Tuesday, June 9, 2015
Damaikan Mereka
“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” Surah Al Hujurat ayat 10.
Orang Islam itu bersaudara, meskipun berbeza fahaman. Mendamaikan pihak yang berbalah dan tidak bertegur sapa itu wajib. Allah memerintahkan pihak ketiga yang mengetahuinya mendamaikan mereka dengan segala upaya menurut kemampuan masing-masing. Jika berjaya, in sya Allah pihak ketiga itu akan terpilih memasuki syurga Allah. Menggunakan helah (tetapi bukan menipu) untuk membawa manfaat kepada hubungan orang yang berbalah adalah dibenarkan.Ketahuilah orang yang memutuskan silaturrahim tidak akan masuk syurga.
Perkara paling tidak wajar ialah mewarwarkan perbalahan dan keaiban pihak lain di media sosial. Nanti perbalahan itu menjadi semakin besar, rumit dan sukar ditangani bila ada tindakan balas membalas dan komen-komen tidak sepatutnya dari pihak yang tiada kaitan.
Pihak yang menjadi pendamai mesti memahami duduk perkara yang sebenar sebelum bertindak supaya tidak menimbulkan kemudaratan dan kerumitan. Dia hendaklah cuba bertindak dengan penuh bijaksana, memberikan nasihat sewajarnya supaya yang berbalah bersedia bermaaf-maafan. Pendamai hendaklah orang yang berkredibiliti, dihormati, amanah, dan bertanggungjawab menutup keaiban pihak yang berkelahi. Mereka mungkin golongan agamawan, kaunselor, peguam, penimbangtara dan lain-lain. Mereka memberi nasihat mengikut kepakaran masing-masing dengan penuh berhikmah, bukan menurut nafsu. In sya Allah kekeruhan akan berubah menjadi jernih dan Allah akan menimbulkan keamanan dan kedamaian. [Ustaz Dr. Izhar Idrus dalam program Bismillah TV3]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment