Friday, November 4, 2016

Lunaskan Hutang Ibu Bapa Yang Mati



Setiap manusia yag hidup itu akan mati. Namun, berapa ramai yang bersedia untuk memastikan segala hutang dilunaskan sebelum kita di jemput kembali pada Allah? Melihat kepada ibu bapa kita sendiri, pastinya mereka telah banyak berkorban dari segi masa dan wang ringgit untuk membesarkan kita.

Tidak dapat dinafikan ada ibu bapa yang sanggup berhutang untuk membayar yuran pengajian anak-anak mereka di pusat pengajian tinggi. Malahan hanya untuk menggembirakan kita mereka sanggup melanggan rancangan televisyen berbayar seperti Astro.

Disini kami ingin kongsikan peringatan dari Ustaz Dusuki Abdul Rani. Kata ustaz, kalau mak ayah kita sudah meninggal, tukar nama bil-bil yang diatas nama dia dulu. Bil air, bil api, bil telefon...supaya tiap-tiap bulan dia tidak menanggung hutang tersebut di dalam kubur.

Jangan lupa selesaikan hutang dia dengan Allah, kemudian hutang dia dengan manusia. Selepas itu barulah boleh agihkan hartanya. Roh tidak dapat sampai ke langit selagi mana berhutang walaupun mati syahid sekalipun.

Apabila upah haji, upahlah mengikut kadar yang sepatutnya dia bayar semasa dia hidup dan niatkan agar pahalanya sampai sama seperti dia pergi ke sana. Jikalau boleh jangan ada hutang yang berterusan perlu dibayar setelah mereka tiada lagi di dunia ini.

No comments:

Post a Comment