Wednesday, November 9, 2016

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH



Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh ibu bapa bagi anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.

Doa itu adalah: ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH .... (sebutkan nama penuh anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita?

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam-dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Maksud yang terkandung di dalamnya sangat membantu dalam kehidupan seharian anak. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH ... Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya:

1- ASSALAM: SEJAHTERA.

Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH: RAHMAT ALLAH.

Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka.

3- WABARAKATUH: BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH

Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

Waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan, celik mata sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah. Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaAllah.

[Bahagian Dakwah Jakim]

No comments:

Post a Comment