Tuesday, June 2, 2015
Menghalau Semut Dari Rumah
Cuba halau semut di rumah dengan meletakkan beberapa tangkai CILI KERING pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula. Cara kedua,celup kain bersih ke dalam MINYAK MASAK dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling meja dan sebagainya.Cara ketiga, masukkan beberapa biji BAWANG MERAH ke dalam bekas gula. Tidak perlu kupas kulit bawang tersebut. Atau bakar KULIT TELUR hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun. Boleh juga masukkan beberapa keping ASAM GELUGUR (asam keping) atau beberapa kuntum BUNGA CENGKIH ke dalam bekas gula. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.Siat-siatkan beberapa helai DAUN SIRIH dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment