Wednesday, November 16, 2016
Suami Dipenjara Kerana Kapur Kasut Anak
Perkongsian mengharukan dari FB Cikgu Abd. Ghani Haron
SUAMI DIPENJARA KERANA KAPUR KASUT ANAK.
Kelmarin wanita ini yang mendokong anak,berpeluh mercik di muka berdiri di pintu rumah saya.
"Cikgu,saya datang nak minta tolong.Saya dah pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka suruh datang minta pada cikgu sebelum permohonan saya diluluskan.Suami saya masuk penjara."
Dia terhenti, sebak dan teresak.Bila saya bertanya sebabnya, dalam teresak dia berkata,"Dia ambik duit tauke RM100.Anak minta beli kapur kasut,dia minta pinjam pada tauke,tapi tak bagi.Kena penjara 5 bulan. Anak kami ditegur oleh guru kerana kasut tidak berkapur,tidak kelihatan bersih,itu yang membuat ayahnya serba salah dan mengambil tindakan yang salah."
Bila saya bertanya samada suami penagih,dia mengatakan tidak,bahkan tidak merokok pun.Anak 3 orang, yang kecil 1 tahun masih menyusu badan dan perlu Nestum. Seorang lagi di tadika dan yang sulong darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Berapit.
"Cikgu saya nak minta Nestum dan Pampers. Jika boleh beras dengan telur cukuplah untuk kami makan sementara tunggu suami keluar penjara.Saya nak kerja tak boleh kerana anak tak ada siapa boleh urus."
Giliran saya pula yang kena kesat air mata. Pengalaman mengajar saya bahawa jika yang datang meminta makan,apalagi bila yang diminta hanya beras dan telur, demi Allah dia berkata benar.
Saya hantar keperluannya dengan wang sedekah jariah rakan FB saya. Kepada mereka yang ingin menjenguk keluarga ini: Amidah Mohd Nor, 297C Kampung Padang Buluh, Tikam Batu,Kedah. Telefon 01118665691. Masuk ikut balai bomba Tikam Batu,terus ke hujung jalan, ada deretan rumah sebelah kanan,rumah warna hijau.
Saya akan terus bantu keluarga ini dengan wang projek sedekah jariah rakan FB. Jika anda hendak menyumbang, bank-in ke akaun 557410515106 Maybank. Jika berlebihan akan diguna untuk sedekah kepada yang lain pula.Tolong jangan beri duit pada saya khusus untuk keluarga ini kerana saya lebih suka bertindak atas jemaah,bukan untuk kepentingan seorang.
[abdghaniharon]
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN. Amalan yang paling disukai Allah ialah KEGEMBIRAAN YANG KAMU HADIRKAN buat seseorang Muslim, atau kamu ANGKAT KESUSAHAN yang menimpanya atau kamu LANGSAIKAN HUTANGNYA atau kamu HILANGKAN KELAPARANNYA." (Hadis Riwayat At Tabrani)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesiapa yang MEMUDAHKAN SESEORANG YANG DALAM KESULITAN, nescaya Allah akan memudahkan baginya di dunia dan di akhirat." (Hadis Riwayat Muslim)
Amirul Mukminin Umar Ibnu Khattab menuturkan:
KALAU KAMU RASA BERKUASA UNTUK MEMBUAT ANIAYA KEPADA HAMBA ALLAH, INGATLAH PULA BAHAWA ALLAH LEBIH BERKUASA MEMBALASNYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment