Saturday, June 27, 2015
Khasiat Galak Kucing
Nama saintifiknya Acalypha Indica. Akar Galak Kucing dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Ia ibarat ubat kuat kepada kucing. Mungkin senario tersebut secara tidak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan sebegitu. Menurut Dr. Mohd Said Saad(Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.
Boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan. Secara umumnya, ikutilah langkah berikut --- Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu sahaja). Bersihkannya dan rebuskan akar atau daun sampai mendidih. Kemudian, biarkan air rebusan itu suam. Untuk ULSER MULUT gunakan air rebusan untuk berkumur sebanyak 2 kali sehari pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga sembuh. Untuk PENYAKIT KULIT basuh kawasan tubuh yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga benar-benar sembuh. Untuk MENGUATKAN TENAGA BATIN DAN BADAN KUAT, tapis dan minum air rebusan akar atau daun pokok kucing galak. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.[Kayu-Kayu]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment