Friday, November 11, 2016

Donald Trump - Cari Kekuatan Dari Pemilihannya



YANG TERSURAT

Rakyat Amerika Syarikat telah mengundi Donald Trump sebagai presiden baru. Pun begitu ramai yang menolak keputusan tersebut kerana sikap Trump yang rasis, memusuhi golongan Muslim, pendatang asing dan golongan minoriti yang terpinggir.

Umum tahu bahawa walau siapapun yang menerajui negara Uncle Sam, dia terpaksa tunduk kepada kuasa pentadbir yang sebenar.

Rockfeller, Rothchilds, George Soros, Henry Kissinger dan Larry Summer amat berkuasa di segi politik dan ekonomi, bukan saja di Amerika Syarikat, bahkan seluruh dunia.

Dengan penuh kerahsiaan, penjajahan zionis ONE WORLD GOVERNMENT dan NEW WORLD ORDER ingin mereka capai sama ada secara langsung ataupun proksi menerusi kewujudan peperangan dan kekacauan bertali arus. Ini menimbulkan keresahan di kalangan penduduk dunia terutama umat Islam.

YANG TERSIRAT

Allah berfirman dalam Surah At Taubah ayat 51 - Katakan (Muhammad) " Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan APA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH BAGI KAMI. DIALAH PELINDUNG KAMI, DAN HANYA KEPADA ALLAH ORANG BERIMAN HARUS BERTAWAKKAL."

Allah telah menetapkan kemenangan Trump. Tetapi bukan untuk ditakuti bahkan dijadikan penyebab untuk seluruh umat Islam BERSATU (BERJEMAAH).

ALLAH, AL QURAN, HADIS, SOLAT, DOA, ZIKIR mampu menguatkan zahir batin kita. Dengan BERSATU (BERJEMAAH) pertolongan-Nya mudah hadir berbanding jihad individu. Inilah kekuatan yang membolehkan anggota BRIGED AL QASSAM mempertahankan GAZA dari jatuh ke tangan Israel dalam Perang 51 hari pada 2014.

Mengapa hari ini dinamakan hari JUMAAT? Sebab Allah mahu kita BERHIMPUN DAN BERSATU (BERJEMAAH) dengan penuh IKHLAS, REDHA DAN TAWAKKAL KEPADA-NYA demi meraih kekuatan. Jika ini dapat direalisasikan, InsyaAllah kemenangan akan jadi milik kita.

No comments:

Post a Comment