Wednesday, June 24, 2015
Ramadhan Di Timur Tengah
Di seluruh Timur Tengah bila tiba bulan Ramadan orang-orang rajin membaca Al-Quran, sama ada di dalam bas, di metro, di mana-mana jua walaupun dalam keadaan berdiri.
Tentang berbuka puasa, ke mana pun kita pergi apabila tiba waktu berbuka selalu ada hidangan “Maidaturrahman” di setiap masjid bahkan di tepi jalan.Terlihat betapa luasnya ladang amal yang berlumba-lumba bersedekah. Biasanya para pemilik kedai dan pasar mini menyediakan bungkusan makanan dan minuman di luar kedai mereka untuk orang orang yang harus berbuka puasa di jalan.Bukan hanya orang yang kaya raya gemar bersedekah bahkan orang orang awam tetap tidak ketinggalan. Menu berbuka puasa yang menyegarkan adalah minuman “tamar hindi” - juice mangga, dan makanan yang paling disukai ramai adalah kibdah (hati) dan Thamiyyah bilbhied.Para penganut agama lain juga menghormati orang muslim yang berpuasa. Mereka jarang makan di khalayak ramai meskipun bukan muslim kerana mereka memegang budaya menjaga aib. Di jalan penuh dengan orang ramai menunaikan solat tarawih. Dan orang orang boleh bersantai selepas tarawih sehingga waktu sahur.[Kisah dari Ustazah Siti Nurbaya Usman]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment