Friday, November 4, 2016

Ganjilnya Wanita Akhir Zaman




Memang terlalu GANJIL bila wanita bertudung merokok di khalayak ramai sewaktu berhadapan dengan lelaki...

Memang GANJIL bila wanita bertudung memenuhi konsert dan pelbagai program lagho.

LEBIH GANJIL bila wanita bertudung berpakaian ketat turut menari zumba dan gelek di khalayak ramai, apatah lagi yang sudah separuh umur.

GANJIL sekali bila wanita bertudung berebut-rebut bersalaman dengan artis Korea, bahkan rela naik ke pentas untuk dipeluk dan didakap semahunya.

GANJIL juga bila wanita bertudung turut mengunjungi pusat hiburan dan karaoke. Dengan selamba menghisap rokok, meneguk arak dan menari-nari. Trend terkini pula wanita bertudung berebut-rebut hendak jadi penyanyi....

PALING GANJIL apabila wanita bertudung dan sudah bersuami boleh diajak melakukan seks secara terbuka oleh seorang rakan lelaki di hadapan rakan-rakannya yang lain. Tanpa segan silu diikutinya lelaki itu naik ke bilik hotel untuk itu dan turun semula. Sudah macam pelacur lagaknya. Ironinya, rakan-rakan lain boleh terus bersembang dan menanti rakan wanita itu turun semula tanpa merasa berdosa dan tidak berusaha menasihati atau melarang perbuatan terkutuk itu.

BANYAK LAGI PERBUATAN GANJIL LAINNYA...

Termasuklah wanita bertudung yang saban hari menyumpah seranah menggunakan perkataan lucah. Ramai juga ibu-ibu yang bertudung namun membiarkan, malah membelikan pakaian seksi untuk anak-anak gadis. Semua itu menggambarkan sejauh mana keikhlasan kita dalam hidup beragama. Tanpa nasihat menasihati, maka itu pertanda agama sudah tiada sedangkan agama itu adalah NASIHAT. IKHLAS itu berasal dari kata pokok 'KHOLAS' atau berhabis. Fenomena ini menampakkan kita tidak mukhlis atau berhabis lagi dalam usaha untuk memenuhi tuntutan agama. Kita ikut mana yang kita suka secara ala kadar sahaja.

Ini yang Nabi SAW katakan "wanita berpakaian tetapi seperti telanjang". Bertudung namun masih menarik aura dengan bonggol unta di kepala dan baju ketatnya, bahkan berpakaian namun MENELANJANGKAN kelakuan buruk di khalayak ramai.

Islahkanlah...

[WARGA PRIHATIN]

No comments:

Post a Comment