Friday, June 19, 2015
Malaikat Maut Menangis
Pada satu ketika Malaikat Maut menangis ketika ditugaskan untuk mencabut nyawa seorang wanita hamil. Lalu Allah S.W.T. bertanya," Apa yang membuatmu menangis?" Malaikat menjawab,"Aku menangis kerana waktu aku hendak mencabut nyawa wanita hamil di tengah padang pasir yang tandus, dia hampir melahirkan. Maka aku pun menunggunya sehingga bayinya lahir. Selepas itu aku pun mencabut nyawanya sambil menangis kerana aku mendengar tangisan bayi tersebut.
Dalam satu peristiwa lain, Malaikat Maut terkejut bila ditugaskan mencabut nyawa seorang ulama. Allah S.W.T. bertanya,"Apa yang membuat kamu terkejut?" Malaikat menjawab,"Aku terkejut kerana aku melihat ada cahaya terang benderang keluar dari biliknya. Setiap kali aku mendekatinya cahaya itu semakin menyilaukan aku seolah-olah ingin mengusir aku. Lalu aku cabut juga nyawanya disertai dengan cahaya tersebut. Allah S.W.T. bertanya lagi, Tahukah engkau siapa ulama tersebut?" Malaikat menjawab,"Tidak, Ya Allah". Lalu Allah S.W.T. pun menerangkan, "Sesungguhnya ulama tersebut adalah bayi dari ibu yang kau cabut nyawanya di gurun padang pasir gersang dahulu. Akulah yang menjaganya dan tidak aku membiarkannya." Subhanallah – Maha Suci Allah yang Maha mengatur setiap ketetapan untuk hamba-hamba-Nya [Sumber: Ustazah Siti Nurbaya Usman]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment