Friday, November 4, 2016
Setiap Sesuatu Ada Kelebihan
Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput, "Siput, adakah saya membuat salah sehingga kamu begitu membenci saya?"
Siput menjawab, "Kalian kaum katak ada empat kaki dan dapat melompat ke sana ke mari. Tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah. Saya merasa sangat sedih"
Jelasn katak, "Setiap kehidupan ada penderitaannya masing-masing. Kamu cuma melihat kegembiraan saya, tapi kamu tak nampak penderitaan kami."
Ketika itu, seekor helang besar terbang ke arah mereka. Siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak dimangsa oleh helang. Siput terharu. Akhirnya baru dia sedar, cengkerangnya bukan merupakan beban. Itulah kelebihannya.
IBRAH:
Nikmatilah kehidupan. Jangan dibandingkan dengan orang lain.IRI HATI terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan.Rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak, bukan pula saat kita di rumah mewah dan memiliki kereta. Rezeki sebenarnya adalah jiwa dan hati yang tenang kerana ketenangan dan kebahagiaan itu amat mahal. Bukan kebahagiaan yang menjadikan kita berSYUKUR, tetapi berSYUKUR yang akan menjadikan hidup kita bahagia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment