Monday, November 7, 2016

Jalan Berduri Para Ulama



IMAM SYAFIE
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

IMAM HANAFI
Ditangkap, dipenjara, disebat, diseksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

IMAM MALIKI
Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

IMAM HAMBALI
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

SUFYAN ATH THAURI
Wali Allah yang ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

SAID BIN JUBAIR
Wali Allah yang dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

ABU YAZID AL BUSTAMI
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah, dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

ABUL HUSIN AN NURI
Wali Allah yang mampu menundukkan api, ditangkap dan hampir dihukum kerana menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

IMAM NAWAWI
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

AKHIR KATA

Jalan yang lurus dan rata tidak akan pernah menghasilkan pemandu yang hebat...
Laut yang tenang tidak akan pernah menghasilkan pelaut yang cekap.
Langit yang cerah tidak akan pernah menghasilkan juru terbang yang handal.

Begitu juga diri kita.
Tanpa merasai kesusahan, kita tidak akan menjadi dewasa dalam menghadapi kehidupan ini.
Jadi apabila diuji, jangan merungut. Minta sahaja kesabaran, ketabahan, kekuatan dalam menghadapinya.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (Al Insyirah : 5) .





No comments:

Post a Comment