Wednesday, June 17, 2015
Solat Witir Bersama Imam
MAHU QIAMULLAIL DI RUMAH, LALU PERLUKAH MENINGGALKAN IMAM KETIKA SOLAT WITIR? ---Pertama: Sewajarnya solat bersama imam sehingga selesai, jadi tidak perlu balik ketika imam solat witir. Ini kerana nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
---"Sesungguhnya sesiapa yang solat bersama imam hingga selesai, ditulis untuknya (ganjaran) menghidupkan keseluruhan malam. [[Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Kubra, Kitab Qiyamillail Wa Tathowu’ an-Nahar, hadis no : 1281].
Kedua: Perlu diingatkan bahawa witir hanya boleh dilakukan sekali sahaja dalam 1 malam ---عَنْ قَيْسِ بْنِ طَلْقِ بْنِ عَلِيٍّ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” لَا وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ “
---Thalaq radiallahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiada dua witir dalam satu malam.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Solat, Abwab al-Witr, hadis no: 432, hasan gharib].
Ketiga: Oleh sebab itu, jika mahu mendirikan Qiamullail, ada 2 cara:-
A- Solat witir bersama imam di masjid. Ketika bangun Qiamullail tidak perlu lagi solat witir. Tiada masalah mendirikan solat sunat walau sudah mendirikan solat witir. ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:
كَانَ يُصَلِّي ثَلَاثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً ، يُصَلِّي ثَمَانَ رَكَعَاتٍ ، ثُمَّ يُوتِرُ ، ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ
---"Baginda solat sebanyak tiga belas rakaat. Baginda melakukan solat sebanyak lapan rakaat, kemudian melakukan witir (sebanyak lima rakaat), kemudian solat dua rakaat dalam keadaan duduk." [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha, Bab Solat al-Lail Wa ‘Adadi Raka’ati, hadis no: 1226].
B- Solat bersama imam, tetapi ketika imam solat witir, kita berniat untuk solat sunat 2 rakaat. Jadi apabila imam memberi salam, kita menambah satu rakaat lagi. Dengan ini, kita dapat melaksanakan witir di hujung malam selepas qiamullail.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا ” .
---‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Jadikanlan witir sebagai akhir solat kalian di waktu malam.[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jumu’ah, Abwab al-Witr, hadis no: 948].--- SUMBER: USTAZ ABU ANAS MADANI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment