Tuesday, June 16, 2015
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Sudah niat Puasa semua? Jangan lupa, niat itu di dalam hati dan bukan dengan lisan di mana tidak disyaratkan ‘Talaffuz’ iaitu menyebut niat dengan lisan.Bagi puasa wajib, niat disyaratkan hendaklah dibuat pada malam hari, iaitu selepas terbenam matahari hingga sebelum subuh. Pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie ialah tidak sah niat yang serentak dengan ketibaan waktu fajar.Niat hendaklah dilakukan pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan. Ini berdasarkan pendapat Imam Syafie, Abu Hanifah dan riwayat paling sahih dari Imam Ahmad. Mengikut pendapat Imam Malik dan riwayat dari Imam Ahmad pula, cukup sekali niat sahaja untuk satu bulan Ramadan dan hendaklah niat itu dilakukan pada malam pertama Ramadhan. [TV Al Hijrah]
Bila melihat dunia dan isinya, jangan dilihat apa yang kita tiada, lalu dicemburui. Tetapi lihatlah kepada apa yang kita miliki, bersyukur dan teruskan usaha penuh redha.
Bila melihat kepada agama dan amalan akhirat, lihat kepada yang lebih baik daripada kita. Cemburuilah dengan berusaha mengikutinya dan jangan sesekali reda dan rasa cukup dengan amalan yang kita miliki.Dengan itu, kita tidak akan letih dan lesu mengejar dunia yang pendek tempoh nikmatnya. Biarlah kita letih dan lesu menyiapkan barzakh dan akhirat yang telalu panjang tempohnya kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment