Saturday, June 6, 2015
Ini Zaman Orang Marah-Marah
Saidina Ali Bin Abi Talib bertarung dengan seorang lelaki Yahudi yang suka menghina Islam. Lelaki itu diserang bertubi-tubi hingga rebah ke tanah. Waktu Saidina Ali hendak menikam pedangnya ke tubuh Yahudi itu, tiba-tiba dia meludah ke muka Saidina Ali. Lantas, Saidina Ali membatalkan niatnya. Berasa pelik, yahudi itu pun bertanya, "Kenapa kamu tak bunuh aku?" Jawab Saidina Ali,"Memang tadi aku hendak membunuhmu kerana menghina Allah. Aku lakukannya kerana Allah. Tapi bila kamu meludah mukaku, andai aku membunuhmu, itu bukanlah kerana Allah lagi, tetapi kerana aku marah kepadamu."
Dahulu aku termasuk dalam golongan yang vokal menyuarakan pendapat, terutama dalam isu Palestin dan Syria, sampai-sampai Facebook sekat aku. Sekarang aku malas hendak aktif di Facebook lagi. Kenapa? Sebab hari-hari aku tengok terlalu ramai orang yang marah. Rakyat marhaen marah, hartawan marah, lelaki marah, wanita marah, orang tua marah, orang muda marah, ustaz marah ....marah perempit Perodua MyVi, marah peragut, marah penculik pelancong Sabah, marah GST, marah kasanova hitam, marah...marah...marah. Tadipun aku rasa hendak marah, hendak kutulis sesuatu yang pedas menggigit, menyindir sepuas hati ...tapi tak jadi. Saidina Ali Bin Abi Talib marah kerana Allah, dan menahan marah kerana Allah. Kalau aku jadi tulis tadi, itu bukan kerana Allah tapi kerana SANGAT-SANGAT MUAK DAN MUAL tengok pergeseran ahli-ahli politik, sedangkan mangsa-mangsa gempa bumi sedang menunggu untuk diselamatkan. Aku takut pada Sunnatullah. Aku takut kata-kata burukku akan berbalik kepada diri sendiri.Lalu aku kawal jari jemariku....STOP!!!...Terima kasih Allah kerana menyedarkan aku.
Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: "Nilai seseorang itu sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehomatan dirinya."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment