Saturday, June 13, 2015
Fitnah Gugur Bagai Hujan
HR Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah saw bersabda dengan maksud:“ Sesungguhnya aku sedang melihat fitnah-fitnah gugur atau jatuh di celah-celah rumah kamu seperti gugurnya air hujan”.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan fitnah yang akan menimpa umat merupakan kegoncangan kepada iman, agama dijual-beli, berlaku pembunuhan merata-rata, tidak ada lagi keamanan dan manusia tidak lagi jujur dan amanah. Pemimpin yang diamanahkan menyeleweng dan meninggalkan bebanan kepada rakyat jelata. Fitnah terkena pada semua orang bagai air hujan. Agama sudah jadi ceroi walaupun terdapat ramai mufti dan pelbagai jabatan mengawasinya.
Untuk menjaga agama setiap orang hendaklah memohon 1)PERLINDUNGAN Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. berdasarkan hadis riwayat Muslim bermaksud:“ Berlindunglah kamu dengan Allah dari fitnah-fitnah sama ada zahir atau tersembunyi”.2)Sabar, berdasarkan hadis riwayat at-Tarmizi bermaksud: “ Akan datang satu zaman ke atas manusia, sesiapa yang sabar atas agamanya seperti menggenggam bara api”.
Istiqamah dengan amal soleh janganlah hendaknya bermusim seperti amalan di bulan Ramadan semata-mata. Bila bulan mulia itu berlaku masjid dan surau kembali lengang. Wallahu’allam. [Kuliah subuh Ustaz Ibrahim Mohd Raja di Surau Bakariah Kg Cubadak, Sentul pada 02/06/15]
Dalam satu kerdipan mata sahaja, Allah mampu mengubah segala hal. Sungguh menakutkan...Dalam satu kerdipan mata sahaja, seorang yang selama ini baik, ditakdirkan menjadi hilang pegangan, hanya disebabkan satu fitnah durjana...Hangus kebaikan dek sebutir debu yang ganas. Dalam satu kerdiapan mata sahaja, seorang yang hidupnya sesat, ditakdirkan mendapat hidayah sehingga mampu bertaubat bersungguh- sungguh, terhapus dosa-dosa yang lalu dan mendapat Rahmat Allah.
Mari saling berdoa semoga tetap Istiqamah. Supaya tidak goyah meskipun dibadai dengan fitnah raksasa. Allah menyaksikan semuanya.DIA lebih tahu siapa yang tersesat dari jalan-Nya, dan siapa yang akan dibimbing dengan petunjuk-Nya.Berdoalah supaya kita semua adalah dari golongan hamba-hamba-Nya yang diberikan petunjuk dari mula hingga ke akhir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment