitu ceria dan gembira oleh mereka. Kami seperti terasa berada di suatu planet lain apabila berhadapan dengan susuk-susuk tubuh berjiwa besar, berhati syurga ini.

Kanak-kanak yang dijumpai, pemalunya bukan kepalang lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa mereka akan menerima pemberian. Lagaknya seperti seorang anak gadis suci yang menerima pinangan dari lelaki soleh. Maruah mereka cukup tinggi. Tidak meminta-meminta walaupun tidak berpunya.

Ada suatu saat di mana salah seorang ahli misi hanya mempunyai baki beberapa biji gula-gula yang memang disediakan untuk kanak-kanak Gaza. Mereka memanggil salah seorang kanak-kanak yang disangka bersendirian waktu itu. Apabila dipanggil ternyata dia dan kawannya yang seramai lebih kurang 5-6 orang datang kepada ahli misi. Walaupuan agak kaget kerana gula-gula yang hendak diberikan ternyata tidak cukup untuk diberikan, namun memandangkan niat asal untuk memberi, maka diteruskan juga.

Subhanallah, salah seorang budak yang menerima gula-gula itu lantas mematahkan gula-gula kepada beberapa bahagian dan membahagi-bahagikan sesama mereka. Betapa besarnya jiwa mereka serta halusnya akhlak mereka. Sudahlah tidak sekalipun meminta, malah diminda hanya memikirkan tentang orang lain.

Di suatu tempat di sebuah sekolah tahfiz yang menempatkan kanak-kanak dan remaja Palestin yang dididik untuk menghafaz dan menghayati bait-bait cinta daripada Allah. Ketika menziarahi mereka, seorang ahli misi bertanyakan adakah mereka sudah makan kerana sangkaan mereka kemungkinan besar mereka sudah makan tengah hari kerana pada waktu itu sudah lewat petang. Salah seorang remaja yang agak tua sedikit berbanding yang lain memberitahu bahawa mereka sudah makan.

Sedang mereka meninjau-ninjau tempat tersebut, seorang kanak-kanak kecil yang lebih kurang dalam umur 8-9 tahun menarik perlahan-lahan baju ahli misi ini tadi. “Pakcik, abang tu tidak bercakap benar. Sebenarnya kami belum menjamah apa-apa makanan lagi.”

Dengan terkejutnya, ketua misi meminta sahabat-sahabat yang lain mengambil lebihan roti yang tinggal sedikit dan memang tidak cukup untuk semua pelajar sekolah itu. Tiba saat untuk roti-roti itu dibahagikan, dengan cepatnya abang-abang besar ini tadi mengambil roti-roti tersebut. Dalam hati ahli misi ini tadi, “Sebentar tadi, baru cakap sudah makan, ini dia pula yang pantas menyambut roti-roti itu.” Rupa-rupanya apa yang berlaku, abang-abang besar tadi mengambil roti-roti itu dan dibahagi-bahagikan kepada adik-adik kecil.

Apabila ditanya kepada anak-anak Gaza, “Adakah kamu ingin mengikut kami belajar atau bekerja di Malaysia?”

Jawab mereka dengan sopan, “Terima kasih. Syurga sedang merindui kami.”


Apa lagi yang Palestin mahu?? Hanya satu kata melambangkan seribu pengertian…SYAHID.

Sebetulnya, mereka tidak memerlukan sumbangan kita. Tetapi kitalah yang sebenarnya memerlukan mereka kerana kewajipan setiap umat Islam itu mempertahankan Bumi Al-Aqsa dari noda-noda kuasa luar.

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki, mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai orang-orang yang masih tinggal di belakang, yang belum sampai kepada mereka, bahawa tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman". Ali Imran (169-171)

Salurkan sumbangan anda atas nama 'Humanitarian Care Malaysia Berhad':

Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY Biller Code: 6197

"Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka."

[Sumber: Aqsa Syarif Negeri Sembilan]

Monday, June 27, 2016

U-Turn Ke Jalan Yang Diredhai-Nya


“Assalamualaikum, maaf cikgu, saya lambat”, kata Aisyah yang terlambat ke kelas tambahannya pada petang itu. Cikgu Alif hanya tersenyum dan memberikannya helaian kertas latihan. Aisyah mengambil tempat duduk berhampiran dengan sahabat baiknya.

Firdaus yang dari tadi hanya tertunduk cuba meyakinkan hatinya yang dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Aisyah. Lama sudah dia memendam rasa. Dia sedar siapalah dia dibandingkan dengan Aisyah, seorang gadis yang cantik, bijak dan beragama. Sepanjang mengenali Aisyah, jarang-jarang sekali dia melihat Aisyah berbual dengan lelaki lain, pakaiannya juga sentiasa menutup aurat, Perilakunya lemah-lembut, senyumannya manis. Itulah yang menarik hati Firdaus. Sedangkan Firdaus hanya seorang pelajar yang rendah akhlaknya, dia sendiri mengakui hal itu.Biarpun menuntut di sekolah agama, tetapi solatnya entah ke mana dan waktu-waktunya sering disibukkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Suatu petang,Firdaus duduk berehat di halaman rumahnya sambil membaca majalah hiburan, dia memang tidak pernah ketinggalan dari segi hiburan. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara seorang perempuan memberi salam. Firdaus menghampiri pintu pagar. Hampir terkeluar biji matanya melihat Aisyah sedang berdiri sambil memegang bungkusan yang tidak tahu apa isinya.

“Ganggu ke? Maaflah..ni mak saya suruh hantar kepada mak awak. Asyraf pulang ke kampung.”

Firdaus hanya membalas dengan ucapan terima kasih. Mereka berbalas salam dan Aisyah berlalu pergi.

Asyraf... apakah kaitan Aisyah dan Asyraf? Semalaman Firdaus memikirkan perkara tersebut. Asyraf adalah rakan baiknya di kelas tambahan. Tetapi tidak pernah pula Asyraf menyebut tentang Aisyah. Dia akhirnya terlena. Dalam lenanya Aisyah bertandang lagi, cukup indah sekali baginya.

Keesokan paginya dia bangkit, bangkit dengan satu azam! Ya. Dia telah bertekad. Dia mahu meluahkan perasaannya kepada Aisyah. Dia mahu memiliki Aisyah. Tidak mahu terlambat, Aisyah tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan orang lain.Terketar-ketar tangannya menaip mesej menghulurkan salam perkenalan kepada Aisyah.

Seketika kemudian telefonnya berbunyi. Menandakan ada mesej yang diterima. Alangkah gembiranya dia apabila salam perkenalannya disambut mesra. Mereka terus berbalas mesej selama beberapa hari. Bagi Aisyah tiada salahnya hanya berkawan. Tidak pula dia sedar maksud sebenar Firdaus. Aisyah juga mengagumi wajah tampan Firdaus, tetapi perasaan itu disembunyikan daripada sesiapa pun. Aisyah yakin dia pasti akan diejek lantaran perwatakan buruk Firdaus.

Tiga hari selepas perkenalan mereka, Firdaus berjaya mengumpul kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya kepada Aisyah. “Saya nak tanya awak satu soalan, boleh?
“Apa dia?”, Aisyah membalas ringkas.
“Kalau saya nak couple dengan awak, awak nak tak?”

Terasa hampir gugur jantung Aisyah tatkala membaca mesej Firdaus itu. Tidak disangka sejauh itu niat Firdaus. Dia buntu memikirkan jawapannya. Memang sepatutnya dia menjawab “tidak” dengan tanpa ragu- ragu. Bukan dia tidak tahu couple itu hukumnya haram. Tetapi hatinya terus mendesak untuk dia berkata "ya." Firdaus juga sudah berjanji untuk berubah jika Aisyah menerimanya. Dia meminta masa selama tiga hari daripada Firdaus untuk memberikan jawapan. Firdaus pula hanya bersetuju. Tetapi sebenarnya Firdaus hairan kerana sebelum ini gadis-gadis yang ”dilamarnya” pasti akan bersetuju tanpa berfikir panjang.

Tempoh tiga hari yang dipinta Aisyah sudah berakhir. Firdaus menghantar mesej meminta jawapan daripada gadis itu. Aisyah sudah bersedia dengan jawapannya. Firdaus menanti dengan penuh debaran sama ada dia dapat memiliki gadis yang dicintai dan dikaguminya. Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Terketar-ketar tangan Firdaus membuka mesej. “Maaf, saya tak boleh. Saya tak tahu kenapa tetapi saya rasa takut.”

Firdaus hanya terkebil-kebil. Spontan jarinya menaip mesej. ”Tapi kenapa?”.
Mesejnya dibalas, “Sabda Rasulullah s.a.w: Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid.”
“Kuno betul...macam orang tua dulu-dulu je. Kau ingat kau cantik dan baik sangat ke? Sombong...memilih pulak. Jadi anak dara tua nanti baru kau tahu!” bentak Firdaus dalam mesejnya.

Aisyah merenung telefon bimbitnya, dan tanpa disedari air matanya menitis. Bukan dia menyombong, dan bukan pula dia memandang rendah pada Firdaus. Sejujurnya ada perasaan cinta yang dipendam, namun dia lebih cintakan Allah, Allah tetap cinta utamanya. Dia nekad untuk membuat perubahan dalam diri dan mengabaikan cinta dunia buat masa ini. Banyak lagi yang perlu diutamakan. Dia sedar masih jauh perjalanannya.

Setahun berlalu, Firdaus masih hanyut dalam dunianya sendiri. Dia masih belum dapat melupakan Aisyah. Baginya Aisyah seorang yang terlalu ekstrem dalam agama sehinggakan untuk bercouple pun dia takut, sedangkan pada zaman ini bercouple adalah trend masa kini. Baginya mereka masih boleh bercouple dan dalam masa yang sama, menjaga ada dan batas pergaulan mereka.
.
Suatu hari, Fitri, abang Firdaus, seorang pelajar perubatan di University of Bristol, U.K. pulang bercuti. Firdaus dan Fitri memang amat rapat sejak mereka kecil lagi namun kedua mereka mempunyai sikap yang sangat berbeza. Malam itu Firdaus datang ke bilik Fitri untuk berbual-bual dan melepaskan rindu. Firdaus berbaring di katil Fitri sambil termenung memandang siling sementara menunggu Fitri yang sedang mandi. Dari laptop Fitri lagu "UNIC-Atas Nama Cinta” berkumandang memenuhi ruang kamar itu. Firdaus hanya menikmati iramanya tanpa menghayati maknanya.

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya....

Tersentak Firdaus mendengar bait-bait kata lagu itu, seperti ada kaitan dengan dirinya. Bayangan Aisyah muncul di fikirannya, dia memainkan semula lagu itu dan kini dia betul-betul menghayati maksudnya. Pelbagai persoalan bertandang di kotak mindanya.

Sebaik sahaja Fitri selesai mandi, Firdaus segera bertanya kepada abangnya, “Pit, kau kat sana tak ada girlfriend ke?”

“Hish kau ni, study tak habis lagi nak ada girlfriend apanya.”

“Kawan-kawan kau pun tak ada girlfriend?”

"Kawan-kawan aku adalah yang dah ada girlfriend.”

“Habis tu kau tak nak ada girlfriend? Muka kacak takkan tak ada orang nak ? Ke sikit je Melayu kat sana?”

“Orang Melayu ramailah jugak. Tapi aku rasa ibu dan ayah tak bagi kot aku kahwin sekarang.”

“Pit! Alamak Pit. Aku bukan suruh kau kahwin la. Aku tanya ada tak kau couple dengan siapa-siapa.”

“Hish...Aku faham kau bukan suruh aku kahwin. Tapi tiada hubungan yang sah sebelum kahwin. Jodoh kita Allah dah tentukan.”

“Tapi kita kena cari, kan? Takkanlah jodoh datang macam tu je kat depan muka pintu?”

“Memanglah jodoh kena cari, tapi cari dengan cara yang diredhai Allah. Always remember my brother, matlamat tak menghalalkan cara. Tak pernah...”
“Habis tu macam mana nak jumpa jodoh kalau macam tu?”

Firman Allah SWT: Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).[Surah An Nur, ayat 26]

“Wow. Kau pergi sana jadi ustaz ke? Habis tu maksudnya aku akan dapat perempuan tak baik la? Sebab aku ni macam jahat je.”

“Mungkin ya, mungkin tidak. Allah yang merancang. Kadangkala Allah jadikan sebaliknya untuk kita saling melengkapi.”

“Kau nak isteri macam mana Pit?”

“Kalau boleh aku nak isteri yang cintakan aku, rindukan aku..Dan semuanya kerana Allah."

“Aduhai... hahaha! Lawaknya. Habis tu kalau tak cantik macam mana?”

“Cantik tu subjektif la. Bagi aku cantik yang sebenarnya tu cantik dalaman. Because it will never fade away. Kalau kau sayang dia sebab cantik luaran semata-mata, kecantikan tu tak kekal, cuba kau bayangkan muka dia masa umur 80-an, kau sayang dia lagi tak agak-agaknya masa tu? Sebab tu bukan perkara main-main nak cari isteri, kena minta pandangan Allah. In sya Allah boleh berkasih-sayang sampai ke syurga. Jadi ketua bidadari aku kat syurga nanti. Rumahtangga pun diberkati.”

“Habis tu kalau couple tu jahatlah?”

“Allah larang kita bercouple. Kenapa? Nah. Baca artikel ni” Kata Pit sambil menghulurkan helaian artikel yang menjelaskan hukum couple. Rasulullah SAW pun pernah bersabda, kalau kita mengahwini seorang perempuan kerana agamanya, nescaya beruntunglah kita, insyaAllah”, pesan Fitri lagi.

“Oh...okey. Apa-apa pun, terima kasih ye. Okey lah Pit, aku nak tidur dah ni. Selamat malam.”

Malam itu tidur Firdaus tidak lena. Artikel itu pun sudah beberapa kali dikhatamnya. Rasanya dia sudah faham mengapa Aisyah menolak cintanya. Rasanya Aisyah seorang yang berpandangan jauh. Jauh sampai ke akhirat, bukan untuk dunia semata-mata. Semalaman dia tidak dapat tidur. Dia melangkah ke bilik Fitri untuk berbual lagi dengan abangnya itu. Dia tidak pasti sama ada Fitri sudah tidur atau belum. Jam menunjukkan sudah pukul tiga pagi.Jika dahulu, Fitri masih mentelaah pelajaran waktu ini. Berhati-hati pintu bilik Fitri dikuak, kelihatan Fitri sedang berteleku di atas sejadah. Perlahan-lahan Firdaus menghampiri Fitri yang sedang khusyuk berdoa dalam esak tangis.

Dalam doanya dia menyebut:“ Ya Allah ya Tuhanku... KasihMu sentiasa segar dalam setiap hembusan nafasku. Betapa lemahnya hambaMu ini. kepada-Mu kelak tempatku kembali, janganlah kau biarkan cintaku terhadap dunia yang menipu daya ini melebihi cintaku pada-Mu.”

Jantung Firdaus mulai berdegup kencang semasa mendengar luahan hati Fitri di dalam doanya. Firdaus segera berlari menuju ke biliknya, dia menangis sepuas hati. Entah dari mana datangnya air mata yang begitu kuat sekali mengalir membasahi pipinya, dia juga kurang pasti. Yang dia tahu hatinya terasa tidak tenang, dia mempunyai segala-galanya namun masih terasa kekosongan. Terasa betapa jauhnya dia dari Tuhan. Betapa lemahnya dia. Dia mengambil wuduk dan menghamparkan sejadah, berhabuk sejadah itu diselaputi kejahilannya. Dia menunaikan solat fardhu Isyak. Hatinya berasa sedikit tenang.

Esoknya, pagi-pagi lagi dia telah berjumpa Fitri.“Pit, aku rasa macam nak berubah la.”

“Alhamdulillah. Gembira aku dengar, tapi tiba-tiba je?”, tanya Fitri sedikit kehairanan.

“Sebenarnya semalam aku dengar kau minta ampun pada Allah, kenapa kau menangis? Aku rasa kau ni macam baik sangat. Tak macam aku ni...”

“Baik la sangat kan. Daus, cuba bandingkan amalan kita dengan amalan para nabi dan sahabat, macam langit dengan bumi! Aku takut Allah tak terima taubat aku selama ini. Hari-hari macam-macam dosa aku buat, ada yang sedar, ada yang tak sedar. Itu tak termasuk lagi dosa masa zaman jahiliah aku dulu.”

“Kau tak rasa malu ke kalau ada orang tahu lelaki macho macam kau ni menangis malam-malam?”

“Malu? Kenapa? Daus,memang malu tu sebahagian daripada iman, tapi malu kenalah bertempat. Hakikatnya malu itu tak mendatangkan sesuatu pun melainkan kebaikan. Bukan satu perkara yang memalukan pun. Nabi Muhammad SAW, pemimpin umat, ketua negara. Baginda telah dijanjikan Allah tempat di syurga namun baginda masih beristighfar tidak kurang 100 kali sehari, kita macam mana? Baginda sembahyang sampai bengkak-bengkak kaki, kita pula?"

“ Best ke menangis malam-malam ini?”

“ Best. Best sangat. Macam kau bercakap dengan seorang yang setia dengar tak kira apa pun masalah kau, tak kira masa. Yang tak hina kelemahan kau. Dia bagi kekuatan pula pada kau. Yang tak jemu dengar rintihan kau. Yang pujuk kau dengan janji-jani yang pasti. Yang suka dengar permintaan kau. Yang beri kau rezeki. Yang tahu apa yang terbaik untuk kau. Macam itulah rasanya.”

“Ada ke orang yang macam tu?”

“Memang tak adalah yang setia macam tu. Hanya Allah yang Maha mendengar. Allah dekat dengan kita. Allah berfirman: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah: 186]. Indah, kan ayat-ayat Allah? Jadikan Allah sebagai kekasih kita, dan Quran adalah ayat-ayat cinta-Nya. 200% sure akan rasa bahagia lepas ni, sampai akhirat, selama-lamanya...insyaAllah.”

Fitri menghulurkan sebuah buku bertajuk tulisan Imam al-Ghazali yang telah diterjemahkan. Dia berasa cukup bahagia dengan minat adiknya untuk berubah. Dalam hatinya dipanjatkan doa agar adiknya terus istiqamah di jalan Allah. “Kalau nak berubah kena kuat tau, macam-macam dugaan. Dunia ni penuh tipu daya. Bukan suruh kau abaikan dunia sampai tak belajar, tapi buat apa-apa pun mesti kerana Allah. Allah suruh kita teroka ilmu sedalam mungkin. Kena istiqamah tau. Apa-apa masalah rujuk la ustaz ke… atau orang-orang alim, jangan pergi tanya orang sesat pula.”

“Tak tua sangat ke aku ni nak u-turn?"

“ Tua ke? Aku lagi tua. Umur baru 16 dah kata tua. Bro, never too old to learn, never too late to turn. Aku akan selalu doakan kau. Uhibbuka fillah khair kathira.”

“ Okey, thanks Pit. Kau memang understanding lah..,uhibbuka fillah aidhon. bluek!” usik Firdaus sebelum melangkah keluar dari bilik Fitri.

Perubahan sikap Firdaus sedikit sebanyak telah menjadi perangsang kepada mereka untuk turut berubah. Buku itu mula dibelek-belek. Setiap helaian dihayati dengan penuh minat. Hatinya terasa tenang. Sedikit demi sedikit perubahan dilakukan dalam dirinya. Hobi lamanya yang tidak berfaedah sudah lama ditinggalkan.

Dia juga mula berdakwah kepada rakan-rakan dan ahli keluarga. Pada mulanya dia mendapat cemuhan, kata mereka Firdaus berubah untuk Aisyah, tetapi Firdaus tetap dengan prinsipnya kerana dia yakin Allah dekat dengannya dan Allah Maha Mengetahui niatnya. Kecekalan dan ketabahan Firdaus berkat rahmat ilahi mendekatkan dirinya dengan cita-citanya untuk bergelar seorang doktor yang akan mampu merawat penyakit jasmani dan rohani bangsanya.

Dia kini bergelar seorang graduan dari Universiti Ain Shams.Menunggu untuk melapor diri di Hospital Tengku Ampuan Fatimah, Pekan Pahang. Tengah hari tadi juga dia selamat diijabkabulkan dengan bidadari yang dinantinya sekian lama, Aisyah Humaira binti Ibrahim. Berkat bantuan kembar Aisyah, Asyraf Mukmin sebagai orang tengah.

Malam itu mereka solat sunat pengantin baru bersama. Selesai solat, mereka bersalaman. Kelihatan permata jernih mengalir membasahi pipi Aisyah.
Dia turut sebak menahan tangis. Namun dengan tenang dia mengawal perasaan. “Kenapa Humaira’ menangis? Humaira’ sedih ke?”

“Bukan Abang, Humaira bersyukur sangat. Kasihnya Allah pada kita, disimpulkan kita dengan ikatan suci."

“Abang pun gembira sangat Humair’, Allah kurniakan abang bidadari yang sangat cantik, cantik segala-galanya. Lengkap separuh agama abang. alhamdulillah... ”

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan buat Ilahi. Tempat datang dan kembalinya segala nikmat. Tempat selayaknya dikembalikan segala puji-pujian. Benarlah hidayah-Nya disalurkan melalui pelbagai cara, Alhamdulillah...

[Sumber FB Hairul Ijam Ijam]

Sunday, June 26, 2016

Sesibuk Malam Lailatul Qadar


SIBUK SUNGGUH MALAM LAILATUL QADAR! Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri, sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri.

Bukankah mereka yang bertemu dengan Malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk di laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat. Meriah sungguh, sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugas. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan dari malaikat akan mengatasi bisikan kejahatan dari syaitan dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya.”

Firman Allah: “Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10).

Orang yang mendapat Malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan dibantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan. Maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.
Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah. Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar.

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula perasan. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda Malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘Malam Al Qadar.’ Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, Aku hanya insan lemah, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Dalam mencari keampunan dan RedhaMu dan anugerahkan aku Qalbu Salim itu.

[PETIKAN FB MOHD SOFFIAN]

Saturday, June 25, 2016

Setulus Boldt Sesyukur Waldorf


SUATU malam di sebuah kota di Philadelphia, Amerika Syarikat, sepasang suami isteri yang sudah tua masuk ke sebuah hotel kecil. Mereka bertanya kepada seorang petugas, "Masih adakah bilik untuk kami berdua?"

Jawab petugas, "Maaf, encik. Semua penuh. Kebetulan ada 3 acara di kota ini menyebabkan semua hotel penuh belaka. Tapi saya tak sampai hati hendak menyuruh encik dan puan pergi di tengah malam begini, lagi pun di luar hujan lebat. Kalau sudi, encik dan puan boleh menginap di bilik saya. Nanti saya segera kemaskan." Suami isteri tersebut mengangguk tanda setuju.

Dua tahun berlalu. Si petugas hampir lupa tentang kejadian itu ketika dia menerima sepucuk surat yang mengingatkannya tentang malam hujan lebat tersebut. Petugas muda itu diminta datang mengunjungi pasangan tua tersebut di New York. Turut disertakan ialah tiket kapalterbang dua hala untuknya.

Di New York, lelaki tua itu membawa lelaki muda tersebut ke simpang 5th Avenue & 34th Street dan menunjukkan kepadanya sebuah gedung baru yang megah, bangunan dengan batu kemerahan dan menara menjulang ke langit.

"Itulah hotel yang baru saja saya bangunkan untuk awak urus," kata lelaki tua.

"Ah, encik ni bergurau, kot," jawab lelaki muda.

"Saya bukan bergurau. Ini betul-betul," kata lelaki tua sambil tersenyum lebar.

Nama lelaki tua itu ialah William Waldorf Astor dan bangunan megah tersebut adalah Waldorf-Astoria Hotel.

Lelaki muda itu pula ialah George C. Boldt yang akhirnya menjadi CEO jaringan Waldorf-Astoria Hotel yang kini berada di kota-kota besar seluruh dunia.

Moral cerita:

Jangan berhenti berbuat baik kepada siapapun, bila-bilapun, di manapun. Allah akan membalas kebaikan dengan cara-Nya sendiri.

Waktu Berbuka Dan Bersahur Mustajab Doa


Di Makkah dan Madinah, satu jam sebelum adzan maghrib org-orang sudah menadah tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat dunia mahupun akhirat. Mereka berdoa dengan syahdu penuh keyakinan, hingga air mata mengalir...meminta kepada Allah Yang Maha Kaya.

Sayangnya kaum muslimin di Malaysia mensia-siakan waktu yang sangat mustajab ini dengan sibuk menyiapkan hidangan berbuka menjelang azan maghrib!!!
Kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka, dan merasa sudah cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu....atau dzahaba zhoma'u....", padahal ia hanya mencakup maknanya berupa laporan dan ucapan syukur.

Yang terbaik ialah 10 ~ 15 minit sebelum azan maghrib, dalam keadaan berwuduk, berdoalah dan meminta apa saja. Dahului dengan pujian kepada Allah dan berselawat atas Nabi s.a.w.. Allah memberikan jaminan bahawa doa-doa tersebut akan dikabulkan.."Allah sesuai dengan sangkaan hamba kepada-Nya."
Berdoalah untuk diri, keluarga, ibu bapa, sahabat, negara kita....

Musuh-musuh Islam tahu betapa hebat ummat Muhammad s.a.w. bila mereka berdoa kepada Rabb ketika menjelang berbuka. Kerana itu, mereka buat tipu daya untuk melalaikan kita dengan program-program TV dan media lain pada waktu-waktu mustajab doa iaitu menjelang berbuka dan menjelang sahur (2/3 malam) sampaikan umat hari ini makan-minum, berpuasa, namun tidak sempat berdoa.

Niat Besar Ketika Minum Air Zamzam


"Air Zamzam dengan apa yang dia niatkan." -Alhadis

Antara keberuntungan berada di tanah suci ialah dapat minum air zamzam sepuasnya. Mudah diperolehi dan percuma! Air terbaik di dunia ini adalah salah satu tanda kebesaran Allah. Berjuta manusia meminumnya setiap hari, bahkan dieksport keluar negara, namun air ini tidak pernah putus-putus keluar. Sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. sehingga hari ini.

Mohonlah dengan doa yang hebat-hebat ketika meneguk air penuh barakah ini.

Seorang jemaah pernah ditanya, "Apa yang tuan haji niatkan semasa minum air zamzam?"

"Saya berdoa supaya Allah pilih saya, ahli keluarga saya, sahabat handai saya, dan seluruh muslimin menjadi ahli syurga. Kita hidup tak ada tujuan lain."

Syabas, tuan haji. Subhanallah Tabarokallah. Jawapan yang tepat!

Sahabat-sahabat pula apa yang diniatkan semasa minum air zamzam?

[FB Saudagar Tanah Suci]

Muhammad Ali - Peninju Perjuangkan Islam


Cassius Marcellus Clay lahir pada 17 Januari 1942 di Kentucky, Amerika Syarikat, memulakan kariernya dalam arena tinju sejak berumur 12 tahun. Pada 1964, Cassicus Clay memeluk Islam atas dorongan Malcolm X. Pemimpin Nation of Islam, Elijah Muhammad, telah menggantikan nama Clay menjadi Muhammad Ali dan sejak itu peninju tersebut tidak lagi menggunakan nama Clay.

"Cassius Clay adalah nama hamba abdi. Saya tak mahukannya. Saya adalah Muhammad Ali, satu nama yang bebas, bermaksud dicintai Tuhan dan saya mahu orang ramai menggunakan nama itu ketika bercakap dengan saya", ujar beliau.

Ketika pengumuman itu dibuat, Muhammad Ali baru sahaja mengalahkan Sonny Liston dan memegang nama sebagai juara dunia kelas berat. Disebabkan Ali memeluk Islam, akhbar-akhbar di negara tersebut merasa mereka dikhianati dan ada yang menuduhnya berbuat sedemikian kerana ingin melariskan penjualan tiket.

Ali seorang yang bijak berkata-kata memang lantang dalam isu-isu berkaitan politik dan agama. Pada 1967 Ali dipenjara kerana tidak mahu menyertai perang menentang Vietnam disebabkan pendiriannya sebagai seorang Muslim. Disebabkan pendirian itu, Ali tidak dibenarkan menyertai pertandingan tinju selama tiga tahun dan gelarannya dilucutkan.

"Macam mana saya nak bunuh orang sedangkan saya solat lima kali sehari untuk keamanan?"


Sampai ke hari-hari terakhirnya, Ali masih lagi dilihat tegas dalam mempertahankan Islam terutamanya di Amerika. Muhammad Ali, tokoh sukan tinju dan tokoh dalam dunia Islam yang disegani ramai. Beliau malah mematahkan 'serangan' Donald Trump terhadap Islam.

Katanya, "Saya seorang muslim dan pembunuhan orang tidak berdosa tidak ada kena-mengena dengan Islam, sama ada di Perancis, San Bernardino, atau di mana-mana saja di dunia ini. Muslim sejati tahu cara kejam yang digelar "Islamic Jihadist" itu sangat bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh Islam."

"Kami sebagai muslim perlu berdiri menentang mereka yang menggunakan Islam untuk agenda peribadi. Mereka telah melencongkan ramai orang dari belajar tentang Islam. Muslim sejati tahu dan patut tahu bahawa adalah salah di sisi Islam untuk memaksa orang memeluk agama Islam."

Sesungguhnya pemergian Ali akan dirasai oleh seluruh umat Islam. -






Thursday, June 23, 2016

Kopiah dan Kasut


Harga bagi sebiji kopiah antara RM5 hingga RM30. Kasut berharga antara RM50 hingga RM300. Kopiah murah, tetapi letaknya di kepala dan dibawa bersolat. Kasut mahal duduknya di kaki saja. Sampai di masjid ditanggalkan dan diletakkan di tangga.

Begitulah dengan hidup ini. Allah tidak melihat siapa kita tetapi Dia memandang hati kita. Bagaimana kita merancang kehidupan selepas mati nanti, Harga seorang hamba di sisi Allah bergantung kepada amalan dan pengetahuannya.

Mata Hati Pintu Hati


Mata menjadi pintu hati. Patuhnya mata hati dengan perintah dan larangan Allah, maka terkawallah mata hati dari alahan hawa nafsu pancaroba kehidupan keduniaan yang menghayalkan.Mata hati akan menjadi sahabat paling setia untuk membentuk rohani dan jasmani seseorang atas landas kemuliaan atau rohani dan jasmani seseorang semakin terancam ke jurang kehinaan.Mata hati menjadi saluran untuk memperolehi taufik dan hidayah Allah. Untuk memperolehi hidayah Allah cukupkah sekadar kita menyatakan *HIDAYAH MILIK ALLAH* tentunya menjadi tidak.

Mengapa semua perkara melibatkan HATI? ...Ada apa dengan HATI?

Di dalam rohani dan jasmani seseorang, yang paling berkuasa adalah hati. Hati yang memilih antara kebaikan dengan keburukan. Hati yang memberikan isyarat kepada akal untuk melakukan sesuatu perkara.

Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa hati ini umpama raja yang paling berkuasa dalam diri manusia.Pancaindera dan segala anggota badan bagaikan rakyat jelata yang tunduk dan patuh pada pemerintahan yang berkerajaan hati.

Mata hati juga adalah tempat CINTA BERTAKHTA. Cinta Allah, cinta Rasul Nya dan cinta hamba-Nya. Dapatkah kita menjaga dan mengutamakan cinta Allah kepada kita? Sebagai sempadan cinta sesama insan.

CINTA itu mampu mengawal dan menewaskan mata hati. Sebagai contoh andai seseorang itu mencintai sesuatu, maka fokusnya, tenagannya, upayanya semua ditumpukan kepada apa yang dia cintai. Sehinggakan ada yang alfa cinta itu hak Allah.

Dengan izin dan kerana Allah berwaspadalah sentiasa, apabila sesama manusia, kita dalam persekitaran mencintai dan dicintai. Baginda Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam pernah bersabda, "Seseorang akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya." (HR Bukhari).

Yang Pelik Dari Mimbar Jumaat


Berikut ialah beberapa perkara pelik yang disebut oleh khatib di atas mimbar:

1. Di sebuah masjid di Negeri Sembilan, "Oleh kerana perniagaan mendatangkan 9/10 daripada keuntungan maka sidang Jumaat sekalian, marilah kita jadikan perniagaan sebagai satu 'mutafancirin' ". Saya terkejut. Apa tu mutafancirin? Melayu bukan Arab pun bukan. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'mata pencarian.' ("متڤنچرين")

2. Di sebuah masjid di Kulim, Kedah, "...dihalalkan kita umat Islam memakan kuda, dan diharamkan-Nya kita memakan keladi...". Dekat nak pengsan makmum sebab ada yang baru lepas makan sayur keladi. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'keldai'. Selepas khutbah ini lebih sebulan orang Kulim tak mkn keladi sbb difatwakan haram. ("كلدي")

3. Di sebuah masjid di Perak, "...maka 'birobbikum' itu adalah sunnah kerana diriwayatkan bahawa Nabi pun 'birobbikum'..." Semua makmum tak faham termasuk tok imam dan tok bilal. Bila disemak teks khutbah rupa2nya 'berbekam'. ("بربكم")

4. Di sebuah masjid di Kelantan, "...sidang Jumaat sekalian, janganlah kita termasuk dalam 'katirugi' orang-orang yang tidak bersyukur...". Para jemaah tak faham tapi tetap tunduk mengangguk-angguk macam faham. Bila disemak teks khutbah rupa2nya 'kategori'.("كاتيكوري")

5. Di sebuah masjid di Terengganu, "... maka berlakulah peperangan yang hebat di antara pejuang-pejuang Muslimin dengan musyrikin Makkah di tempat berdekatan bukit Uhud. Masing-masing bersenjatakan pedang, lembing, dan 'fainnahu'." Makmum terkedu sebab tak faham apa bentuk senjata fainnahu. Mungkin senjata dari syurga. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'panah'.( "فانه")

6. Di sebuah masjid di Perlis, "...dalam usaha kita untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara maju, maka kita semua hendaklah 'kemetod'...". Makmum semua terpinga-pinga. Selalunya khatib suruh jadi bagus tetapi kenapa hari tu khatib suruh jadi kemetod. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya 'komited'. ("كميتد")

Inilah antara perkara pelik yang disebut khatib sewaktu khutbah. Teks ditulis oleh orang lain dan dibaca oleh orang lain. Lebih parah lagi sesetengah istilah moden dieja jawi. Kesian tok khatib.

[Sumber FB Kamakkrudeen Abeedeen]

Bernilainya Air Telaga Al-Khauthar



ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

Kasih sayang-Nya kepada hamba-Nya mengatasi kasih sayang ibu kepada anaknya. Kita mesti menyayangi Allah S.W.T. tempat pertama, Rasulullah tempat kedua kemudian barulah keluarga.

Setiap ahli keluarga yang hadir dalam hidup kita cuma sebagai untuk menambah saham akhirat dan tanggungjawab yang akan dipikulkan. Di hari akhirat kelak setiap ahli keluarga saling menuntut pahala kebaikan yang pernah dilakukan walaupun sebesar zarah. Masing-masing sibuk menjaga pahala kebaikan untuk diri sendiri. M3eskipun pahala itu hanya sebesar zarah, setiap hati beharap ia dapat menyelamatkan diri ketika berhadapan huru-hara Hari Akhirat Yang Maha Dahsyat dan api neraka. Masya-Allah Allahu Akbar. Moga seluruh ahli keluarga kita terselamat daripada azab huru-hara ini.

Alangkah beruntung jika ketika di Padang Mahsyar, kita tergolong dalam kumpulan yang dapat minum Air Telaga Al-Khauthar daripada Rasulullah s.a.w. yang mampu menghilangkan dahaga buat selamanya. Golongan yang dapat minum adalah mereka yang semasa hidup di dunia mengamalkan Al-Quran dan Sunnah.

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR semoga kita termasuk dalam golongan ini. Aamiin Ya Rabbal A'Lamiin.

Wednesday, June 22, 2016

Sekuat Sedekah


Ketika Allah S.W.T. menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah S.W.T.pun menciptakan gunung sehingga bumi pun terdiam.

Para Malaikat yang kagum dengan penciptaan gunung lalu bertanya, "Ya Rabbi..Adakah sesuatu dalam pencitaan-Mu yang lebih kuat dari gunung?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi. Gunung boleh menjadi rata ketika diluluhkan oleh kenderaan yang diperbuat dari besi."

Lalu bertanya lagi para Malaikat, "Adakah penciptaan-Mu yang lebih kuat dari besi?"

Allah Yang Maha Berkuasa menjawab, "Ada, iaitu api. Besi akan menjadi cair dan mendidih setelah dibakar."

Para Malaikat bertanya lagi, "Adakah penciptaan-Mu yang lebih kuat dari api?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu air. Sebabnya, sedahsyat manapun kehangatan api akan padam juga jika disiram air."

Kemudian para Malaikat bertanya, "Ya Rabbi...Adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?"

Allah Yang Maha Sempurna pun menjawab, "Ada...iaitu angin. Dengan kekuatan angin yang bergulung-gulung Kapal yang belayar di lautan besar akan terbalik lantaran kekuatan angin."

Terakhir para Malaikat pun bertanya, "Ya Rabbi...adakah sesuatu yang penciptaan-Mu yang kuat dari semua itu?"

Allah Yang Maha Gagah pun menjawab, "Ada.. iaitu amalan anak Adam (manusia) yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanan tanpa diketahui tangan kirinya."

Inilah gambaran yang diberikan Allah kepada kita, bagaimana seseorang itu ternyata mempunyai kekuatan yang dahsyat mengalahkan penciptaan hebat Allah yang lain ketika dia melaksanakan sedekah. Subhanallah....

Tuesday, June 21, 2016

Fikirkanlah Kasih Sayang Allah


Sayangnya Allah pada hamba-Nya dengan memberikan banyak kemudahan untuk menggapai syurga...
Berapa pahala bagi orang yang solat berjemaah?
Berapa pahala yang Allah sediakan untuk setiap langkah orang yang ke masjid?
Berapa pahala yang Allah sediakan untuk setiap huruf Al Quran yang dibaca?
Berapa pahala yang Allah sediakan atas bakti kepada orang tua?
Berapa pahala seorang suami yang bersusah payah demi mencari nafkah keluarganya?
Berapa pahala seorang isteri yang menjaga kehormatan suaminya?
Berapa pahala seseorang yang meraih lailatul qadar?


Dan kita semua tahu,
Ketika orang-orang beriman saling berjabat tangan, dosa-dosanya berguguran.
Ketika seseorang berwuduk, terhapuslah dosa yang dilakukan oleh anggota tubuh yang terbasuh air wuduk.
Bahawa dalam waktu-waktu doa dimakbulkan, kita boleh berdoa minta dosa diampunkan.
Bahawa di dalam bulan Ramadhan, Allah tawarkan pengampunan dosa sejak kita baligh hingga kini.
Jadi seharusnya kita berfikir, dengan semua kasih sayang Allah tersebut, sepatutnya neraka tidak akan pernah terisi. Kecuali oleh mereka yang memang ingin menjadi penghuninya!

[Sumber: ZonKuliah]


Penghalang utama untuk mencintai Allah ialah kejahilan kita untuk mengenali kebaikan, keindahan dan kesempurnaan Allah. " Tak kenal maka tak cinta." Dalam konteks ini Syeikh Abdul Qadir al-Jilani menegaskan bahawa tahap cinta seseorang manusia pada Allah adalah sejauh mana ia mengenali-Nya.

Perlu diingat, jahil itu bukan bermakna tertutupnya pintu akal untuk mengetahui sifat kesempurnaan dan keindahan Allah tetapi ia adalah kerana tertutupnya pintu hati untuk mengenal Allah. Kenal dengan hati, tahu dengan akal. Ramai manusia yang hanya mengetahui keindahan dan kesempurnaan Allah dengan akalnya. Mereka belajar, mengaji dan menuntut ilmu tauhid. Malangnya ilmu itu tidak diresap ke dalam hati melalui amal ibadah dan mujahadah.

Ilmu yang dipelajari perlu diamalkan. Untuk mengamalkan perlu mujahadah ( melawan hawa nafsu ). Mujahadah itu pahit kerana terpaksa melawan diri sendiri agar hati kita mampu membuang kecintaan terhadap dunia dan manusia yang menjadi penghalang tumbuh dan suburnya cinta kepada Allah. Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa ramai orang yang tidak mencintai Allah dan "membenci-Nya" kerana tidak mengenal Allah. Wallahualam.


Cuba fikirkan ini pula. Jika ingin melihat dunia selepas kita terbaring dalam liang lahad kelak, maka cubalah perhatikan ‘dunia’ ini selepas kematian orang lain. Ketika itu kekasih akan terlupa tentang kekasihnya yang terbaring di liang lahad lantaran sibuk dengan kehidupan dunia.

Oleh itu, jadikanlah semua kehidupan ini hanya untuk Allah kerana Dia tidak akan pernah lupa akan hamba-Nya. Baikilah hubungan dengan Allah, satu-satunya hubungan tetap kekal. Walaupun pahit namun inilah hakikat..

Waspada Geng Hamper


Orang ramai terutamanya kaum wanita dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai teknik jenayah samun terutamanya setiap kali menjelang musim perayaan.

Kelicikan penjenayah yang lebih dikenali sebagai “Geng Hamper” ini, memperdaya mangsa terutamanya kanak-kanak, suri rumah dan pembantu rumah dengan memberikan "hamper raya" sebelum menyamun rumah mangsa.

Berikut adalah Modus operandi (M.O) mereka:

- Suspek akan berpura-pura menghantar hamper ke rumah sebelum memasuki rumah mangsa untuk merompak.

- Suspek akan memperkenalkan diri mereka sebagai saudara jauh/sahabat lama kepada bapa/suami/majikan mangsa untuk meyakinkan mangsa agar membuka pagar/pintu rumah bagi menerima hamper yang dibawa.

- Mangsa yang terpedaya akan membuka pagar/pintu rumah sebelum suspek memegang dan mengugut mangsa menggunakan senjata sebelum merompak.

Nasihat polis:

- Sentiasa berhati-hati dengan mana-mana individu yang tidak dikenali walaupun ketika berada di dalam rumah.

- Kanak-kanak dinasihatkan supaya jangan sesekali membenarkan mana-mana individu yang tidak dikenali memasuki/menghantar barang ke dalam rumah tanpa pengawasan dan kebenaran dari kedua orang tua/penjaga.

- Hubungi segera bapa/suami/majikan jika menerima kehadiran individu yang tidak dikenali tadi ke rumah anda untuk membuat pengesahan.

- Hubungi pihak polis dengan kadar segera jika ada individu yang boleh mendatangkan bahaya di luar rumah anda.

[Pesanan dari PDRM]

Akhlak Al Quran


Usah diheboh-hebohkan berapa banyak ayat Al Quran yang dsihafaz tetapi pamerkanlah akhlak Al Quran dalam tindakan kita seharian....Memberi makan pada yang lapar, memberikan pakaian kepada yang memerlukan, bersifat ihsan kepada anak-anak yatim, memberi kemaafan kepada mereka yang pernah menganiayai, melayan ibu bapa sebaik mungkin.

Yang penting, bukan sebanyak mana hafazan yang dikuasai, tetapi bagaimana isi Al Quran meresap ke jiwa sehingga menjadi amalan biasa.

Saturday, June 18, 2016

Rezeki Allah Beri Sama Rata


Rezeki manusia ni Allah dah bagi sama rata. Kalau markah tu ada 10, semua pun dapat 10.

Ada orang umurnya panjang tetapi sepanjang hayatnya berpeluang hidup yang sederhana saja. Jadi rezekinya di mana? Rezekinya pada umur yang panjang.
Dapat melihat anak cucu sampai ke cicit membesar. Dapat lihat perubahan zaman.

Ada orang hidupnya mewah tetapi umurnya pendek.Jadi rezekinya di mana? Rezeki pada kurang peluang membuat dosa. Hisabnya mungkin lebih ringan.

Ada orang rezekinya pada wang dan harta yang banyak.Tetapi hidup terancam dek kekayaan.Rumah sendiri pun terpaksa pasang 24 CCTV.

Ada orang rezekinya bisnes yang berjaya. Tetapi hidupnya sentiasa dalam kesibukan dan terdedah pada niat jahat musuh.

Ada orang duduk di kampung hidup serba sederhana saja.Tetapi rezekinya pada ketenangan jiwa, bebas hutang.

Ada orang kerja biasa-biasa saja. Tetapi rezekinya sentiasa punya banyak masa untuk keluarga, dapat luangkan masa bersolat jemaah di masjid.

Ada orang hidupnya sentiasa bersilih ganti dengan sakit.Tetapi dengan sakit itulah membawa dia pada peluang untuk sentiasa punya rezeki berdoa, beristighfar, mengingati mati.

Kalau melihat dengan mata hati untuk menilai betapa rezeki Allah itu sama rata, pasti tidak ada yang merasa kecewa apatah lagi nak berdengki.
Tinggal lagi kita saja yang tidak hendak memilih untuk melihat rezeki dari sudut yang berbeza.

[FB Ustaz Hasnan Fan Club]


[FB Zaitun Zainuddin]

Tan Sri Wahid Omar Jadi Pemandu Uber



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar menjadi topik perbualan di media sosial selepas didedahkan beliau menjadi pemandu Uber sebaik tempoh khidmatnya tamat baru-baru ini.

Persoalan yang bermain di fikiran sudah tentu kenapa bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank itu memilih untuk menjadi pemandu.

Melalui perkongsian kakak kepada Allahyarham Yasmin Ahmad, Datin Orked di Facebook, beliau mendedahkan pengakuan Abdul Wahid atas tindakannya itu.

“Ia adalah sesuatu yang saya ingin lakukan sejak awal, tetapi tidak dapat berbuat demikian sebagai seorang menteri. Malah ketika itu, kerajaan masih belum memutuskan tentang peraturan operasi perkhidmatan teksi Uber,” kata Wahid menerusi WhatsApp kepada Orked.

Menurut Wahid, ia merupakan inisiatif peribadinya sendiri untuk mendapat pengalaman sebagai seorang pemandu Uber serta merasai bebannya selain mempromosi kereta baharu Proton Perdana sebagai kereta eksekutif negara.

Katanya lagi, usahanya itu juga demi mengumpul dana untuk tujuan kebajikan yang bakal dikenal pasti.

“Setakat ini, saya mendapat ‘top up’ sebanyak 30 kali. Ini bermaksud, perjalanan dari Putrajaya ke KL Sentral yang berjumlah RM30 berjaya mendapat kutipan RM900 untuk kebajikan. Alhamdulillah,” katanya.

Abdul Wahid memberitahu beliau mendaftar sebagai pemandu Uber pada 16 Jun lalu dan sempat mengambil lapan penumpang pada hari Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4 petang dan menyambungnya, pagi ini.

Melalui perkongsian seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Norizan Sharif memberitahu Abdul Wahid bakal menjadi pemandu Uber selama tiga hari sahaja sebelum menunaikan umrah di tanah suci.

Norizan yang sempat berbuka puasa dan menunaikan solat sunat terawih bersama Abdul Wahid semalam,berkata bekas menteri itu memberitahu keputusannya menjadi pemandu Uber itu sebagai cubaannya memahami denyut nadi rakyat.

Sebelum ini, salah seorang pengguna aplikasi Uber tersebut, Firdaus Fadzil berkongsi keterujaannya menaiki kenderaan yang dipandu bekas menteri itu di laman Facebook.

“Perjalanan ke pejabat dengan Uber dengan salah seorang maestro korporat dan ekonomi yang paling berjaya dengan Proton Perdana barunya,” tulis Firdaus pada sekeping gambarnya bersama Wahid di dalam kereta.


[Sumber Berita Sinar Harian, Sumber Foto NST]


Dahsyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa


Ada waktu yang mustajab untuk berdoa, di mana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, iaitu
1. berdoa saat menjelang berbuka puasa.
2. menjelang makan sahur.

Di Makkah dan Madinah, satu jam sebelum adzan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia maupun akhirat. Mereka berdoa dengan syahdu penuh yakin, sampai air mata mereka mengalir deras.

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin di sini ialah mensia-siakan waktu yang sangat mustajab ini dengan sibuk menyiapkan hidangan berbuka menjelang azan maghrib..!!!

Kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka, dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu....atau dzahaba zhoma'u....", padahal itu hanya mencakup maknanya berupa laporan dan ucapan syukur.

Oleh itu luangkan 10 ~ 15 menit sebelum azan maghrib (dalam keadaan berwudhu), berdoa meminta apa saja. Dahului dengan puji-pujian kepada Allah dan bersealawat atas Nabi s.a.w. Allah memberikan jaminan bahawa doa-doa tersebut akan dikabulkan.."Allah sesuai prasangka hamba kepada-Nya."

Berdoalah untuk diri, keluarga, ibu bapa, sahabat, negara kita....Jangan dilalaikan dengan program TV dan media lainnya di waktu yang mustajab - menjelang berbuka dan menjelang sahur (2/3 malam).

Amalan Menghadiahi Al Fatihah


RAHSIA AL-FATIHAH YANG JARANG ORANG TAHU

1. Al Fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al Fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al Fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al Fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al Fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al Fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al Fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al Fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al Fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al Fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.

FADHILAT AMALAN MENGHADIAHKAN ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Hari ini mari kongsikan rahsia seorang bapa. Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-Fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Dia yang tidak pernah melakukannya serta-merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah s.a.w., kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-Fatihah untuk Rasulullah s.a.w., kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak-anak permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.

Aamiin. In sya Allah, semoga mendapat barakah yang berterusan hingga ke Jannah.

[Petikan FB Mohd Soffian]

Jad - Yahudi Berjasa Pada Islam


Jad, 7 tahun, kanak-kanak dari era tahun 40-an, tinggal bersama keluarganya di apartmen di sebuah kota di Perancis. Dia lahir dari keluarga Yahudi yang taat dan berpendidikan tinggi. Ibunya salah seorang profesor di universiti terkemuka di Perancis ketika itu.

Di salah satu sudut tingkat bawah apartmen tersebut, ada sebuah kedai serbaneka kecil yang menjadi tempat bagi warga sekitar untuk memenuhi keperluan seharian mereka, termasuk keluarga Jad. Kedai itu milik seorang keturunan Turki, Ibrahim, 67 tahun, yang sangat sederhana, bukan dari kalangan berpendidikan tinggi.

Jad hampir setiap hari berbelanja di kedai itu. Bila berbelanja, selalunya, tanpa pengetahuan Ibrahim, --setidaknya begitu sangkaannya--, diam-diam dia mengambil sebiji coklat. Sampai suatu hari dia terlupa mengambil (kiranya mencurilah) coklat tersebut. Ketika melangkah meninggalkan kedai itu, Ibrahim memanggilnya dan berkata, "Jad, kamu lupa sesuatu, nak." Jad memeriksa barangannya tetapi tidak menemui sesuatu yang terlupa.

"Bukan itu, "kata Ibrahim. "Ini," sambil memegang coklat yang biasa diambil Jad. Tentu saja Jad terkejut dan ketakutan. Takut bila Ibrahim menyampaikan 'hal memalukan' tersebut kepada orang tuanya. Reaksinya, bengong dan pucat.

"Tak mengapa, nak. Mulai hari ini kau boleh ambil sebiji coklat percuma sebagai hadiah. Tapi, berjanjilah untuk jujur dan mengakuinya." kata Ibrahim sambil tersenyum.

Sejak hari itu, Jad menjadi sahabat Ibrahim. Dia tidak hanya datang berjumpa Ibrahim untuk berbelanja, tetapi juga menjadikan Ibrahim tempat bercerita dan berkongsi masalahnya. Bila menghadapi suatu masalah, Ibrahim adalah orang yang pertama diajaknya berbicara. Dan, bila itu terjadi, Ibrahim tidak pernah langsung menjawabnya, namun selalu menyuruh Jad menunggu untuk membolehkan Ibrahim membuka halaman sebuah buku tebal yang tersimpan dalam sebuah kotak kayu. Ibrahim akan membaca dua halaman tersebut tanpa suara, kemudian menjelaskan jawapan dari masalah yang dihadapi Jad.

Hal tersebut berlangsung selama lebih kurang 17 tahun. Sampai satu ketika salah seorang anak Ibrahim mendatangi Jad dan memberikan kotak tersebut kepadanya lalu membawa berita yang sangat menyedihkan Jad yang ketika itu sudah menjadi seorang anak muda. Ibrahim, sahabat sejatinya telah meninggal dunia. Kotak berisi kitab itu diterimanya penuh terharu.

Satu ketika, Jad berhadapan dengan satu masalah pelik. Dia mengambil kotak itu dan membuka kitab yang ada di dalamnya, sebagaimana yang sering dilakukan dengan Ibrahim. Ternyata kitab itu bertuliskan huruf Arab. Dia meminta temannya berbangsa Tunisia supaya menjelaskan makna dari 2 halaman yang dipilihnya secara rawak.

Si teman pun membacakan makna tulisan itu. Sungguh, apa yang disampaikan temannya seakan jawapan khusus bagi masalah yang sedang Jad hadapi. Jad lalu bertanya kepada sahabatnya: _"Ini kitab apa?"

"Al-Qur'an, kitab suci Umat Islam."

Jad jadi terkejut dan takjub mendengar hal tersebut. Dia langsung bertanya cara dan syarat untuk menjadi seorang muslim.

Dijawab oleh temannya berketurunan Tunisia itu, "Mudah, syahadat dan berusaha menjalankan syariah."

Hari itu Jad memeluk Islam dan menukar namanya menjadi *Jadullah Al-Qurani*. Dia berjanji untuk mempelajari Al-Quran dengan sebaik-baik dan semampunya.

Tentu saja keluarganya yang beragama Yahudi, terutama ibunya yang berjawatan profesor itu sukar hendak menerima hal tersebut lalu berusaha untuk mengembalikan Jad kepada kepercayaannya yang asal. Si Ibu bertungkus lumus dengan pelbagai cara bahkan mengajak teman-teman dari kalangan intelektual Yahudi untuk memberi penjelasan kepada Jad. Ini berlangsung selama 30 tahun. Namun, tidak berhasil. Pengaruh Ibrahim yang bersahaja, ternyata mengalahkan semua orang-orang pintar di sekitar Jad.

Jadullah pernah berkata, "Saya jadi Muslim di tangan seorang lelaki yang tidak pernah berbicara tentang agama. Tak pernah berkata" Kamu Yahudi, kamu Kafir, "belajarlah agama, jadilah muslim". Tapi, dia menyentuh saya dengan *akhlak*, sebaik-baiknya perilaku. Memperkenalkan kepada saya sebaik-baik kitab, Al-Qur'an."

Jadullah Al-Qur'ani meninggal dunia pada tahun 2003. Dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang Muslim - lebih kurang 30 tahun - dia telah mengislamkan lebih dari *6 juta orang* di Afrika. Ibunya pula memeluk Islam pada tahun 2005, pada usia 78 tahun, dua tahun setelah meninggalnya si anak tersayang, Jadullah Al-Qur'ani.

*****

Ini kisah benar yang luar biasa yang amat berinspirasi, terutama bagi para pendakwah. Semoga kita termasuk di kalangan muslim yang bermanfaat kepada orang lain.

[Sumber: FB Ustaz Hasnan Fan Club]

Friday, June 17, 2016

Dahsyatnya Sakaratul Maut


Imam Ghazali berkata, “Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi boleh bercakap sebentar, tentu dia akan menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri”. (Imam Ghazali mengutip atsar Al-Hasan).

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang." (HR. Tirmidzi)

Kemudian Rasulullah s.a.w. juga bersabda, "Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa bersama bahagian kain sutera yang tersobek ?" (HR Bukhari)

Imam Ghazali berpendapat, "Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan dalam perut seseorang. Kemudian seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bahagian tubuh yang tersangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa."

"Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut seperti menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bahagian orang yang sedang sakarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicabut dari setiap urat nadi, urat syaraf, persendian, dan dari setiap akar rambut serta kulit kepala hingga kaki."

Semoga kita dimatikan dalam husnul khotimah...Aamiin.

Thursday, June 16, 2016

Nabi Ayub Sabar Dengan Penyakit



Nabi Ayub terkenal sabar dan penyayang. Kerana dua sifat baik yang dimilikinya, Allah membanggakan Nabi Ayub kepada seluruh makhluk-Nya. Menanggapi bangga Allah pada Nabi Ayub, syaitan membantah dengan mengatakan, "Allah, Engkau tidak perlu membanggakan Ayub-Mu. Dia sabar hati dan baik budi kerana hidupnya serba cukup. Saya sangsi apakah Ayub tetap memperlihatkan sikap terpuji jika Engkau menimpakan ujian kemelaratan dan kenistaan," ucap setan kepada Allah, dikutip dari buku Kisah Orang-orang Sabar, karya Nasiruddin.

Mendapat kesangsian dari syaitan, Allah lantas membuktikan keutamaan makhluk-Nya. Nabi Ayub yang kaya raya dimufliskan oleh Allah, nyawa dan putera-puteranya dicabut satu persatu hingga tidak tersisa. Nabi Ayub yang gagah, sihat, ditimpa penyakit yang tidak ada ubatnya. Badan Nabi Ayub membusuk dipenuhi ulat, isteri-isterinya, satu persatu meninggalkan dia. Hanya sseorang saja yang setia, justeru paling cantik di antara semua. Nabi Ayub yang dulunya dipuja dan dihormati kini diasingkan oleh masyarakatnya, hidup terpencil di sebuah gua.

Dalam keadaan seperti itupun, Nabi Ayub tetap ingat dan patuh kepada Allah, selalu rajin berdoa meminta kesembuhan dan ketabahan menerima segala ujian hidup. Setiap kali hendak solat, dia mencabut puluhan ulat yang menempel di lukanya. Nabi Ayub tidak pernah membunuh ulat-ulat itu kerana pantang baginya membunuh sesama makhluk ciptaan Allah.

Suatu hari Nabi Ayub dan isterinya tidak memiliki apa pun untuk di makan. Mereka kelaparan, namun tetap tawakal dan bersabar. Tetapi, isterinya semakin tidak tahan melihat Nabi Ayub semakin parah. Isteri yang setia itu kemudian ke pasar untuk menjual rambutnya agar dapat membeli makanan.

Nabi Ayub tidak gembira apa yang telah dilakukan isterinya. Justeru dia marah kerana istrinya telah menyalahi hukum Allah dengan menjual rambut demi makanan. Nabi Ayub bersumpah, bila Allah memberi kesembuhan dia akan menghukum isterinya dengan merotan sebanyak 100 kali.

Nabi Ayub kemudian diberi kesembuhan dan lulus ujian. Lalu dia ingin melaksanakan sumpah hendak menghukum isterinya. Akan tetapi kerana mengingati ketulusan dan kesolehan wanita itu, Allah yang Maha Penyayang mengajar bagaimana menghukum tanpa menyakiti. Caranya, 100 lidi diikat menjadi sapu lantas dipukulkan dengan kuat. Ini bererti dia telah memukul 100 kali sekaligus.

Inilah yang dicontohkan Nabi Ayub. Semua ujian dan cubaan tidak menggoyahkan sedikitpun iman dan kesabarannya