Monday, November 7, 2016

Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat


Bukan rezeki yang sempit, mungkin sedekah kita yang masih semput.
Bukan rezeki yang sedikit, mungkin kita yang kuat mengungkit.
Bukan rezeki yang kelat, mungkin maksiat kita makin melarat.
Bukan rezeki yang terputus,mungkin kita gemar berkeluh kesah dan merintih.
Bukan nikmat yang kurang, mungkin terima kasih dan syukur kita yang tersangat jarang.
Bukan hidup tidak tenang, mungkin solat kita culas, cacat dan terbelakang.
Bukan rezeki yang tidak cukup, mungkin Quran kita jarang buka, apalagi baca, kelas mengaji, talaqqi pun tidak pergi, menghafaz jauh panggang dari api.
Bukan rezeki yang payah, mungkin kita kedekut berdoa, berzikir pun asyik lupa,makin sombong makin angkuh mendabik dada.
Bukan rezeki yang menyimpang sesat, kerana sesungguhnya REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ALAMAT!

No comments:

Post a Comment